Thursday 17 August 2017

kata laluan


Jadilah resam buah jagung, jagung membungkus bijinya yang banyak. Jangan jadi resam buah gajus, hanya menunjukan bijinya yang satu. : jangan suka menunjuk nunjuk harta, ilmu dan sebagainya. 
Jadilah resam pokok pisang, berbuah hanya sekali selepas itu pasti mati. :kesetiaan 
Jadilah resam buah durian, walaupun di luarnya penuh denga kulit berduri tajam, tetapi dalamnya lembut manis. 
Jangan jadi resam buah kendondong, luarnya licin tetapi rasanya masam, dan didalamnya ada biji yang berduri. :jangan suka menilai orang dari luarnya sahaja. 
Jadilah resam tangkai petai, memberi makanan yang sama rata kepada biji petainya, semua seimbang. Jangan jadi resam tangkai mempelan, ada yang kecil ada yang besar. :selalulah bersikap adil.

No comments:

Post a Comment