Friday 25 August 2017

poli gami

Isteri pertama tenang2 jer... rilek.
Hak Harta Sepencarian kan ada.
Ari ni dpt tahu dia tambah.... esok pagi2 buta gi jumpa lawyer.... 50% tuuu.... ðŸ˜†ðŸ˜†ðŸ˜†
.
Isteri Pertama sekalian..... Jgn lupa, ada peruntukan undang2 utk isteri pertama memfailkan tuntutan Harta Sepencarian.
Dalam isu berpoligami..... Hak Harta Sepencarian boleh dituntut walaupun masih dlm perkahwinan.
Tak payah tunggu minta cerai bagai.
.
Iya betul.... kalau dapat pon belum tentu dia nak bagi.
Tetapi..... kena ingat.... kalau dia tak bagi maka jadi lah ianya HUTANG.
Apabila jadi HUTANG maka bukan takat cerita di dunia saja tapi dh bawak ke mati ke akhirat.
.
Katalah mahkamah perintahkan si suami tunaikan Hak Harta Sepencarian, jika slps itu dia buat tak reti buat tak tahu dan tak bagi.... jgn risau.... follow jer step seterusnya dari sudut perundangan.
Apabila cik abg tu mati esok..... semasa proses harta pusakanya esok..... hutang Harta Sepencarian akan dipotong terus dari harta peninggalannya sbb dah ada rekod hutang di mahkamah.
.
Last-last pon dapat juga walaupon mungkin isteri pertama tak sempat dpt ( umur tak panjang ) dapat juga kat anak2 yer tak.
.
Jadi... Meraung sekuat mana pon tak mengubah keadaan. Yg merubahnya adalah tindakan kita untuk mengubahnya.

No comments:

Post a Comment