Thursday 31 August 2017

AIDIL FITRI & AIDIL ADHA

AIDIL FITRI & AIDIL ADHA
Hari raya aidil fitri mengajar kita tentang perkara korban atau “menyerah” tujuh anggota. Fitri ertinya fitrah. Manakala erti fitrah itu pula adalah bermaksud semula jadi, maka hari raya fitri itu, menyedarkan kita supaya kita mengembalikan diri (tujuh anggota) kepada Allah iaitu balik semula diri kita itu kepada yang asal atau kepada fitrah semula jadi.
Hari raya aidil adha pula mengajar kita supaya bekorban atau “menyerah diri sampai kepada tahap nyawa”. Setelah penyerahan kita itu sudah sampai kepada tahap nyawa, barulah dikatakan sebenar-benar korban! Korban itu, mengembalikan segala sifat yang tujuh termasuk “nyawa” kepada Allah. Sehingga sampai kepada tahap tidak ada apa-apa lagi yang hendak dikembalikan kepada Allah Taala.
Nyawa itu adalah tahap penyerahan yang paling akhir, ataupun yang penghabisan. Setelah itu, barulah kita dikatakan suci zahir dan batin, dan barulah kita dikatakan suci dari di dunia sampai akhirat.

No comments:

Post a Comment