Thursday 3 August 2017

HUKUM HAKAM vs KEMANUSIAAN

HUKUM HAKAM vs KEMANUSIAAN
pergi mampuslah kau dengan teori-teori fekah kau. aku bukan nak menang like, maka pergilah mampus kau, sekali lagi. tak perlu baca pun, kerana ia adalah hamburan kata-kata kesatku yang tidak ada adab terhadap keruntuhan etika di zaman millenia.
29 julai yang lalu, datuk, bapa kandung dan sepupu merogol kanak-kanak berusia 12 tahun, dilaporkan di Limbang. isu ini lebih gampang dibandingkan polemik bin Abdullah.
kita lebih teruja dengan perbahasan hukum boleh tak boleh, halal tak halal, haram tak haram, berbanding masalah etika. agaknya jika Qur'an tak mengharamkan incest secara jelas, pastilah kau akan mengahwini anak kau sendiri. betapa bodoh dan celakanya kau yang bangsat ini. kau sentiasa memerlukan hukum untuk menundukkan konek kau. kau tiada keupayaan untuk menentang fikiran dan perasaan kau sendiri.
sememangnya, sekiranya ia tidak ada hubungan darah dengan kau sekalipun, adakah perlu kau bernafsu terhadap dia? adakah sekiranya perempuan itu tak menutup aurat sekalipun, mestikah pelir kau menjelir? andai kau ternampak lehernya, atau rambutnya, kenapa nafsu kau mesti terusik? pastilah kerana kau seekor binatang jalang. pantang nampak benda telanjang, pasti nak menggesel.
jadi katalah aku membawa anak perempuanku, yang berumur 10 tahun. sememangnya ia tiada hubungan mahram dengan kau. tapi adakah kau terliur dengan budak bawah umur? adakah kau nak suruh dia pakai tudung untuk menundukkan syahwat kau yang bangang itu? pastilah otak kau yang rosak. kaulah yang patut dirawat atau mampus di hospital mental.
etika, etika, etika.. masalah ini lebih besar. bukan masalah nak tutup semua aurat konon-konon, aurat mak saudara dan sebagainya. tapi lihatlah, tengoklah, betapa banyak aurat ditutup sekalipun, rambut dilitup sekalipun, tetap berlaku datuk, ayah, sepupu merogol anak mereka sendiri.
kita sendiri yang harus menjaga diri kita, di tengah kerumunan binatang jalang, kerana ketika ia hampir, segala teori fekah tidak berguna untuk mempertahankan, memang harus ditikam sahaja binatang-binatang berpunai ini.

No comments:

Post a Comment