Saturday 26 December 2015

Tasawuf jiwa&tazkirah


Ya Allah! Jadikanlah kami tempat perbendaharaan Tauhid dan makrifatullah....

Sesungguhnya amat rugilah bagi orang-orang yg tiada merasai ia akan kebesaran Allah itu pada hatinya, kerana ia telah ditutupi oleh hawa-nafsunya dan oleh debu-debu kesyirikan alam semesta.

Telah berkata-kata Tuhan kepadaku....Celaka dan bahagia itu telah AKU tentukan diazali dan jangan engkau hiraukannya, maka berhadaplah(sembah) kepadaKU. Wala haula wala quwwatta illa billahil aliyyil adzim.

BUTA SELAIN ALLAH


ُ


اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــدْ كما
 صَــــــلٌيت علَےَ سيدنا إِبْرَﺍﻫِﻴﻢَ و علَےَآل سيدنا إِبْرَاهِيمَ وبارك علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــد كما باركت علَےَ سيدنا إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل سيدنا إِبْرَاهِيمَ فى الْعَالَمِينَ إنك حميد مجيد


ومكرو ومكر الله والله خير الماكرين

Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.


JIWA TARBAWI 3

Perhalusilah akhlaq mu wahai saudaraku...kerana akhlaq itu adalah dakwah...
Daripada Abu Hurairah RA :
" Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik ".
HD Tirmizi dan Ibnu Hibban
" Mahukah aku khabarkan kepada kamu yang paling dikasihi Allah di kalangan kamu dan yang paling dekat kepada ku tempat duduknya pada hari kiamat? Mereka berkata : Bahkan wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah : Yang paling baik akhlaq di kalangan kamu "
HD Ibnu Hibban
Mahukah aku khabarkan kepada kamu dengan orang yang diharamkan neraka atasnya..diharamkan atas setiap orang yang dekat ( dengan manusia ), ringan, lembut dan mudah ( dalam pergaulan ).
HR Tirmizi
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia bercakap yang baik atau hendaklah berdiam diri ".
Muttafaq 'alaih
Daripada Anas bin Malik: Rasulullah saw bertemu dgn Abu Dzar ;

" Wahai Abu Dzar, mahukah kamu ku tunjukkan dua keadaan yang kedua-duanya lebih ringan dipikul di atas bahuku tetapi lebih berat timbangannya daripada yang lain. Abu Dzar berkata ;Ya . Baginda bersabda : Kamu harus berakhlak mulia, banyakkan diam, dan demi Allah yang nyawaku ada padaNya, tidak ramai manusia yang berperangai seperti itu ".
Justeru ....perhalusilah pandangan mata hatimu terhadap dirimu sendiri..



No comments:

Post a Comment