Tuesday 22 December 2015

tazkirah,undang,bidaah




Assalamualaikum, wr wb

Rasulullah SAW Bersabda:
Aku kagum terhadap urusan orang yang beriman, kerana seluruh urusannya merupakan kebaikan baginya. Jika mendapat  KESENANGAN, ia bersyukur, maka SYUKUR adalah kebaikan baginya. Sebaliknya jika ditimpa KESUSAHAN, ia bersabar, maka SABAR itu merupakan kebaikan baginya. Hal seperti ini tidak akan didapati pada seseorang kecuali orang yang beriman”
(H.R Muslim)



بسم الله الرحمن الرحيم
Wahai hamba, berbahagialah kamu dengan ujian dari Allah. Allah telah memilihmu untuk meneguhkan keimananmu, membersihkan hatimu agar kamu dapat membezakan iman dengan kufur, tauhid dengan syirik; dan sebagai ganjarannya, kamu diberikan ilmu, rahsia dan nur..

Wahai hamba, tahanlah dirimu daripada terus terpengaruh dan tenggelam dengan kesedapan dan keseronokkan dunia yang fana' ini. Kelak di akhirat akan menyesal yang tidak putus-putus.



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh wamaghfirah waridwanuh
Kepada sedara2ku yang menitipkan ucapan sallam..
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfirah waridwanuh

Allahummashalli alaa SAYYIDINA muhammad wa ala alihi SAYYIDINA Muhammad

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Semoga Allah Subhanahuwa Ta’ala permudahkan segala urusan hamba2Nya
Aamiin ya Rabbal'alamiin

Syukran atas berbagai perkongsian informasi ilmu-Nya
Segalanya dihargai dan Terima kasih 🌹👍

Istiqamah“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Bila Allah mahukan kebaikkan bagi seseorang hambaNya, niscaya Dia memahamkannya hal-hal agamanya, dan dinampakkan kepadanya segala keaiban diri.

- Sabda Rasulullah S.A.W

Wali Allah tidak lagi terpegun kepada alam samada alam tinggi ataupun alam rendah, dia telah meninggalkan segala alam dan tiba kepada Pencipta alam, dia lagi bergantung kepada alam tetapi bergantung kepada Tuhan sekalian alam.

Dia telah merdeka daripada segala sesuatu selain Allah dan diam didalam takdir Allah diazali.

Tuhan amat cemburu dan mencintainya, Allah menutupi keburukkannya dengan kebaikan dan Allah menutupi kebaikannya dengan keburukan.

Dia amat malu kepada Allah atas perilaku cemburu Allah itu, dia tidak menginginkan selain Allah dan dia hidup disisi Dzat Allah.

Allah memerhati kepadanya dan dia juga nemerhati kepada Allah, kerana cintaNya Allah kepada dia, maka Allah tidak membiarkan hatinya berpaling kepada sekain Allah.

Allah sentiasa membolak-balikkan hatinya dan dikembalikan hati itu kepadaNya

Tugasnya adalah menyeru manusia kepada KeEsaan Allah.

Dunianya adalah Allah, akhiratnya adalah Allah, syurganya adalah Allah, nerakanya adalah Allah.

Syurganya apabila dia memandang Wajah Keelokkan Allah dan nerakanya apabila dia terhijab walau sesaat daripada Allah.

Dia buta selain Allah. ُ


AMALAN TAK SAMPAI

Ada sorang lelaki baru balik ke kampung kerana ayahnya meninggal dunia. Lelaki ni terdidik dengan ilmu yang cukup banyak. Semuanya dipelajari daripada Youtube, Telegram dan beberapa grup Whatsapp.

Alangkah terkejutnya lelaki itu tatkala mendapati orang kampung sedang berkumpul membuat majlis tahlil. Lalu, dengan semangat waja mahu menghapuskan bidaah, dia pun bersuara.

"Apa yang pakcik-pakcik semua buat ni adalah bidaah. Sia-sia sahaja tahlil ni sebab tak sampai."

"Kami hanya mahu menyedekahkan pahala untuk ayah kamu. Takkan itu pun bidaah?"

"Ini semua bidaah! Nabi tak buat! Tak sampai apa yang pakcik semua buat ni!"

"Allahuakbar. Takkanlah doa kepada ayah kamu pun tak sampai?"

"Kalau dah bidaah, takda dalil, takda nas... Allah tak pandang!"

Kemudian, Tuan Imam pun mengangkat tangan lalu membaca doa yang kuat.

"Ya Allah, kau tempatkanlah si mati ni ke dalam neraka."

"Aaaaaaamin," sahut hadirin.

Lelaki tadi naik merah padam mukanya."Ni apehal dok doa neraka pulak ni? Nak bagi ayah saya masuk neraka ka?"

"Jangan risau. Doa tadi tak sampai."

ARGHHHHH!!!!
😂😂😂😅😅😅

Ramai manusia dizaman ini sujud kepada undang- undang ciptaan manusia dan berpaling ingkar daripada undang-undang Allah, mereka telah menyekutukan Allah dengan undang-undang manusia, mereka telah nerobohkan Tauhid mereka kepada Allah dengan akal mereka dan berpaling daripada ketaatan kepada Allah, maka Allah telah membinasakañ  mereka dalam keadaan mereka tidak menyedarinya!







No comments:

Post a Comment