Saturday 19 December 2015

tazkirah mukmin


Mencari Auliya; "Zaman dahulu, Para sohabah mencari Auliya Allah سبحانه وتعالى. Alhamdulillah zaman ini, Auliya Allah yang mencari kita. Tanda cinta Allah kepada kita. Rasulullah ﷺ pernah mengarahkan kepada Sahabatnya, Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Ali Abi Thalib رضي الله عنهم وأرضاهم untuk pergi mencari Auliya Allah."

"Sedangkan mereka sahaja sudah Auliya Allah. Akan tetapi Rasulullah ﷺ tetap juga suruh Saidina Umar dan Saidina Ali Abi Thalib mencari Auliya'Allah yang bernama Saidina Uwais Al-Qarni رضي الله عنه وأرضاه. Yaa Umar, Yaa Ali, carilah orang yang bernama Uwais Al-Qarni dan jika kamu sudah bertemu dengannya."

"Sampaikanlah Salam aku kepadanya dan mohonlah daripadanya Beristighfar untuk kamu berdua. Jika kamu memohon dia untuk Beristighfar kepada kamu, Maka sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى Ampunkan dosa-dosa kamu. SubhanAllah."

"Sahabat Rasulullah ﷺ yang sangat Mulia, yang hari hari bersama dengan Rasulullah pun disuruh untuk mencari Auliya Allah. Inilah ajaran Rasulullah ﷺ kepada sohabah yang dimuliakan Allah سبحانه وتعالى."

"Kemudian mereka mengajarkan kepada sahabat sahabat yang lain dan anak anaknya bagaimana mereka sentiasa nak bersama dengan Para Auliya Allah dan bagaimana mereka mencari Para Auliya Allah."

"Alhamdulillah di zaman ini, Para Auliya Allah yang mencari kita. Wali bertemu dengan wali kemudian bertemu dengan wali sampailah bertemu dengan Rasulullah ﷺ. Allah سبحانه وتعالى menghantarkan satu Hadiah kepada kita."

"Waliyullah tidak datang untuk berniaga dengan orang tapi Beliau datang hanyalah semata mata untuk Berniaga dengan Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ."

"Alhamdulillah. Apabila Allah سبحانه وتعالى sudah mencintai satu kaum itu, maka Allah سبحانه وتعالى menghantarkan seorang yang Dia Cintai untuk memberi peringatan kepada kaum tersebut."

Daripada Sheikh Abdullah Al-Jahaf


لا اله الا الله  محمد الرسول الله
ُ


اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــدْ كما
 صَــــــلٌيت علَےَ سيدنا إِبْرَﺍﻫِﻴﻢَ و علَےَآل سيدنا إِبْرَاهِيمَ وبارك علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــد كما باركت علَےَ سيدنا إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل سيدنا إِبْرَاهِيمَ فى الْعَالَمِينَ إنك حميد مجيد


Apakala Allah hendak melahirkan MUHAMMAD dari NUR kealam nyata.

Jisim bernyawa dengan makna sifat berupa.

Lalu dipindahkan kedalam rahim ibunya Aminah keturunan mulia.

Dan ditentukan bahawa Aminah lah ibu pilihan kepada Baginda.

Berita disiarkan ketujuh-tujuh lapisan langit dan bumi bahawa Aminah mengandungkan Nur Muhammad yg mulia.

Setiap makhluk merasa nyaman seperti bercambahnya benih diembun pagi menunggu terbitnya sang suria.

Kemarau hilang dan bumi subur menghijau semula laksana memakai kain sundus.

Buah-buahan menjadi ranum, menunggu petikan tuan dan pekerja.

Bertuturlah binatang didalam kabilah Qurasy mengenai kehamilan itu dengan bahasa arab yg fasih bercerita.

Istana singgah-sana kerajaan kafir dan patung-patung berhala tersembam duka.

Tersiarlah timur dan barat, ikan dilaut, binatang didarat, unggas diangkasa sama-sama gembira.

Alam seluruhnya ria laksana pendahaga dapat meneguk minuman yg lazat cita.

Cerita gembira itu disampaikan oleh jin disamping shli-ahli nujum dan paderi yg merasa kecewa.

Heboh sekalian yg mengetahui dari hal kesegakkan Junjungan itu masing-masing bercerita.

Disuatu malam Aminah bermimpi dikatakan:" Engkau wahai Aminah mengandungkan bakal Penghulu alam semesta, namakan wahai Aminah bayi itu MUHAMMAD artinya Terpuji, kerana dia akan dipuji merata-rata".

ُ


اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــدْ كما
 صَــــــلٌيت علَےَ سيدنا إِبْرَﺍﻫِﻴﻢَ و علَےَآل سيدنا إِبْرَاهِيمَ وبارك علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــد كما باركت علَےَ سيدنا إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل سيدنا إِبْرَاهِيمَ فى الْعَالَمِينَ إنك حميد مجيد


Bersambung insyaallah....

APABILA penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah: "Ya Rabb. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami." Maka Allah berfirman: "Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." (Hadis riwayat Imam Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd"). Imam Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat nanti." Imam Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis: "Jika kalian tidak menemukanku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku: "Wahai Rabb Kami. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurga-Mu." Sahabat-sahabatku. Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah. Agar aku dapat bersertamu kelak di syurga dan اﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦْ َّ رَب ﻳَﺎ ْ. redha-Nya. Memohon kepada-Mu. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada syariat-Mu. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak. WAHAI SAHABATKU. JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI JIKA AKU TIADA DI SYURGA. .............

No comments:

Post a Comment