Wednesday 30 December 2015

tasawuf&tazkirah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Allah cahaya langit dan bumi. Seumpama lubang yg tidak tembus cahaya. Dalam lubang itu ada pelita besar. Pelita itu didalam kaca dan kaca itu seumpama bintang yg bercahaya, seperti mutiara yg dinyalakan dari pohon zaitun, yg tumbuh tidak ditimur dan tidak dibarat. Yg minyaknya menerangi, walau tidak disentuh api, perumpaan cahaya diatas cahaya. Allah membimbing sesiapa yg dikehendaki dan Allah menjadikan perumpamaan itu bagi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya.

An-Nur:35

Menyuci tubuh dengan air mutlak dan menyuci hati dengan zikrullah untuk membuang selain Allah dari hatimu..

Tafakkurlah dalam kelubung rahsia dan pandanglah dosamu terhadap Allah, jangan pandang besar dosamu itu tetapi pandang besarnya keampunan Allah.
,
Supaya engkau tidak berputus-asa daripada rahmat Allah, kerana berputus-asa itu daripada bisikan syaitan, hakikatnya Allah yg mengujimu.

Segeralah bertaubat daripada dosa zahir dan batin setiap waktumu, disebabkan dunia hari ini dipenuhi oleh dosa-dosa dan syirik.

Allah kasih kepada ahli maksiat yg banyak bertaubat.

Sungutan dan ketidak sabaranmu juga perlu kepada taubat, kerana akan menjauhkan batinmu daripada Allah.

Pandanganmu kepada selain Allah juga perlu kepada taubat kerana engkau buta dengan selain Allah. ُ


Dari Abu Said Al-Khudri r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

من رأى منكرًا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a).

Hadis ini menunjukkan perintah untuk beramar makruf dan nahi mungkar bergantung di atas kemampuan insane sebagai manusia. Di antara mereka ada yang mengubah kemungkaran dengan cara mempraktikkan dengan tangannya sebagai kekuatan tubuh dan diri. Dan di antara mereka ada yang tidak mampu mencegahnya melainkan dengan lisannya dan ada di antara mereka  yang sangat lemah dan tidak mampu mencegah kemungkaran melainkan dengan hatinya. Ini dilakukan dengan mengingkari kemungkaran serta pelakunya, maka inilah kelemahan yang tidak diragukan lagi kerana takut akan dirinya diperlakukan oleh manusia dengan kekerasan lantaran kelemahannya.

Dan disana pula ada hadis lain yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w:

إن الله يسأل العبد يوم القيامة حتى يقول له‏:‏ ما منعك إذا رأيت المنكر فلم تغيره‏؟‏ فيقول‏:‏ خشيت الناس، فيقول الله تعالى‏:‏ ‏(‏أنا أحق أن تخشاني‏)‏‏.
“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada hambaNya di hari kiamat sehingga Dia berfirman: Apa yang menghalangi kamu apabila merlihat kemungkaran namun kamu tidak mencegahnya? Maka dia pun menjawab: Aku takut pada manusia. Maka Allah berfirman: Aku lebih berhak untuk engkau takuti.” (Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya dari hadis Abu Said Al-Khudri


🔱KEMUNCULAN KUDA PUTIH YG PERTAMA🔱
GENERASI TERAWAL TENTERA IMAM MAHADI

🍃ISYARAT PERTAMA DARIPADA LANGIT🍃

Bismillah : Tarim Hadramaut beliau bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW, dalam mimpinya tersebut Habib Umar berbincang dengan Rasulullah SAW.

Habib Umar : “yaa Rasulullah sedang apa disini”
Rasulullah SAW Menjawab : “aku sedang menunggu cucuku yang sangat aku rindukan, dia akan datang dengan menunggangi kuda putih”

Habib Umar : “Siapa yaa Rasulullah…?

Tidak lama kemudian… datanglah seseorang dengan menunggangi seekor kuda putih, berjubah putih berpakaian serba putih. Yang ditunggu oleh Rasulullah SAW pun datang… Ternyata yang Habib Umar Bin Hafidz lihat adalah AL Habib Muhammad Rizieq bin Husein Syihab ( Ketua FPI ).

RASULULLAH berkata : “ya Umar, ini dia yang benar-benar cucuku, yang sangat aku rindukan, dialah singaku, salah satu dari semua cucuku yang Menegakan Syariat Islam, ammar ma’ruf nahi munkar & sangat ditakuti oleh musuh musuhnya”. Habib Umar bin Hafidz pun terbangun dari mimpinya & meneteskan air mata, lalu beliaupun melaksanakan sholat tahajud…


Biodata

Nama  :   Habib Muhammad Rizieq Syihab

Lahir   :   Jakarta, 24 Agustus 1965

Ayah   :   Habib Husein Syihab (almarhum)

Ibu      :   Syarifah Sidah Alatas

Istri     :   Fadlun Yahya

Anak  :

Rufaidah Syihab

Humaira Syihab

Zulfa Syihab

Najwa Syihab

Muntaz Syihab

Fairuz Syihab

Zahra Syihab

Nasab Habib Rizieq hingga ke Rasulullah  S A W :-

Nasab Habib Muhammad Rizieq Syihab bin Husein bin Muhammad bin Husein bin Abdullah bin Husein bin Muhammad bin Syeikh bin Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad Syihabuddin Al-Asghar bin Abdurrahman Al-Qadhi bin Ahmad Syihabuddin Al-Akbar bin Abdurrahman bin Syeikh Ali bin Abu Bakar As-Sakran bin Abdurrahman As-Segaf …bin Muhammad Maulad Daawilah bin Ali bin Alwi Ibnul Faqih bin Muhammad Al-Faqihil Muqaddam bin Ali Walidil Faqih bin Muhammad Shahib Murbath bin Ali Khala’ Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa An-Naqib bin Muhammad Djamaluddin bin Ali Al-Uraidhi bin Ja’far As-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein As-Sibth bin Ali bin Abi Thalib wa Fathimah Az-Zahra binta Rasulullah Muhammad SAW

Nasab Istrinya :-

Nasab Istri Habib Rizieq Syihab adalah Syarifah Fadhlun Yahya binti Faadhil bin Hasan bin Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Umar bin Aqil bin Syeikh bin Abdurrahman bin Aqil bin Ahmad bin Yahya bin Hasan bin Ali bin Alwi bin Muhammad Maulad Daawilah bin Ali bin Alwi Ibnul Faqih bin Muhammad Al-Faqihil Muqaddam bin Ali Walidil Faqih bin Muhammad Shahib Murbath bin Ali Khala’ Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa An-Naqib bin Muhammad Djamaluddin bin Ali Al-Uraidhi bin Ja’far As-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein As-Sibth bin Ali bin Abi Thalib wa Fathimah Az-Zahra binta Rasulullah Muhammad SAW. (pms)







No comments:

Post a Comment