Thursday 31 December 2015

tasawuf&tazkirah

Allah tidak melantik kami menjadi khalifah-khalifah di bumi supaya kami dapat bersenang-lenang. Ini adalah amanah yang berat lagi hebat. Bahkan tiada makhluk yang sanggup memikulnya!



ALLAH SANDARAN Di SETIAP MARTABAT WUJUUD.

Musibah dan dosa dipandang ahli Sufi sebagai anugerah apabila merasa tak berupaya dan bersandar kpd Allah dgn tangis dan takut serta harap kepada Allah... agar menunjuki kita kepada perintah taubat dan taat sesudah menyaksi kehendak Allah pada dirinya...

Byk wali Allah dari kalangan pendosa...

Sedang amal taat mungkin saja merupakan ujian terbesar kpd kita... ketika kita merasa soleh dan merasa selamat dari Allah malah menghina dan memandang org lain sebagai bidaah dan hina... kerana merasa diri kita lebih sempurna dari org lain dgn amal kita yg berlonggok...

Mari lah sama2 kita buang KeAKUan kita... agar dapat dekat dgn Allah dengan Tauhid Hakiki tanpa sekutu...

Manusia dicipta paling sempurna dgn dinisbahkan kpd nya segala sifat2 Allah agar mereka dapat merasai dihati terdalam akan hakikat Ketuhanan.

Mereka diberi akal... hati... pendengaran... penglihatan... dsb nya... agar menyaksi hak2 Allah disetiap martabat wujud...

Tapi mereka terhijab oleh jasad dirinya...mereka merasa ADA diri mereka, mereka merasa 'akulah yg beramal soleh'.

Maka diri mereka itulah berhala yg terbesar yg menghalangi hati batin mereka dari menyaksi Allah & hak2Nya dalam setiap iradat (kehendak) & qudrat (kuasa) untuk melakukan setiap sesuatu amal atau dosa.

Maka.... Allah... kenali lah hak2 Allah... hina lah dirimu dgn rukuk dan sujud bukan sekadar dgn jasadmu... tapi juga keAKUan mu...yg sebenarnya menumpang keakuan Allah. Hanya Dia yg qiamuhu binafsih (berdiri dgn sendiriNya) , sedangkan kamu hanya qiamuhu billah atau berdirimu dgn qudrat & iradat Allah sebagai sandarannya.

Sedarlah, setiap perlakuanmu selaku hamba yg x punya apa hatta pilihan..... zahir & batin adalah dari taqluk sifat & afaal Allah. Namun ingatlah penisbahan dosa atau pahala tetap akan kamu tanggung & bakal dihisab di hadapan Allah kelak.

Maka beruntunglah mereka2 yang dipilih yang dapat menyaksi (musyahadah) akan Hak Dzat, Sifat dan Afaal Allah pada dirinya dan alam jagat pada setiap helaan dan hembusan nafasnya hingga dijemput oleh Allah untuk kembali dengan mati hakiki.

Jabaran dari ;
Sheikh Alias As Syatari
Zawiyah As Syatariah
Pondok Tahfiz Miftahul Ulum, Selangor.




Antara sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:
1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.
Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:
1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.
Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah S.A.W. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.
Muhasabah diri.

By : Haji Saiful Malaysia Cinta Rasul.

No comments:

Post a Comment