Saturday 31 October 2015

Tasawuf


Ahli tauhid yg sebenar tidak memandang kepada dunia ataupun akhirat dan tidak memandang selain Allah.

Wali-Wali diijazahkan tauhid oleh Allah Sendiri dan tiada taklid kepada mazhab-mazhab tauhid.


Ilmu-yakin iaitu ilmu yg melalui pengkhabaran daripada Nabi, ulamak dan kitab-kitab.

Ainul-yakin iaitu ilmu yg telah terbuka, terungkap, terasa, merasai dzaukiyah, iaitu hasil daripada ibadat, zikrullah dan mujahadah tetapi belum wasil.

Hakkul-yakin iaitu yakin yg sebenar-benar daripada Allah secara langsung tampa orang tengah, iaitu ilham ketuhanan, kenal Allah dengan Allah iaitu makrifatullah yg sebenar bagi orang yg Wasil.

No comments:

Post a Comment