Friday 30 October 2015

Tasawuf


Mohonlah keuzuranmu daripada Allah kerana tiada yg dapat menyelamatkan dirimu selain Allah, sesungguhnya ilmu dan amalmu tidak dapat menyelamatkan dirimu selain Allah!

Ikhlas adalah rahsia Allah, jangan bergantung kepada ilmu dan amal, buangkanlah pergantungan hatimu kepada selain Allah!

Sembahyang adalah tempat buang diri dalam amal, hakikat niat daripada Allah, daripada Allah kepada Allah!


Berjinak- jinaklah hatimu dgn kekasihmu Allah....

Ingatlah! Allah amat cemburu kpd kekasihNya...

Allah cemburu apabila hati sang kekasih bersibuk-sibuk dgn selainNya....

Kosogkanlah hatimu drp segala sesuatu selain Allah...

Keindahan selain Allah hanya sementara dan akan binasa...

Wahai hambaKU! Barangsiapa yg inginkan kemesraan denganKU, maka hendaklah ia benar-benar menjaga hati dan akalnya sertaKU....

Wahai hambaKU! Tinggalkanlah segala isi dunia dan akhirat diluar hatimu dan berkhalwatlah denganKU....

Wahai hambaKU!
Segala sesuatu akan rosak-binasa melainkan WajahKU....

WASSALAM

- KALAM QADIM



Jangan pandang tadbir kamu, pandang Tuhan yg tadbir kamu!

Makrifatullah yg sebenar itu ialah Allah Sendiri yg memperkenalkan DuriNya kepada hamba pilihanNya secara langsung tampa orang tengah iaitu bukan lagi ilmu tetapi pengenalan!

Martabat tujuh itu adalah martabat- martabat perjalanan roh manusia menuju kepada Allah(ketauhidan)!


بسم الله الرحمن الرحيم
Imam al-Ghazali
Al-Munqidh Min Ad-Dalal

Sejak aku masih muda ketika umurku belum pun mencapai 20 tahun sehingga sekarang, kini umurku melebihi 50 tahun, aku terjun ke dasar laut (ilmu) yang dalam ini. Aku tidak hiraukan segala kesukaran dan aku kumpulkan seluruh keberanianku.

Setiap jurang aku masuk sehingga aku sampai ke dasarnya. Setiap kemusykilan aku bongkar sehingga aku temui jawapannya yang jelas. Aku selidiki setiap setiap kepercayaan daripada setiap golongan. Aku korek sehingga sampai ke dasar rahsianya yang tersembunyi. Ini semua aku lakukan supaya aku dapat membezakan yang benar dengan yang palsu, yang sunnah dengan yang bida'ah.

Ketika aku bertemu golongan batiniah, aku memeriksa segala ajaran mereka dengan penuh teliti. Ketika aku bertemu kaum zahiriah pula, aku menyelidiki segala isi kandungan dan selok-belok ajaran mereka. Itulah yang aku lakukan dengan setiap golongan.

Ketika aku bertemu pakar-pakar falsafah, aku bergaul dengan mereka sehingga aku dapat mendalami cara pemikiran falsafah mereka. Ketika aku bertemu pakar-pakar ilmu kalam, aku bergaul dengan mereka sehingga aku dapat mengikuti dan menyelidiki pokok-pokok pegangan hujah-hujah mereka.

Begitu juga apabila aku berdamping dengan para sufi, aku berusaha sehingga aku dapat mengetahui rahsia-rahsia kesufian. Ketika aku bergaul dengan pakar-pakar ibadah, aku mengkaji kesan-kesan amal ibadah mereka itu.

Dan aku tidak menemui kaum zindiq dan kaum engkar melainkan aku telah menyelidiki sebab-sebab dan latar belakang yang menjadikan mereka berpegangan begitu.

No comments:

Post a Comment