Thursday 15 October 2015

Tasawuf tazkirah

Rahmat Allah itu amat luas, jangan dibataskan Allah dengan sesuatu. Allah berbuat apa yg Dia kehedaki dan Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa yg Dia dikehendaki, tiada batas dan syarat  Dia memilih hambaNya diazali sebelum wujud sesuatu.

Hakikat adalah pakaian batin ( dalam ) syariat adalah pakaian luar. Jgn bertukar tempat. Pakaian dlm ini tidak kelihatan yg tahu hanya dia sendiri. Disinilah berdiri pada maksud "ilmu hakikat adalah ilmu rasa". Kita blh bercerita ia sebatas cerita sbg pengetahuan sahaja. Rasa itu kembali kpd diri masing-masing.


BERWASPADA DGN FITNAH YG TIMBUL DARI AHLI AGAMA YG MENJELMA DITENGAH MASYARAKAT DGN AJARAN YG SAMA SEKALI BERLAWAN DGN KEHENDAK AGAMA.
MEREKA BERDIRI DGN NAMA TAREKAT,SUFI,TASAWUF.
HAKIKAT MEREKA JAHIL DGN AGAMA JAUH DARI PETUNJUK.

Seorang wali Allah, apabila mereka bercakap, mereka bercakap dengan kehendak Allah. Maka ucapan mereka penuh kekuatan dan kerahmatan. Allah sendiri telah menyediakan dan mengilhamkan kepada mereka dengan ucapan-ucapan tersebut.

Setelah diri itu mati, maka teguhlah Allah di dalam sanubarinya, dan barulah ia menyedari dan merasai kehampiran dengan Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung! Tiada yang dinampakkannya kecuali Allah sahaja.

Sibuklah hatimu dengan Allah dan lihatlah keaiban adabmu dihadapan Allah!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

Dan bukan kamu yg melempar ketika kamu melempar tetapi Allahlah yg melempar - ( Surah Al-Anfal : 17 )

Rezekimu itu telah disiapkan oleh Allah diazali lagi sebelum kewujudan roh dan jasadmu disemesta alam ini, maka jangan engkau syak!

Mujahadah nafsu adalah wajib permulaan menuju kepada Tuhan dan kesudahan perjalanan itu diam didalam takdir Allah diazali.


Kita tk payah sibuk nk hasad dengki dgn org dlm harta serta kedudukan atau ilmu. Kita perhati apa firman Allah :

"  .Dan ssungguhnya kamilah yakni tuhan yg membahagikan sgla sumber khdpn mereka diatas dunia ini.." ( Az- Zukhruf : 32 )

Allah tetap doh kita ni masing-masing duk balah apa gat wt penat buleh dosa jd derhaka. Mana keimanan kita atas qada qadar. Mana redha kita. Mana takwa kita. Syahadah kita ucap tp tk amal.

Bertanya sesuatu yg tidak perlu itu jwpannya adalah diam. Seumpama tentang ucapan ahli makrifat yg tinggi-tinggi jika sekalipun ia mahu bertanya ttp akal mereka tidak cukup untuk memahami yg akhirnya ia menjadi fitnah dan tiada mendapat manafaat apa pun melainkan menambah keraguan kekeliruan bahkan blh menjadi permusuhan.


Berkata imam ghazali:

"Dan ilmu yang memberi manfaat itu ialah barang yang menambah takutmu akan Allah swt..menambah pula penglihatan hatimu dengan kecelaan dirimu,menambah pula dalam pengenalanmu akan ibadah kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia dan Yang Maha Tinggi..mengurangkan akan gemarmu kepada dunia,menambah gemarmu kepada Akhirat,membukakan mata hatimu dgn yang membinasakan akan amalmu hingga engkau memelihara diri daripadanya,dan memperlihatkan engkau atas tipu syaitan dan perdayanya..."

Islam itu adalah dibina diatas lidah Nabi Muhammad S.A.W, barangsiapa yg mendakwa mengenal Allah dan ia meninggalkan Syariat Nabi Muhammad S.A.W adalah pendusta agama, tiada makrifatullah bagi orang yg tiada Syariat Nabi!


🌹BISMILLAH - NASIHAT INDAH🌹
"BERSAHABAT DENGAN AHLI ILMU"
〰〰〰〰☀〰〰〰〰

💝Telah berkata al-Imam al-Muhaddith 'Abdullah al-Harari rahimahuLlah:

"Hendaklah kamu tetap (belajar dan mengajar) 👳 dalam ilmu Tauhid demi mempertahankan agama Allah, demi memperbaiki  apa yang telah dirosakkan oleh ramai manusia. Kemudian hendaklah kamu mempelajari dan mengetahui 📚 akan perkara-perkara yang menyebabkan kufur supaya menjauhi diri daripadanya  dan memberi peringatan 🚫 kepada orang ramai supaya menjauhinya. Ilmu agama ini seolah-olah tiada nilai baginya di sisi kebanyakan manusia (seolah-olah tiada kepentingan dan faedah), inna lillahi wa inna ilaihi roji'uun. Semoga Allah memberkati kamu.
Bersungguh-sungguhlah dan penuhilah masa kamu💞 dengan mendalami dan menyebarkan ilmu agama.💝

〰〰〰✨☀✨〰〰〰

TAZKIRAH : (1) HAQ TERCAMPUR BATIL
(2) BERSAHABAT DENGAN AHLULLAH
Rakaman Audio Ehsan : Ustazah Salehah Salleh@
Whatsapp Group Tujuh Taman Syurga (TGIMI)


Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yg menerangkan....

- Al-Maidah:15

Syariat adalah jalan menuju kepada Tuhanmu, berjalanlah diatas Syariat Nabi Muhammad S.A.W, jangan engkau bergantung kepada Syariat, bergantunglah kepada Tuhanmu, tujuanmu bukan syariat, tujuanmu adalah Tuhan!

Dan  kepada Tuhanmu-lah kesudahan segala sesuatu....

- An-Najm 53:42


Tiada cinta tampa peleburan diri, sipencinta itu akan lebur didalam yg dicintai, cinta akan bersatu dalam KeEsaan Yg Abadi.

Cinta itu terbukti didalam sabar dan ridha, penyerahan seluruh diri dan tiada melihat selain yg dicintainya.

Tiada lagi keluhan dan sungutan, ridha dan diridhai, tiada pilihan dan tiada kehendak selain Allah, daripada Allah kepada Allah.

Mereka itu telah wasil kepada Tuhan, tiada lagi hajat kepada alam semesta melainkan kepada Tuhan.


Allah Allah..
Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.(Al-Baqarah 2:263)

Rahmat Allah itu amat luas, jangan dibataskan Allah dengan sesuatu. Allah berbuat apa yg Dia kehedaki dan Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa yg Dia dikehendaki, tiada batas dan syarat  Dia memilih hambaNya diazali sebelum wujud sesuatu.

Hakikat adalah pakaian batin ( dalam ) syariat adalah pakaian luar. Jgn bertukar tempat. Pakaian dlm ini tidak kelihatan yg tahu hanya dia sendiri. Disinilah berdiri pada maksud "ilmu hakikat adalah ilmu rasa". Kita blh bercerita ia sebatas cerita sbg pengetahuan sahaja. Rasa itu kembali kpd diri masing-masing.











No comments:

Post a Comment