Wednesday 14 October 2015

nabi

FIKIRLAH SEJENAK UNTUK AGAMA DAN UMAT AKHIR ZAMAN
Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺsaw
Yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya utk menahan lapar.
.
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺsaw
Yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya
.
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺsaw
Yang tidur berbantalkan pelepah kurma dan beralaskan kulit kasar dalam hidupnya
.
Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺsaw
Yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir 3 purnama tiada punya apa-apa untuk dirinya dan keluarga
.
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺsaw
Yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
.
Bila aku kecewa pada mereka yang banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺsaw
Yang sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat jahat padanya
.
Bila aku berfikir tentang mereka yang membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺsaw
Yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya
.
Bila orang lain tidak berterimakasih pada tiap kebaikkan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺsaw
Yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yang hebat hanya dari Allah swt
.
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺsaw
Yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu .
.
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺsaw
Yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat iman dan islam pada ummatnya yang dicintai. dan itu yang menguatkan aku !
Bila setiap tahun 40 hari aku keluar belajar buat
dakwah ke negara - negara jauh tinggalkan anak bini
Aku teringatkan baginda
Muhammad saw , Siti Khadijah rha dan Sahabat - sahabat ra yang syahid
Yang mengorbatkan seluruh harta , diri ( nyawanya) , usia ,untuk kita dapat iman dan islam .
Ada antara mereka yang syahid kuburnya tiada di Mekah atau di Madinah
Sanggup tinggalkan keluarga , kampong halaman , kemewahan demi untuk kita umat akhir zaman

Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman .
Terima kasih ya Rasulullah kerana engkau kami mendapat iman dan islam

No comments:

Post a Comment