Tuesday 13 October 2015

Tasawuf hijrah syariat munafik

Hijrah itu ialah engkau berpindah daripada dirimu dan alam semesta kepada KeEsaan Allah Ta'ala.


Rasulullah SAW bersabda:
“Jadikanlah dirimu beserta dengan Allah, jika kamu belum boleh menjadikan dirimu beserta dengan Allah maka jadikanlah dirimu beserta dengan orang yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya orang itulah yang menghubungkan engkau (rohanimu) kepada Allah”

(H.R. Abu Daud).


~Ilmu fardu ain yang wajib bagi setiap mukallaf untuk mempelajarinya~

Tauhid :
Mengenal sifat yg wajib dan mustahil bagi Allah Subhanahu wa Taala. Tidak sah ibadat seseorang jika tiada kenal kepada Dzat yang disembahNya.. Sifat Allah ada banyak tapi yang kita wajib tahu ialah 20 sifat wajib ada & 20 sifat yg mustahil bagiNya.

Syariat :
Ilmu ini kita pelajari dalam ilmu fiqh. Fiqh/feqah terbahagi kepada 4 cabang iaitu ibadat, munakahat (nikah, cerai, rujuk), muamalat (urusan jualbeli) dan jinayat (hukum jenayah).. Wajib ain bagi setiap mukallaf untuk mempelajari fiqh ibadat & fardu kifayah bagi cabang yg lain. Tetapi bagi mereka yg hendak menikah, wajib ain untuk mempelajari munakahat, begitu juga bagi peniaga, wajib ain baginya belajar muamalat, begitulah jua mereka yg terlibat dalam urusan mahkamah, wajib ain mempelajari jinayat.

Tasawwuf :
Ilmu ini ialah tentang hati kita kerana ia tidak melibatkan tentang hukum f'iliyah yg bersifat amali kerana setiap perbuatan dihukum dengan hukum fiqh/syariat. Wajib ain bagi mukalaf mengenali setiap penyakit mazmumah (sifat terkeji) yang ada dalam hati dan berusaha menghiasi dengan sifat mahmudah (sifat yg terpuji)..

____________________________________
Dek kerana ramai mengabaikan semua sendi agama ini maka kerosakan umat Islam berlaku dengan hebat sekali. Kita belajar bukan utk jadi ustaz/ustazah tapi untuk sahkan ibadah & mendapat redha Allah. Telah berkata para ulama :
"Amal tanpa ilmu akan tertolak"

Tidak wajib bagi muqallid seperti kita untuk mencari dalil kerana dalam setiap ilmu diatas adalah ijtihad para ulama mujtahid dalam mazhab, sebab itulah muqallid seperti kita wajib bermazhab. Cukup bagi kita mengetahui dalil aqli & naqli secara ijmal (ringkas) dalam tauhid. Manakala dalam fiqh, cukup bagi kita tahu syarat sah, syarat wajib, sunat dan rukun²nya.

Inilah perkara yg patut kita utamakan terlebih dahulu dalam menuntut ilmu & ia tanggungjawab bagi setiap muslimin/muslimat dalam segala hal. Ilmu ini dipelajari bukan untuk mengisi masa lapang yg ada tetapi kitalah yg patut memberi masa utk mempelajarinya. Wallahua'lam.

-uthmandaud-

Nota :
Maksud mukallaf - Baligh, beraqal, (dan) telah sampai seruan Islam kepadanya.



Si- munafik didalam hatinya itu penuh dengan najis-najis selain Allah!

Lidah adalah rahsia hati dan zahir adalah cermin batin!

Orang mukmin itu kenal orang munafik dan ahli taat itu kenal ahli maksiat!

Jaga-jaga! Puak putar-belit agama Islam, mempersenda-sendakan ajaran Nabi Muhammad S.A.W dan mentafsirkan Islam menggunakan akal yg tiada hidayah Tuhan!

Menyembuyikan diri didalam agama Islam, mencipta Islam baru dengan akal sendiri dan menyesatkan manusia daripada agama Allah!

Jaga-jaga! Jangan terpengaruh kepada puak-puak yg menyeleweng dan sesat ini!

Selamat berhijrah kepada kebenaran Islam daripada Allah yg dibawa oleh Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W!

Wassalam

- KALAM QADIM


No comments:

Post a Comment