Saturday, 9 April 2016

Tasawuf

"Janganlah engkau berjauhan lagi daripada Allah, dekat dan terus mendekat, jangan engkau mengalihkan pandangan cintamu daripada Allah, pandanglah Wajah KeElokkanNya dalam segala sesuatu dan waktumu"

- BUTA SELAIN ALLAH
Istiqamah itu terlebih baik daripad seribu kekeramatan.

Hakikat istiqamah ialah hati dan akal tetap berhadap kepada Dzat Allah Yg Wajibul-Wujud.

Tidak berubah tauhidnya dalam segala hal-ehwal.

Tetap berpegang dan bergantung kepada Dzat Yg Maha Esa.

Tidak memikir lagi kepada hal-ehwalnya melainkan kepada Tuhannya.

Dia telah hilang daripada dirinya dan daripada sekalian alam, dan ia kekal dengan Dzat Allah Yg Tunggal.

Dia berjalan dimuka-bumi bukan lagi dengan jasad dan roh, tetapi dengan Tuhan sekalian alam.

Ikatlah hatimu hanya kepada Allah.

Ya Allah! Fanakanlah kami didalam WujudMu..

Maqam fana adalah maqam tauhidul-Dzat.

Jadikanlah pedang tauhid "laa illaha illaallah" dan istighfarmu sebagai penyuci hati daripada selain Allah.

Putuskan hatimu daripada segala sesuatu selain Allah dan menetaplah dengan Allah selama-lamanya.

- BUTA SELAIN ALLAH
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. ..
بسم الله الرحمن الرجيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة السلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحانك لا علملنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم. .
رب زدنا علما ورزقنا فهما...
Matinya keinginan menghidupkan sanubari. ..
Ibnu Atha' selalu berdoa..
Ya Allah ya Tuhanku kasihanilah keasingan ku di dalam dunia ku!
Mati itu ada dua jenis nya. 1. Mati orang awan..mati berpisah roh dgn badan..
2. Mati orang khawas..
Mati nya keinginan, hawa nafsu tabiat dan kebiasaan Dengan matinya nafsu dan adat kebiasaan akan hiduplah hati, bila hati hidup datanglah pendekatan, bila datang pendekatan datang lah pula kehidupan yang kekal
Hendaklah byk ingat mati kerana mati itu sebaik2 pengajaran
Nabi saw suruh kita ingat mati 20 kali sehari Ramai orang yang bercakap pasal tauhid dan keesaan tetapi batinnya sebalik nya
Ada org tubuhnya menghadap kepada kiblat tetapi hatinya menghadap wang ringgit dan dunia
Jika engkau ingat dan sebut Allah maka engkau adalah pencinta.. jika engkau mendengar sebutanNya maka engkau tercinta. .
Jika engkau menyebut Allah dengan lisan, maka engkau pengganti..
Jika engkau menyebut Nya dengan hati maka engkau salik..
Jika engkau menyebut Nya dengan batin maka engkau seorang arif

Jangan mendampingi para orang solihin melainkan sesudah engkau mendidik akhlak yang rosak itu Jangan mengkritik dan menentang orang arif kerana mereka berkata2 dgn izin Allah dan memandang dgn cahaya Allah
Jangan syak dan ragu dengan Syeikh kerana Syeikh tidak berkata dusta, semuanya benar belaka..syeikh telah benar2 sampai dan telah disahkan benar.. Ditanya pada Syeikh.. tasawuf apa Syeikh, perut buncit, kata Syeikh sufi tamat. . Boleh makang belaka habis pantang larang...
Sufi kurus tu, baru salik, ada pantang larang, tak leh makang ...terhijab dgn sebab
Jangan sampai engkau berani mendakwa diri wali kerana kewalian itu adalah amalan bukan setakat dakwaan dan setakat ucapan lisan saja.
Tidak akan sampai darjat kewalian seseorang malainkan dengan mengerjakan suruhan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah dan melazimkan 4 perkara..
Lapar, diam, jaga dan uzlah...
Apabila datang warid limpahan kurnia Allah pada hatimu maka hendaklah engkau bersembunyi dan menutup mata dan jangan engkau bocorkan rahsia Nya kepada orang ramai. .
Warid adalah limpahan kurnia Allah yang mendatangi hati itu ada bermacam2 ehwal sesuai dengan perubahan yg berlaku. .
Bila seseorang itu melazimkan diri dengan ahli agama. .
Apa yang bukan milikmu maka dia akan terkeluar dari kekuasaan mu
Jika ada bahagian mu pasti dia akan sampai kepada mu meskipun engkau sedang tidur di dalam rumah

Jika kita terus istiqamah duduk mendengar dan menuntut ilmu dan mendampingi diri dengan ahli agama dan ahli makrifat dan sibuk memikirkan apa yang berlaku di belakang hari nescaya akan dipermudahkan Allah utk meninggalkan sebab musabab hidup mu
Meninggalkan amal kerana manusia sesudah dimantapkan amalan dgn ikhlas maka itu adalah riyak
Meninggalkan manusia demi utk mencapai ikhlas maka adalah selamat
Selama engkau seorang murid maka hendaklah tetap berpegang dengan hukum
Tidak cukup dengan ilmu saja, kena ada hidayah dan lebih molek lagi kena ada teguran dlm batin..kata Syeikh
Suruhan Allah itu umpama hutang. Jika engkau lambat membayar hutang sedangkan engkau berkuasa nyatalah engkau menzaliminya.
Jika engkau tinggalkan atau tidak bayar nescaya engkau dicap kufur nikmat
Jika engkau sudah benar Islam dengan penyerahan diri kepada Allah maka hendaklah engkau serah dirimu kepada taqdir Nya
Padamkan dan hilang lah diri, padamkan ingatan pada manusia dan diri, kemudian memadamkan dunia dan akhirat. .maka jika itu telah sempurna maka barulah Tuhan membolak balik nya sesuai dengan kehendak Allah
Jika engkau ingin meningkat ke maqam ini maka hendaklah engkau meninggalkan yg haram dan yang syubhat sehingga telah sempurna halmu, barulah engkau meninggalkan yang halal kemudian meninggalkan yg mubah. Sekarang ambillah hanya halal yang mutlak
Selagi masih terasa dan terkesan dgn pujian dan kejian maka selagilah engkau belum masih menjadi hamba Allah ..
Kata Syeikh

Putuskan diri dari segala sebab musabab dan tinggal kannya dari semua Tuhan2 kelak engkau akan sampai dan apa yg engkau tinggalkan itu akan menyambut mu di sana
Sufi pada awalnya byk ujian dan dicela dengan bermacam2 akhirnya berjaya dan semuanya senyap dan diam...
Kata Syeikh
Bila iman tak mantap dan kuat dok leh pegang nikmat boleh rosak...kena kuat foundation dan kuat iman dulu barulah dok rosak iman...kata Syeikh
والله اعلم

No comments:

Post a Comment