Saturday, 30 April 2016

hakikat nampak


Jawapan Siapa nampak Allah!
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Guru-guru terdahulu mengajar anak muridnya mengenal Allah, bukan dengan secara terus, melainkan melalui cara kias dan ibarat. Kiasan ulamak terdahulu, amat tinggi dan bernilai yang membuatkan saya ingat sampai sekarang.
Ada seorang murid datang berjumpa dengan Mohd Yusof Che Wook, bertujuan untuk mencari ilmu mengenal Allah dan mengenal diri. Dalam tujuan untuk mengenal Allah, terlebih dahulu Mohd Yusof Che Wookpun bertanya kepada si murid, siapa yang nampak Allah?. Tadi kamu cakap datang kemari bertujuan untuk mengenal Allah, untuk mengenal Allah itu, terlebih dahulu Mohd Yusof Che Wook, bertanya kepada si murid, siapakah yang pernah nampak Allah dan siapakah yang pernah melihat Allah?. Barang sesuatu yang hendak dikenal itu, pastinya terlebih dahulu dilihat. Bilamana kita mengaku melihat Allah, siapakah yang nampak Allah dan bilamana kita mengaku nampak Allah, siapakah yang melihat Allah?. Siapkah yag nampak dan siapakah yang melihat Allah?.
Jika kita kata melihat Allah, siapakah yang nampak?. Jika kita kata nampak Allah, siapakah yang melihat?. Siapa yang melihat dan siapa yang nampak, siapa yang nampak dan siapa yang melihat?.
Sambung mohd Yusof Che Wook, setahu saya, Allah itu tidak bersifat, bilamana Allah tidak bersifat, bagaimana mungkin kita dapat mengenal Allah?. Setiap yang hendak dikenal atau setiap yang hendak ditengok itu, hendaklah terlebih dahulu dilihat, dipandang atau ditilik!. Bilamana Allah tidak bersifat jirim atau tidak bersifat jisim, bagaimana mungkin ada orang yang mengaku mengenal, melihat atau memandang Allah, mana mungkinm dapat melihat Allah sebelum mengenalNya?. Setiap yang hendak dikenal itu, pasti terlebih dahulu dilihat, bilamana dilihat, siapa yang nampak Allah?.
Sebelum diberi jawapan siapa yang nampak Allah, Mohd Yusuf Che Wook terlebih dahulu menceritakan satu dua kiasan, kiasannya berbunyi seperti berikut;-
Pada sauatu hari, saya telah dikurniakan sebentuk keris yang teramat cantik dan bermutu tinggi atau dengan kata lain, saya mempunyai anak perempuan yang teramat cantik. Saya umumkan kepada khalayak ramai, sesiapa yang hendak melihat keris tersebut atau sesiapa yang hendak memperisterikan anak perempuan saya yang cantik itu, sila datanglah kerumah saya.
Lalu berpusu-pusulah orang ramai datang kerumah untuk melihat anak perempuan saya atau untuk melihat keris yang dikatakan teramat cantik. Setelah semuanya berkumpul, lalu saya panggillah salah seorang dari mereka untuk MENENGOKNYA.
Setelah ramai yang datang untuk menengok, lalu saya panggil salah orang masuk kebilik untuk melihat anak perempuan atau keris tersebut. Lalu saya ingin ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan sekalian, siapakah yang nampak anak saya dan siapakah yang nampak keris tersebut?. Dari penceritaan saya diatas, cuba tuan-tuan jawab, siapakah yang nampak Allah?.
Inilah kaedah orang tua-tua atau guru-guru terdahulu mengajar ilmu makrifat!. Kiranya tuan-tuan boleh jawab pertanyaan atau kiasan cerita diatas, bererti tuan-tuan berjaya mengenal Allah!……………..
Satu lagi cerita kiasan;
Seumpama kita ramai-ramai adakan satu perjumpaan dan duduk semeja, lalu saya minta salah seorang dari kita, datang untuk melihat apa yang ada dalam poket baju saya. Datanglah salah seorang darinya melihat apa yang ada dalam poket baju saya. Jadi sekali lagi saya nak ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan sekalian, siapakah yang nampak apa yang ada dalan poket baju saya?.
Saya mahu tuan bubuh RM 10.00 wang kedalam saku. Kemudian saya mahu tuan kumpul anak isteri beratur dihadapan tuan, dan hendaklah tuan panggil salah seorang dari mereka supaya datang tengok apa yang ada dalam saku.
Lalu saya mahu tuan bertanya kepada semua dari mereka, siapakah yang nampak apa yang ada dalam saku tuan?. Sudah tentu yang nampak apa yang ada didalam saku tuan itu, adalah orang yang MELIHAT!. HANYA ORANG YANG MELIHAT SAHAJA, YANG NAMPAK APA YANG ADA DALAM SAKU.
Begitu juga dengan perumpamaan diatas, siapakah yang nampak anak perempuan atau siapakah yang nampak keris cantik?. Yang melihat anak perempuan kita dan yang nampak keris cantik kita itu, adalah yang “MELIHAT”. HANYA YANG MELIHAT SAHAJA YANG NAMPAK !. Yang nampak Allah itu, adalah yang melihat!.Begitu juga Allah, Allah itu hanya akan dapat ditengok oleh yang melihat!.
Persoalan yang kedua, siapakah yang bersifat melihat?. Tidakkah dalam sifat 20 (basar), mengatakan yang bersifat melihat itu, adalah Allah!. Bilamana hanya Allah sahaja yang bersifat melihat, maka kkita bersifat buta. Bilamana kita bersifat buta, maka yang melihat itu, adalah Allah. Bilamana Allah melihat, maka Allahlah yang nampak Allah. Maka siapakah yang nampak Allah, yang nampak Allah itu, adalah yang melihat sendiri!.
Hanya Allah yang nampak Allah dan hanya Allah yang melihat Allah. Mana mungkin kita dapat nampak Allah,sedangkan kita bersifat buta!. Bilamana kita bersifat buta, mana mungkin kita dapat nampak Allah. Yang nampak Allah itu, adalah yang bersifat melihat. Tidakah yang bersifat melihat itu, adalah sifat Allah (cuba lihat tafsiran sifat 20 dalam sifat basar).
Itulah cantiknya cara guru terdahulu mengajar kita mengenal, melihat, memandang atau mengenal Allah. Guru terdahulu tidak terus mencerita “Allah melihat Allah atau Allah mengenal Allah), Dengan kiasan itu, dapatlah kita faham bahawa, kita tidak ada kuasa hendak tengok Allah, tidak ada kuasa hendak melihat Allah dan kita tidak ada kuasa hendak kenal Allah. Hanya Allah mengenal Allah, hanya Allah melihat Allah dan hanya Allah yang tengok Allah.
Yang melihat sahaja yang nampak Allah, manakala yang bersifat melihat itu, adalah sifat Allah iaitu sifat basar Allah (melihat), sifat basar itu, adalah sifat Allah. Bila Allah melihat Allah, Allah memandang Allah dan Allah menilik Allah, maka kenallah kita akan Allah dan kenalah kita akan diri.
Siapakah diri kita, diri tidak itu, adalah tidak ada. Bilamana diri tidak ada, maka yang ada itu, adalah hanya Allah. Allah melihat Allah, maka yang nampak itu pun juga, adalah Allah.
Yang melihat sahaja yang boleh nampak Allah. Adapun sifat melihat itu pula, adalah sifat Allah, jadi Allahlah yang melihat Allah. Guru terdahulu hendak menceritakan sesuatu ilmu, mereka memilih jalan kiasan atau mengambil langkah memberi ibarat terlebih dahulu. Mereka hanya hendak menceritakan bahawa “yang melihat Allah itu, adalah Allah”, tetapi mereka lebih suka memilih langkah bercerita atau berkias yanng teramat panjang. itulah yang membuatkan kita bukan sahaja tahu untuk menjawab jawapan 4 tetapi mereka juga tahu jalan kira-kira (iaitu untuk menjawab 4 itu, adalah dengan jalan 2 kali 2 iaitu 4). Bukan sahaja tahu jawab 4 tetapi tahu juga jalan kira-kira.
Begitu juga kiasan orang tuan terdahulu, untuk mengajar kita ilmu “yang melihat Allah itu, adalah Allah” mereka lebih megambiul jalan kiasan. jadi tahulah kita bahawa yang melihat Allah itu, adalah Allah sendiri…………………..
Hj. Shaari, makrifat tok kenali
LikeShow More Reactions
Comment

No comments:

Post a Comment