Saturday, 30 April 2016

hakikat haram


DIMANAKAH HARAMNYA ANJING dan DIMANA HARAMNYA BABI?
Haramnya anjing!
Bilamana menyentuh anjing dalam sama-sama berkeadaan kering, ianya tidak mendatangkan haram. Bilamana salah satunya darinya basah, barulah ianya bertukar menjadi haram!. Adakah haramnya anjing itu disebabkan oleh kerana bercampurnya dengan air, maka ianya menjadi haram?.
Pada asalnya, antara anjing dengan kita, boleh salin bersentuhan bilamana kedua-duanya berada dalam keadaan sama-sama kering. Bilamana salah satunya dalam berkeadaan basah (bercampur air), barulah ianya menjadi haram. Kering sama kering tidak haram. Bilamana salah satu darinya basah atau kedua-duanya basah, ianya akan menjadi haram. Dimanakah haramnya?, adakah haram itu pada kulit tangan, adakah haram itu pada kulit anjing atau haram itu pada air?.
Jika haram itu terletak pada anjing, kenapa bilamana anjing itu dalam berkeadaan kering (sama-sama kering), ianya tidak menjadi haram?. Bilamana salah satunya berkedaan basah atau kedua-duanya dalam berkeadaan basah, baru dikatakan haram!. Sedangkan yang basahpun anjing dan yang keringpun anjing yang sama (kenapa bilamana basah baru dikatakan haram?). Anjing tetap anjing biarpun dalam keadaan basah atau dalam berkeadaan kering!. Biarpun basah dan biarpun kering, tidakkah yang dipegang itu tetap seekor anjing dan tidakkah tangan yang memegang itu, adalah tetap dari tangan yang sama. Dimanakah terletak haramnya anjing itu?. Pada kulit anjing kah, pada tangan kita kah atau pada air kah?.
Bilamana salah satu dalam berkedaan basah, ianya menjadi haram. Sedangkan basahpun anjing yang sama dan keringpun dari anjing yang sama (sama-sama berasal dari anjing yang sama). Sebagai contoh, kita simbah air zam-zam pada anjing, kemudian kita sentuh!. Jika hendak dikatakan haramnya anjing itu berpunca dari air, mustahil air zam-zam yang boleh dibuat minum itu, boleh menjadikan anjing itu haram. Tambahan pula air yang kita gunakan itu adalah air zam-zam yang boleh dibuat minum dan yang boleh dibuat air sembahyang!.
1) Soal: Dimanakah haramnya anjing?
Jawab: Adapun haramnya anjing itu, adalah terletak pada “basahnya”. Pada suluhan ilmu makrifat, haramnya anjing itu, bukan terletak pada airnya, bukan terletak pada kulit tangan dan bukan terletak pada kulit anjing. Haramnya anjing itu, adalah terletak pada basahnya.
Permasalahannya disini, apakah maksud perkataan “basah”?. Bilamana basah, kita selalu merujuk kepada perkara air. Sedangkan mengikut suluhan ilmu makrifat, pengertian basah itu, bukan merujuk kepada air!. Basah disini adalah merujuk kepada maksud “tidak suci” atau “tidak putus” atau “tidak khatam” atau “tidak habis belajar” atau “pengajian belum tamat” atau “kepercayaan belum belum yakin!. Basah disitu, mengambarkan sesuatu pengajian atau tuntutan ilmu yang belum kering, belum tamat dan belum selasai.
Contoh:
Seumpama kita menulis dengan dakwat basah, pastinya kena tunggu kering dulu baru boleh dipegang dengan tangan. Sekiranya kita baru tulis dan terus kita pegang dengan tangan, pasti tulisan itu akan tercemar dan terpadam. Sekiranya dakwat tulisan itu sudah kering, peganglah sekuat mana sekalipun tulisan itu tidak akan tercemar dan utuh sebagaimana asal!.
Begitu juga dengan maksud basah. Maksud basah disini, adalah merujuk kepada orang yang belum kuat berpegangan kepada agama, pengajian yang belum putus atau pembelajaran ilmu yang belum tamat. Yang masih dalam keadaan was-was, percaya atau tidak percaya itu, masih dalam keadaan sama berat atau sama banyak dan tingkatan ilmu yang masih mentah (belum matang atau belum putus). Itulah maksud, erti dan terjemahan kepada perkataan basah.
Yang dimaksudkan kepada basah itu, contohnya kita hendak mengerjakan sembahyang, dalam masa kita hendak mengerjakan sembahyang, hati kita berada dalam keadaan ragu-ragu, was-was dan samar-samar samaada ingatan kita kepada Allah itu benar-benar betul atau sebaliknya atau hanya sekadar menyebut nama atau juga sekadar ikut-ikutan. Erti, makna dan maksud basah itu, adalah apabila ingatan kepada Allah berada didalam keadaan was-was atau ragu-ragu. Inilah yang dikatakan haram atau basah. Haram mengerjakan sesuatu yang kita belum pasti atau yang kita tidak yakin. Inilah yang dikatan maksud, erti atau makna basah (haram).
Seumpama kita mengerjakan solat, tetapi kita tidak tahu siapa yang disembah, kita tidak tahu siapa tuan yang empunya solat dan tidak tahu siapa pencipta solat. Sekiranya kita tidak tahu dan tidak kenal siapa pencipta solat, disinilah yang dikatakan haram, iaitu mengerjakan barang sesuatu yang kita sendiri tidak tahu dan barang yang kita sendiri tidak yakin. Inilah pengertian kepada perkataan basah!. Adapun erti basah itu, adalah bermaksud pengajian atau keyakinan yang tidak putus atau belum tamat (khatam).
Inilah kiasan atau pengertian haramnya anjing itu, iaitu pada basahnya. Inilah maksud yang dikatakan haramnya meyentuh anjing diketika salah satu darinya basah atau kedua-duanya basah. Yang dimaksudkan dengan perkataan basah itu, adalah erti tidak kering. Manakala erti, maksdud atau pengertian perkataan tidak kering itu pula, adalah bermaksud merujuk kepada ilmu yang tidak tamat, ilmu yang tidak putus, ilmu yang tidak habis dan tidak yakin dengan ilmu yang diamal. Seolah-olah kita mengamal ibadah yang bercanggah antara ilmu dengan amal (perbuatan). Iaitu ilmu yang sama sekali tidak mengenal amal. Iaitu mengerjakan ibadah dengan tidak tahu dan mendirikan ibadah dengan tidak faham (buat dengan membabi buta).
2) Soal: Mana haramnya babi?
Jawab: Adapun haramnya babi itu, adalah kiasan kepada babi yang didalam hati kita. Babi yang bermaksud dengki kianat, busuk hati, mengumpat orang, keji mengeji, cela mencela orang, bergaduh dengan jiran, marah-marah (panas baran), tendang kucing, curah air asid atas belakang lembu, iri hati kepada kekayaan jiran, selalu bercakap bohong, tak tepati janji dan sebagainya. Inilah kiasan kepada perkara haramnya babi (kinzir), iaitu yang merujuk kepada haram hati yang ada didalam dada kita. Haram yang ada didalam dada kita itu, adalah haram yang melebihi haram yang ada pada tubuh anjing dan babi.
Jika anjing dan babi itu dikatakan haram, sedari dulu lagi Allah tidak jadikan atau tidak ciptakan anjing dan babi. Melainkan diciptakan anjing dan babi itu, adalah sebagai kiasan, sindiran atau sebagai gambaran maklumat kepada haramnya hati seseorang yang busuk.
Apa-apapun, jangan pula setelah kita belajar maksud sebenar haram anjing dan babi itu, bermakna kita dibolehkan pegang anjing dan makan daging babi pula. Sebagai orang Islam, kita tidak boleh meyentuh anjing dalam berkeadaan basah dan tidak boleh memakan daging babi!. Kita kena patuh kepada syariaat atau hukum feqah. Adapun suluhan dari sudut pandang ilmu makrifat itu, adalah bagi mengajar kita supaya tahu dimana hakikat haram yang sebenar dan mengajar kita supaya tahu dan sedar bahawa dimanakah yang dikatakan haramnya anjing dan babi!.
Haramnya anjing itu, adalah kerana ada tersimpan sifat buruk didalam dada. Manakala haramnya makan babi itu, adalah merujuk kepada memperbuat perkara-perkara keji. Haramnya anjing itu, adalah kiasan kepada adanya perasaan buruk didalam dada hati. Manakala haramnya babi itu, dikias atau dirujuk kepada perkara yang terzahir pada perbuaan.
Kedua-dua perkara itu, adalah haram. Samaada niat buruk itu berada didalam dada, apa lagi kiranya niat buruk itu diperbuat atau diperzahirkan. Haramnya anjing itu, adalah dimaksudkan kepada niat buruk yang ada didalam dada. Manakala haramnya babi itu, adalah dimaksudkan kepada niat buruk yang ada tersimpan didalam dada kita, kita perzahirkan dengan kelakuan (iaitu bilamana sifat buruk itu, dibuat dengan kelakuan).
Dalam pengajian ilmu makrifat itu, kita tidak boleh menzalimi anjing mahupun babi, apa lagi kucing. Selepas dan setelah tuan-tuan belajar ilmu makrifat, hendaknya jangan lagi anjing, dibaling batu. Anjing juga makhluk Allah kenapa kita hendak membenci ciptaan Allah. Anjing tidak minta dilahir sebagai anjing. Cuba tuan-tuan bayangkan sekiranya tuan-tuan dicipta sebagai anjing, mahukah tuan-tuan dibaling batu?. Cuba jawab?…………………………
Anjing dan babi itu, adalah kiasan atau tamsil Allah kepada kita. Jika tidak ada anjing dan babi, mana mungkin kita mengenal haram!. Jika tidak ada hitam, mana mungkin kita kenal putih. Jika tidak ada anjing dan babi, mana mungkin kita kenal haram!
Hj. Shaari
LikeShow More Reactions
Comment

No comments:

Post a Comment