SIAPA YANG BERDIRI SENDIRI?
(Qiamuhu Binafsih)
(Qiamuhu Binafsih)
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah skalian. Ramai dikalangan kita yang tidak tahu untuk mentafsir makna, erti atau mentafsir istilah perkataan sifat dua puloh “Kiamuhu Binafsih” (berdiri Allah dengan sendiri)!.
Ramai yang mentafsir “kiamuhu binafsih” (berdirinya Allah itu dengan sendiri). Iaitu dengan pengertian Allah itu, tidak perlu kepada pembantu, tidak perlu kepada penasihat dan tidak perlu kepada pekerja sokongan. Allah itu bekerja, bertindak dan pelaksana dengan sendiri, tanpa pembantu, tanpa penasihat dan tanpa pekerja sokongan. Inilah ilmu (ilmu syariaat atau ilmu feqah) yang selalu diperdengarkan kepada kita.
Adapun menurut kefahaman, suluhan, kaca mata dan menurut sudut pandang ilmu makrifat, erti, makna, tafsiran atau istilah kepada perkataan “Allah berdiri sendiri” itu, adalah seperti berikut;
1) Allah bersendirian
2) Allah berkeseorangan
3) Tidak ada yang lain selain Allah (tidak ada orang lain)
4) Allah itu Esa
5) La Maujud Bil Haqqi Ilallah (Tidak ada yang dijadikan ini, melainkan Allah)
Kiamuhu Binafsih itu, bererti, bermakna dan bermaksud bahawa Allah itu, tidak perlu kepada yang lain selain diriNya sendiri. Allah sahaja yang wujud (ada), ujud (mengadakan) dan yang maujud (yang diadakan). Sebagaimana sifat nafsiah wujud (ada), Allah sahaja yang bersifat ada. Selain daripada sifat Allah, bererti dan bermakna “tidak ada”.
Benarlah sebagaimana sifat wujud (ada), yanng ada hanya Alllah. Ertinya disini, Allah itu bersendirian (sendiri). Seumpama tuan datang kerumah saya secara berkeseorang, lalu saya bertanya kepada tuan, “tuan datang berapa oarang?”. Lalu tuan menjawab “saya datang sendiri”. Perkataan”sendiri” disitu menunjukkan, mengambarkan dan menceritakan berkeseorangan!.
Begitu juga Allah, Allah itu adalah tunggal, Esa dan bersendirian. Bilamana bersendirian (sendiri), maka Dialah yang meyembah Dia, Dialah yanng menyatakan Dia, Dialah yang menilik Dia, Dialah yang memandang Dia, Dialah yang mengenal Dia dan Dialah seDia-Dianya Dia…………………………………………………….
Bolehkan kita berdiri sendiri?. Setahu saya, yang bersifat berdiri sendiri itu, adalah Allah s.w.t. Sifat “kiamuhu binafsih” (Allah berdiri dengan sendiri). Berdiri sendiri itu, adalah sifat Allah, bukan sifat aku, bukan sifat kita, bukan sifat saya dan bukan sifat kamu!. Jadi, cuba jawab pertanyaan saya, jika semuanya bukan, bukan bukan aku, bukan saya, bukan kami dan bukan kamu, siapakah yang mendirikan kaki kita?. Bolehkah kita berdiri sendiri?. Jika sekiranya kita tidak boleh berdiri sendiri, siapakah yang mendirikan kaki kita?.
Bilamana Allah yang mendirikan kita dan Allah yang menjadikan kaki kita berdiri, jika segalanya Dia, mana bahagian kita?. Kemana perginya hak kita dan ke mana perginya kepunyaan kita?. Mana yang dikatakan diri kita, mana kaki, tangan, mulut dan mata kita, jika segalanya milik Allah?. Mana kita, cuba jawab?. Bolehkah barang milik orang, kita mengaku milik kita?. Tanah orang punya atau rumah orang punya, bolehkah kita mengaku harta milik kita?. Cuba jawab.
Disini memang benarlah bahawa Allah itu berdiri sendiri (berkeseorangan, Esa, satu atau tungggal). Allah itu, adalah Allah. Allah yang awal mula, Allah yang akhir, Allah yang zahir dan Allah yang batin. Yang tidak ada wujud yang lain selain Allah……………………………………….
Cuba tuan-tuan terlebih dahulu tanya atau ajukan persoalan ini kepada diri tuan-tuan sendiri. Sekiranya tuan-tuan ingin beroleh kefahaman dalam mempelajari ilmu makrifat (ilmu ketuhanan), tuan-tuan hendaklah ikut serta patuh kepada perintah guru atau cikgu. Sekarang, anggap saya sebagai cikgu, saya mahu tuan-tuan benar-benar tanya diri sendiri dan jawab pertanyaan di atas!.
Siapa yang membolehkan kaki tuan-tuan berdiri untuk bersembahyang?. Adakah berdirinya kaki tuan-tuan itu, atas dasar kehendak, kuasa, kudrat atau iradat tuan-tuan sendiri?.
Tidakkah berdirinya kaki tuan-tuan itu, adalah di atas dasar kuasa dan kudrat Allah!. Tidakkah kuasaNya yang mendirikan kedua-dua belah kaki tuan-tuan semasa tuan-tuan berdiri untuk mengerjakan sembahyang?. Sekiranya yang mendirikan kaki kita, semasa kita berdiri itu, adalah Allah, mana yang dikatakan kuasa atau kudrat kita. Sila jawab, siapa yang sebenar-benar berdiri?. Apa masih ada lagi kaki kita?. Apa masih ada lagi daya upaya, apa masih ada lagi kudrat atau iradat kita?. Cuba jawab!

Hj. Shaari, makrifat tok kenali
No comments:
Post a Comment