Saturday, 30 April 2016

hakikat sifat

Sikap Atau Cara Hidup Orang Makrifat Yang Sebenar !
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, Jika sebelum ini, kita hanya membicarakan soal pokok (makrifat), pada kesempatan ini, mari saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan menjadi orang makrifat yang sebenar.
Makrifat itu, bukan sahaja bertujuan untuk mempelajari pelajaran pokok, pelajaran bungapun perlu juga diambil berat!. Kita selalu terlepas pandang perkara-perkara kecil!. Sedangkan sekecil-kecil perkara itulah yang nantinya yang akan menjadi perkara besar!. Sekiranya kita tidak pelihara atau tidak menjaga perkara-perkara kecil, tuan-tuan tidak akan dapat sampai kepada perkara-perkara besar (makrifat).
Pesan ayahnda Mohd Yusof Cik Wook, yang diterima dari Tok Kenali kepadanya dan dipesan pula kepada saya, petua untuk menilai atau untuk melihat atau untuk mengukur orang yang benar-benar berilmu makrifat itu, hanya satu perkara sahaja!. Bukan lihat pada amal ibadatnya dan bukan lihat pada pakaiannya, tetapi lihatlah pada perbuatan “sekecil-kecil perbuatannya”.
Lalu Tok Kenalipun beri contoh; Cuba tuan-tuan semua fikir, dalam masa kita punggah timbunan batu, mana yang kita ambil dahulu?. cuba jawab………….. Apakah kita ambil yang tengah-tengah dahulu atau kita ambil yang tepi-tepinya dahulu?.
Tentunya kita ambil yang kecil-kecil dahulu, yang ringan-ringan dahulu, baru disusuli dengan yang berat atau yang besar. Kita bermula dengan megambil batu-batu yang kecil-kecil (ringan) dibahagian tepi dahulu. Setelah ambil yang ringan dan yang tepi, baru boleh diambil timbunan batu yang dibahagian tengah dan yang besar!. Sekiranya tidak diambil yang tepi dan yang kecil terlebih dahulu, bagaimana mungkin nak ambil batu besar yang berada dibahagian tengah ?.
SEKECIL-KECIL DAN SERINGAN ILMU
Begitu juga dengan ilmu makrifat!. Sebelum kita berilmu makrifat yg besar, kita tidak boleh tinggal ilmu-ilmu yg kecil!. Ilmu yang kecil itu, bukan merujuk kepada sembahyang sunat, bukan merujuk kepada sembahyang fardhu, puasa, zakat atau haji. Perkara seumpama sembahyang, puasa, haji, zakat dan sebagainya itu, adalah perkara-perkara ilmu yang besar dan perkara ilmu berat. Yang dimaksudkan perkara ilmu yang kecil-kecil itu. adalah seperti sifat;
Sabar, tawakkal, penyayang, pemurah, pembersih, pemaaf, k iri hati, jaga tingkkah laku, sikap berbudi pekerti, adat sopan, hormat orang tua, sayangi kanak-kanak, jaga kebersihan diri, jaga kebersihan kampong, kebersihan rumah, kebersihan pakaian dan lain-lain!.
Kebanyakkan dari kita, hanya mementingkan ilmu-ilmu yang besar, dengan meninggalkan yang kecil. Sedangkan yang kecillah sebenarnya yang menghidupkan yg besar. Seumpama kita tidak pernah meninggalkan pekerjaan sembahyang lima waktu, Puasa bulan Ramadhan dan puasa suanat. Namun dalam masa yang sama sebagai contoh, kita mencaci jiran, dalam masa yang sama kita melakukan zalim kepada binatang dan sebagainya!. Kita anggap megumpat, mengata orang, menzalimi binatang, membuang sampah merata-rata, melangar lampu isyarat, memotong digarisan berkembar, tidak bertanya khabar terhadap adik beradik, tidak menjaga pakaian, tidak mengosok gigi dan biarkan mulut berbau busuk. Itu semua, tidak diambil kira oleh kebanyakkan kita.
Kita hanya mementingkan ilmu yang besar dan ibadah besar, sedangkan ibadah yanng kecil dan ilmu yang kecil, tidak tuan-taun perhatikan. Seumpama tandas masjid, tandas restauran dan sebagainya. Pada suatu hari, saya sengaja duduk dimasjid untuk memerhatikan karenah dan sikap orang-orang yang dikatakan beragama Islam. Saya lihat dengan mata kepala sendiri, seoarang lelaki yang berpakaian jubah labuh, beserban dan membawa kereta yang agak mewah singgah dimasjid untuk membuang air kecil. Saya lihat beliau masuk kedalam tandas masjid tanpa menanggalkan kasut. Sedangkan disitu tertulis perkataan “tanggalkan kasut” . Selipar jepun serta terompah banyak disediakan dihadapan pintu tandas.
Berkebetulan datang sebuah kereta orang yang berbangsa Cina. Sebelum baliau dan anak beranaknya masuk ke tandas, saya lihat mereka masing menanggalkan kasut dan memakai selipar dan terompah yang disediakan. Biarpun anak-anak mereka yang pada perkiraan saya dalam lingkungan sekolah rendah atau sebaya sekolah menengah, tetapi mereka pakai selipar untuk masuk kedalam tandas masjid tanpa disuruh oleh ibu bapa mereka!.
Saya begitu teruja dan terharu melihat sikap orang Islam berbanding dengan orang kafir!.
Suatu petang setengah tahun yang lepas, semasa saya dijemput untuk memberi ceramah diMasjid Tmn. Eveniupark Kucai Lama Cheras Kuala Lumpur. Semasa itu hujan lebat, saya berteduh disebuah sesyen minyak (saya lupa stesyen minyak apa), jam sudah menunjukan waktu sembahyang magrib. Saya tidak boleh nak pergi kemesjid yang bertempat bersebelahan dengan petrol pam, sebab hujan lebat.
Saya bertanya kepada penyelia yang berada didalam patrol pam, apakah ada payung untuk saya pinjam? . Saya bertanya kiranya boleh dipinjam payung atau jika ada yang boleh saya beli. Saya berkata bahawa saya sanggup tinggal wang sejumlah 50.00 sebagai cagaraan, kemudian payaug ini akan saya kembalikan, untuk saya ke Masjid dan saya akan berpatah balik kesini untk memulangkannya kembali. Sedang masjid bersebelahan dengan patrol pam. Namun tidak ada siapa yang memberi kerjasama.
Semasa saya berdiri diluar perkarangan patrol pam, sedang meninjau-ninjau bagaimanakah caranya untuk kemasjid (untuk memberi ceramah selepas solat magrib). Tiba-tiba datang seorang perempuan Cina, menghulurkan payung. Mungkin dia mendengar perbualan saya bertanyakan payung semasa didalam patrol pam. Lalu saya berkata yang suruh dia tunggu sekejap, untuk saya kembalikan payung itu, dia berkata “tak mengapa pak cik”. Saya menghulurkan wang 20.00 untuk membayar harga payung, namun dia berkata “tidak mengapa, saya bagi pakcik”. Dengan itu, dapatlah saya pergi ceramah tepat pada waktunya.
Saya nak berkongsi satu lagi cerita ini kepada saudara-saudara. Pada suatu hari sedang saya duduk berbual-bual dengan beberapa orang sahabat. Tiba-tiba datang seorang yang berpakaian ala Afghanistan bersalaman dengan dua orang sahabat yang bersebelahan saya. Sedang saya berada disebelah, tidak dihulur tangan untuk bersalam. Apa salahnya bersalaman dengan saya biarpun bukan sahabatnya!. Pakaiannya ala Islamik, tetapi budi bahasanya tidak Islamik. Nama sahaja Islam tetapi, dimanakah nilai-nilai keislaman?.tuan-tuan nilailah sendiri!.
Ada lagi satu cerita. Saya masuk restaurant untuk makan nasi. Disebalah meja saya, ada beberapa orang yang masing-masing sedang menunggu makanan. Selain orang lain, ada seorang pemuda sekitar umur 20 han disebelah meja saya, makanannnya sampai dahulu, mungkin di datang awal dari saya.
Sebelum dia makan, sempat juga mempelawa saya makan, dengan berkata “makan pak cik”. Begitu terharu saya mendengar perkataan “makan pak cik” yang terkeluar dari seorang anak muda Melayu!. Saya merasa cukup berbangga dan berbesar hati sekali pada hari itu. Sedang dimeja lain, bersebelahan saya, ada orang lain yang makan, langsung tidak ada nak mengatakan “mari makan” . Sedangkan yang lain-laiin itu, lebih beumur dari pemuda tersebut!..
Perkara ini, pada anggapan tuan-tuan mungkin ianya suatu perkara kecil. Namun bagi orang makrifat itu, perkara-perkara yang sekecil itulah yang diamati dan diprektikkan dalam kehidupan seharian. Berbohonglah seseorang itu, bilamana buat yang besar, jika tidak berbuat yang kecil. Mana mungkin timbunan bongkah batu, dapat diambil yang besar, kiranya tidak terlebih dahulu tidak membuang atau meganggkat yang kecil.
Satu lagi cerita, mungkin cerita ini dialamai sendiri oleh tuan-tuan. Semasa saya sedang memandu kereta, saya cuba memasuki lorong tengah dari lorong kiri nak kelorong kanan untuk membelok masuk ke lorong sebelah kanan. Sudah lama saya memberi lampu isyarat untuk membelok, namun tidak ada yang mengindahkannya. Kerata dihadapan saya, langsung tidak beri peluang kepada kereta saya. Sedangkan jika dia pergi sekalipun, dihadapan nya jalan jem, kereta dihadapan nya tersankut (jem), bererti kereta mereka pun tidak boleh bergerak kiranya diberi laluan kepada saya!. Daripada sama-sama tidak boleh jalan, Apa salahhnya memberi peluang kepada saya untuk masuk!.
Mereka rela halang atau blog saya dalam erti kata sama-sama tidak boleh berjalan, daripada mengamalkan sikap betolak ansur.. Apa salahnya diberi lorong kepada saya. Tetapi dia masih memilih sikap tidak mahu bertolak ansur!. Yang saya sedihnya, orang yang blok dihadapan kereta saya itu, adalah orang Melayu Islam!.
Cuba tuan renung-renungkan sejenak, kiranya tuan-tuan berada ditempat saya!. Mungin cerita yang saya paparkan ini, tidak meyentuh hati tuan-tuan, kerana tuan-tuan juga sebagamana mereka!. Cuba cerita ini dibaca oleh orang yang bermakrifat!. Pasti hatinya merasa kesal dengan sikap anak bangsa Melayu (bangsa kita sendiri), betapa rendahnya nilai kasih sayang, nilai tolak ansur dan nilai yang tidak ada tertanam buudaya serta sifat tatatertib didalam jiwa bangsa Melayu. Kita orang Islam, lebih memandang ibaddah yang besar-besar dengan langsung tidak ambil kira yang kecil-kecil.
Untuk itu, kirnya tuan-tuan berhajat kepada ilmu makrifat, saya sarankan besih terlebih dahulu sifat-sifat yang kecil. Mari kita sama-sama kembali belajar ilmu yang kecil, iaitu ilmu;
BERSYUKUR
Kerana tidak tahu untuk menghargaai perkara syukurlah, makanya ramai dikalangan kita tersasar jauh dari agama, dari berbudi bahasa, dari beradap sopan dan bertimbang rasa!
Hj. Shaari, makrifat tok kenali
LikeShow More Reactions
Comment

No comments:

Post a Comment