Bagaimana Cara Utk Percaya Kpd Agama
Bagaimanakah cara untuk kita percaya kepada agama?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sebelumnya syukur saya kepada Allah swt, kerana masih lagi diberi kesempatan untuk terus berkaria.
Tuan-tuan dan puan-puan, saya ingin mengajak tuan-tuan supaya berfikir buat seketika. Cuba tuan-tuan fikirkan, apakah pegangan agama yang kita anuti, yang kita pegang, yang kita yakini dan ikuti selama ini, benar-benar betul atau tidak.
Orang itu kata begini, orang ini kata begitu, ulamak itu sarankan begini dan ulamak ini sarankan begitu. Lain negeri lain pegangan, lain torikat lain amalan, lain guru lain pula pendekatannya. Bermacam-macam kepercayaan yang kita lihat. Itu belum lagi melihat dinegara luar. Dengan Wahbinya, Syiah, Suni,Sunnah, Ahli sunah wal jamaah dan berbagai-bagai yang kita dapat lihat pada hari ini. Ada yang berilmu Hulul, Wahdatul wujud, Syek siti Jenar, Al-Halaj dan bermacam-macam ajaran!.Mana satu diantara banyak itu yang benar-benar betul dan benar?.
Apa lagi ajaran atau aliran fahaman, di tanah Kota Mekkah lain ajarannya, di Iran lain ajarannya, di Iraq lain ajarannya dan di tanah melayu pula lain ajaran, fahaman atau peganganya. Apa lagi berbezaan antara mazahab-mazahab. Ini semua mengelirukan kita semua. Mana satu yang hendak kita tun jangi.
Apakah cukupkah dengan sekadar percaya dengan membabi buta!. Babi yang butapun berkemungkinan tidak sebagai mana kita, yang selalu bermusuhan dan bergaduh sesama sendiri dalam soal agama!. Wahbi tuduh Sunnah salah, Sunnah tuduh Wahbi salah. Sunni tuduh Ahli Sunnah salah dan Ahli sunnah tuduh sunni salah dan sebagainya!.
Apakah syurga itu untuk orang wahbi sahaja dan bukannya untuk Ahli Sunnah? dan apakah Syurga Allah itu untuk golongan ahli Sunnah sahaja dan bukan untuk orang Syiah?. Apakah Allah itu hanya untuk golongan tertentu sahaja?. Apakah semua wahbi masuk neraka, apakah syiaah itu masuk neraka, Sunni masuk neraka dan apakah syurga itu hanya untuk golongan ahlil Sunnah Wal jamaah sahaja. Apakah Syurga itu hanya untuk orang Mekkah yang berfahaman Wahbi sahaja?. Bagaimana dengan kita di Malaysia yang berfahaman Ahli Sunnah
Wal jamaah?.
Dalam banyak-banyak benar itu, mana satukah yang betul-betul benar?.Jangan kita beranggapan benar dengan hukum percaya, mari kita benarkan pegangan agama dengan hukum yakin.
Dalam banyak-banyak pegangan itu, disini saya hanya mahu berbicara tentang dua fahamana sahaja, iaitu fahaman golongan yang berilmu syariaat (ahli feqah) dengan golongan yang berilmu hakikat (makrifat)!.
Pertikaian antara kedua ini, bukan sahaja dimasa sekarang sahaja tetapi sudah berlanjutan semasa zaman sahabat-sahabat Baginda Nabi lagi!. Berbalah, tuduh menuduh, pertikaian lidah dan kafir mengkafir, kata mengata dan fitnah menfitnah itu, sudah menjadi lumrah asam dan garam dalam kehidupan orang Islam.
Kita sama-sama mengucap dua kalimah syahadah, sama-sama mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji tetapi dari segi kefahaman, ternyata keduanya fahaman ini, teramat ketara dan teramat jauh berbeza.
Apakah perbezaan yang ketara itu?
Nanti kita sambung dilain kesempatan

No comments:
Post a Comment