Saturday, 30 April 2016

hakikat


Tidak Bermaksud Menolak Quran dan Hadis Sebagai Dalil!
Assalamualaikum. Saya yakin telah berlaku salah faham di sini. Bukanlah Tuan Hj. Shaari menolak kepada Al-Quran dan Hadis. Dalil itu bermaksud bukti, evidence atau proof.
Kata Tuan Hj. Shaari, “Kita mengenal Allah itu, hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil”. Maksudnya ialah hendaklah kita mengenal Allah sehingga sempurna, mantap dan kukuh tahap keyakinan kita terhadap pengenalan itu sehingga kita tidak memerlukan lagi kepada bukti-bukti (dalil) untuk meyakininya.
Bukti-bukti hanya diperlukan oleh orang yang was-was, ragu-ragu atau langsung tiada yakin. Adakah orang yang telah sempurna yakinnya masih mahu menuntut kepada sebarang bukti?
Jikalau kita sudah saksikan dengan mata kepala sendiri, Ali sedang menyembelih ayam, adakah kita masih lagi perlukan bukti untuk membuat keputusan, sama ada Ali telah menyembelih ayam atau tidak? Buktinya sudah ada depan mata. Adakah kita masih perlu lagi kepada bukti?
Saudara tidak kenal saya, jika ingin mengenali saya pasti saudara perlukan maklumat untuk membuktikan siapa saya yang sebenar. Jika saya ini adalah kakak atau adik sedarah sedaging saudara, perlu lagikah kepada bukti untuk mengesahkan siapa diri saya?
Orang yang tidak kenal Allah sudah pasti memerlukan bukti-bukti untuk mengenali Allah. Lalu, sesetengah mereka memerhatikan dan memikirkan kejadian-kejadian ciptaan Allah untuk lebih menguatkan lagi keyakinan mereka akan wujudNya, kuasaNya, kehendakNya, sebagainya. Tetapi boleh jadi kadangkala nampak, kadangkala terhijab.
Orang yang mengenal Allah sekadar melalui ilmupun masih perlu berbuktikan dengan ilmunya. Orang yang mengenal Allah melalui rasapun masih perlu berbuktikan rasanya. Sehinggalah sampai orang itu mengenali Allah dengan sebenar-benar kenal dan telah sempurna kebenaran pengenalan itu. Inilah orangnya yang tidak lagi perlukan kepada bukti-bukti seperti keadaan bulan, bintang, angin, air, tumbuhan, manusia, musibah, nikmat dan sebagainya. Bukanlah semua penuntut ilmu makrifat mampu sampai ke tahap ini, melainkan semata-mata dengan izin Allah jua.
Adalah mustahil, orang yang berjalan dengan ilmu makrifat akan menolak Quran dan Hadis, sebaliknya merekalah orang yang paling kuat dan utuh kepercayaannya kepada Quran dan Hadis, kerana mereka lebih mengerti akan hakikatnya Quran dan Hadis.
Kata Tuan Hj. Shaari itu sebenarnya, secebis kuman pun tidak dimaksudkan untuk menolak Quran dan Hadis. Ia langsung tiada kaitannya dalam topik perbincangan. Konteks ayat Tuan Haji itu sebenarnya, untuk menggalakkan agar kita membina keyakinan yang utuh tiada bergoyang-goyang lagi dalam mengenali Allah, itu saja.
Kuman di seberang laut kita nampak, tapi kala jengking dalam baju sendiri kita tak nampak, amat mengharukan!
Komen: ketupat
Like

No comments:

Post a Comment