Tuesday, 26 April 2016

Zakir

➡ADAKAH ZAKIR NAIK BERFAHAMAN WAHHABI❓

Jawapan: Untuk mengenali seseorang itu adalah berfahaman Wahhabi atau tidak, maka kita perlu tahu tentang aqidah dan manhajnya dengan bukti supaya kita tidak memfitnahnya. Ramai masyarakat sekarang bertanya soalan ini: BETUL KE ZAKIR NAIK WAHHABI?

Jika hendak menjawab soalan ini secara ilmiah dan bukan dengan sesuka hati, maka di sini kita bawakan beberapa perkara yang membuktikan bahawa Zakir Naik adalah seorang yang berfahaman Wahhabi dan dia cuba menyembunyikan fahamannya sendiri dengan berkata: "Tidak ada mazhab dalam Islam", sedangkan dia sendiri mengikut fahaman Muhammad bin Abdul Wahab iaitu pengasas pergerakan Wahhabi.

Ini antara bukti-bukti bahawa dia adalah berfahaman Wahhabi dan manhajnya bercangah dengan manhaj ulama Melayu yang berfahaman Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah👇

1⃣AQIDAH YANG DISEPAKATI OLEH AHLIS-SUNNAH WAL-JAMA^AH; ALLAH ADA TANPA TEMPAT:

✔Antara ulama Melayu yang masyhur ialah Syaikh Zainal-^Abidin ibn Muhammad al-Fatoni yang terkenal dengan "Tuan Minal Fatoni", dia berkata dalam kitabnya yang berjudul Irsyadul-^Ibad ila Sabilir-Rasyad: "Jika berkata bagi engkau oleh yang berkata: di mana Allah? Maka jawapannya: TIADA IA PADA TEMPAT".

✖Zakir Naik berkata: Allah ada di langit atas Arasy dan kerana itu kita mengangkat tangan ke langit apabila berdoa.

Lihat kenyataannya ini yang terdapat dalam dua pautan berikut:

Di Malaysia: https://m.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc

Di tempat lain:
https://youtu.be/xeZGwUm5_xI

2⃣BACAAN AL-QURAN UNTUK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA:

✔Al-Imam al-Suyuti menukilkan kesepakatan 4 mazhab tentang keharusan membaca Qur'an bagi yang mati dan bahawasanya si mati dapat manfaat dengan bacaan al-Quran.

✖Zakir Naik berkata: Membacakan Quran bagi orang yang telah mati adalah bidaah sesat dan tak ada dalil baginya.

Lihat kenyataannya pautan berikut:

https://m.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc

3⃣BERTAWASUL DENGAN NABI:

Setiap Jumaat di masjid-masjid di Selangor khatib berkata apabila berdoa;
 اللهم إنا نتوسل إليك بنبيك الأمين
Maknanya:  "Ya Allah, kami bertawassul dengan nabi kamu yang bersifat amanah".

Ada hadith membuktikan Rasulullah mengajar tawassul kepada sahabatnya iaitu hadith yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Tobaroni dan selainnya dan ada 16 orang ulama hadith yang bertaraf hafiz hadith berkata hadith itu sohih.

✖Zakir Naik berkata: Bertawasul dengan nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah amalan syirik.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

https://m.youtube.com/watch?v=jSReUdbb-0o

4⃣SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL:

Di Malaysia Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah yang terdiri daripada sultan-sultan, masyarakat dan kerajaan menyambut Maulidur-Rasul setiap tahun. Amalan ini adalah bidaah yang baik sepertimana yang dinaskan oleh al-Hafiz Ibn Dihyah, al-Hafiz al-Suyuti, al-Hafiz al-Sakhawi ulama al-Azhar dan lain-lain.

✖Zakir Naik berkata: Sambutan Maulidur-Rasul صلى الله عليه وسلم adalah bidaah yang membawa kepada neraka.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

https://m.youtube.com/watch?v=wC90bc4m6gQ

5⃣TAUHID:

AhlisSunnah wal-Jama^ah termasuk ulama Melayu seperti Syaikh Daud al-Fatoni, Syaikh Ahmad bin  Muhammad Zain al-Fatoni, Tok Kenali, Mufti Banjar di kurun 12 hijri Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Mufti Acheh di kurun 11 hijri Syaikh Nurud-Din al-Raniri dan lain-lain, mereka mengajar sifat 20.

✖Zakir Naik mengajar aqidah Wahhabi yang membahagikan Tauhid kepada tiga.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

https://m.youtube.com/watch?v=x051J0q2b94

📌 Bagi seseorang yang tahu apakah itu wahhabi tidak syak lagi Zakir Naik itu Wahhabi.

NOTE : Kat Youtube cari video *Dr. Zakir Naik condemn Sufism*

Link di atas ni dari para sahabat. Tapi video yang beliau kondem Sufi, Tasawuf, Tawassul, Keluarga Nabi Ahlulbait, imam Mazhab dll tu *bukan link video di atas* .. banyak, belum di campur yang di atas dan yang belum dijumpai atas sebab sy tak mampu nak tengok semua video beliau sebab ada banyak lagi Ulama lain yang jauh lebih tinggi ilmu islamnya dari dr.Zahir. Kearifannya dlm bab debat islam & kafir ja dan daya hafalan yang tinggi walaupun tafsiran Al Qurannya banyak salah & menyalahi para ulama imam Mujtahid mutlak. Keilmuan Dr.Zakir tidak sampai maqam level ilmu *Imam Mujtahid* yang layak mengeluarkan Fatwa atas sesuatu hukum agama. Dia tidak layak mengeluarkan fatwa sebab keilmuannya, penyajiannya, guru gurunya, manhajnya diragui.

Apa yang beliau hentam kondem hal hal yang dinyatakan di atas ni bukan lagi hal khilafiyah (ranting agama) tapi dia dah sentuh bab *Pokok Agama* yang bersangkut paut dengan persoalan aqidah, hal hal yang boleh rosak aqidah.

Dia menolak karamah Wali, menolak maqam Wali Allah, menolak hal *Fardhu AIN* yang diwajibkan (ilmu Tasawuf), dan banyak lagi. Para Ulama *Salafussoleh* yang hidup 3 kurun terbaik Islam (awalan 300 hijrah) menyebut :

_*Sesiapa yang menyatakan bahawa Allah BERTEMPAT DI LANGIT, maka murtadlah ia dari islam atas kerana Allah tidak menyamai makhluk-Nya, *tempat* itu hanya untuk makhluk sahaja. Tapi kita rujuk hujah Dr.Zahir di atas tentang di mana Allah "saat ini" ... dia telah *berani* menafsiran ayat ayat *Mutasyabihat* dari firman Allah. Golongan Salafussoleh yang pernah tak sengaja *tertafsir* firman Allah ayat *mutasyabihat* .. mereka semuanya telah bertaubat dan menarik balik "tafsiran" mereka tentang ayat mutasyabihat.

Tapi Dr.Zakir Naik dengan tak malunya dan berani mentakwilkan ayat ayat Mutasyabihat : "Allah berada atas langit, sebab itu kita berdoa ke langit"

Apa Allah hukum buat orang orang yang berani dan pandai pandai mentakwilkan ayat ayat mutasyabihat sepeti dr.Zakir Naik?

_*“Adapun orang yang dalam hatinya condong kepada KESESATAN, maka mereka mengikuti (mempercayai bulat bulat makna zahir) sebahagian ayat mutashabihat daripada-Nya untuk menimbulkan FITNAH (terhadap Allah) untuk mencari-cari TAKWILnya.”*(Surah Ali ‘Imran 3: 7)

Allah kata : orang yang berani membuat takwilan ayat ayat mutasyabihat adalah orang yang hatinya cenderung kepada *kesesatan* dan menimbulkan *fitnah* terhadap Allah (kata Allah tu duduk kat langit, kat atas Kursi-Nya di atas Arasy) ..

Ulama ulama besar Salafussoleh dan hebat di zaman awalan 300 hijrah, lepas mereka faham makna ayat amaran Allah pada Surah Ali Imran 3:7 di atas, tiada seorangpun yang berani membuat takwilan ayat mutasyabihat. Ada ulama yang pernah buat takwilan, selepas ditegur, mereka bertaubat semuanya kecuali "Dr.Zakir Naik" ..

Dia berfahaman wahabi iaitu golongan mujasima yang menjisimkan Allah para pengikut ajaran Syeikh Muhammad ibn Wahab yang sesat tu, yang menyatakan Allah "duduk" bersila di atas Kursi-Nya di atas Arasy di langit. (Ini fahaman ajaran sesat yang bukan dari ajaran aqidah ahlul Sunnah Wah Jamaah. Tapi *orang awam* tahu tahu hal ni sebab tak belajar sejarah ilmu agama islam sejak awal, jadi mereka tak tahu kesesatan golongan wahabi mujasima ini. Kebetulan akhir zaman ini adalah zaman umat islam di dalam kejahilan bagaikan malam yang gelap, *gagal membezakan antara hal yang haq dan hal yang batil. Dan hal yang batil (kesesatan) akan dianggapnya sebagai hal yang haq (kebenaran agama). Hal ni wajib sy bagitahu pada yang nak tahu. Kita akan sesat tampa sedar jika ikut orang yang sesat dari petunjuk Allah. wallahu'alam. Maaf pada yang tersinggung. 🙏🏻

No comments:

Post a Comment