Berpalinglah hatimu daripada sekalian makhluk dan berhadaplah kepada Allah
Kemudian engkau kembali kembali kepada makhluk dengan Allah
Salam-mu adalah salam Allah, kasihmu adalah kasih Allah, bencimu adalah kebencani Allah
Gerak dan diammu dengan Allah, daripada Allah dan kepada Allah
Perkataanmu adalah zikrullah, pandanganmu adalah zikrullah, diammu adalah zikrullah, segala sesuatu adalah zikrullah dan daripada segala sesuatu engkau kembali kepada Allah
Bicara rahsia Allah....Wahai hambaKU! Tiada siapa yg dapat menentang kehendakKU, mohonlah pertolongan dan KeampunanKU....
- BUTA SELAIN ALLAH
Sedikit renungan...
Kenapa mesti saling berkasih.?
Kenapa mesti saling bersayang.?
supaya tiada hadir benci
didiklah kasih dan sayang pada rasa
agar hati itu sentiasa bersih
dan sentiasa redha dengan sendirinya
Ingatlah ...
apa sahaja yang terjadi
adalah kerana Allah yang menciptakan.
Allah Allah Allah...
-Wallahu'alam-
🔱 *MENGENAL PARA WALI WALI ALLAH* 🔱
*MAULANA INAM HASAN AL KANDHALAWI*
*Sebaran by Azamuddin Malaysia Cinta Rasul*
*Group Para Habait dan Habib MCR Kedah.*
_Tidak izinkan untuk *Copy & Paste* dengan menghilangkan nama sumber artikel di atas. (pms)
_*Bagaimana Maulānā Inam Hasan al-Kandhālawī dilantik menjadi amir Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh (JT)*_
Bismillah : Guru kita yang mulia, Tuan Guru *Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari* telah menceritakan satu ketika bagaimana satu keadaan perbincangan diadakan bertujuan untuk melantik Amir bagi Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh (JT) peringkat dunia. Perbincangan itu diadakan di sebuah bilik di dalam Masjid Bangla-Walī (Markaz Nizamuddīn, Delhi).
Antara kibar ulamā yang menghadiri perbincangan ini sebagai panel pemilih bagi memilih untuk mengisi jawatan Amir tersebut. Antara empat orang kibar ulamā tersebut ialah :
*1. Maulānā Abd Qadīr al-Raifurī*
( Syaikh kepada Maulānā Abul Hasan Alī an-Nadwī, Hajī Abd Wahab Markaz Raiwind)
*2. Maulānā Zakariyya al-Kandhālawī*
*3. Maulānā Fakr al-Dīn Hasan al-Muradabadī*
(Syaikh al-Hadīth Dār al-Ulūm, Deoband pada waktu itu (guru Sahīh al- Bukhārī kepada Maulānā Shaukat Alī )
*4. Maulānā Ihtisham Hasan al-Kandhālawī*
Keempat-empat kibar ulamā ini diberikan keutamaan sebagai panel pemilih di mana Maulānā Zakariyya al-Kandhālawī bertindak sebagai faisala (pembuat keputusan).
Dalam buku catatan saya, pengarang tidak menamakan calon-calon bagi mengisi jawatan Amir (JT) ini. Namun hasil maklumat perkongsian daripada rakan-rakan Facebook , mereka memberitahu saya bahawasanya ada 4 orang calon yang telah dicadangkan untuk mengisi jawatan tersebut.
Antara 4 calon tersebut ialah:
1. Maulānā Daūd al-Mewatī
2. Maulānā Syed Abul Hasan Alī an-Nadwī
3. Maulānā Ubaid Allāh al-Balyawī
4. Maulānā Inam al-Hasan al-Kandhālawī
Ketika berlangsungnya perbincangan tersebut, keempat-empat panel pemilih telah mencadangkan 4 nama tersebut.
Maka selepas berselawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم . Maka Maulānā Zakariyya al-Kandhālawī selaku faisala telah memutuskan untuk membuat keputusan.
Sebelum beliau membuat keputusan, beliau telah membuat satu bentuk iklan iaitu beliau telah berkata,
_*"saya minta kepada semua hadirin yang berada dalam majlis (perbincangan) ini untuk bangun meninggalkan majlis ini kecuali bagi mereka yang pernah melihat malaikat".*_
Maka bangun kesemua orang hadir dalam perbincangan ini meninggalkan majlis ini kecuali dua orang sahaja iaitu *Maulānā Zakariyya al-Kandhālawī* sendiri dan menantunya *Maulānā Inam Hasan al-Kandhālawī.*
Lalu menangislah Maulānā Inam Hasan al-Kandhālawī seraya berkata, _*"rupa-rupanya rahsia saya selama ini (yakni beliau pernah melihat malaikat) telah diketahui oleh seseorang dan seseorang itu ialah Maulānā Zakariyya al-Kandhālawī".*_
Maka selepas itu, Maulānā Zakariyya al-Kandhālawī terus mengisytiharkan bahawasanya amir bagi (JT) ialah Maulānā Inam Hasan al-Kandhālawī.
#tanbih
1.Kisah di atas memaparkan satu bentuk karomah yang Allāh ta'ala telah berikan kepada Maulānā Zakariyya al-Kandhālawī dan Maulānā Inam Hasan al-Kandhālawī. Sebagai seorang yang beriman kepada Allāh, perkara mengenai karomah tersebut bukan sesuatu yang mustahil bagi Allāh. Bagi manusia yang sejahtera akal dan hatinya apabila melihat sesuatu bentuk karomah, maka keimanan dan keyakinannya kepada Allāh terus bertambah meningkat.
2. Imām as-Sayutī juga telah menulis satu risalah menerangkan bolehnya manusia melihat Nabi dan para Malaikat secara jaga/ yaqaza. Boleh baca risalah beliau bertajuk "Tanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa al-Malak".
P/s: Maulānā Sayyid Shahīd al-Sahāranfurī berkata, _*"Maulānā Inam Hasan al-Kandhālawī dipilih menjadi amir bagi (JT) adalah kerana beliau telah mencapai tahap kerohanian yang tinggi dalam jalan kesufiannya dan dalam masa yang sama beliau ialah Syaikh al-Hadīth di Madrasah Kashf al-Ulūm, Nizamuddīn. Beliau juga telah disediakan oleh Maulānā Ilyās al-Kandhālawī untuk membantu Maulānā Yusuf al-Kandhālawī dalam urusan pergerakan dakwah (Jemaah Tabligh).*_
Sumber rujukan
1. Kemungkinan TG Syaikh Nuruddīn Marbu al-Banjarī mendengar kisah ini daripada para masyaikh kita sendiri. Untuk pendetilan, kena bertanya pada beliau sendiri.
2. Kisah ini juga boleh dirujuk dalam Manaqib Maulānā Inam Hasan al-Kandhālawī, oleh Maulānā Sayyid Shahīd al-Sahāranfurī. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment