Pembetulan Bagaimana Hendak Menyatakan Allah (2)
Bagaimana hendak menyatakan Allah
Jangan bilamana sebut jenama kerusi,maka akan hilangnya sifat kayu, sebutlah nama kerusi, tetapi jangan hilangkan sifat kayu dari nama kerusi, kerana asal kerusi itu, adalah dari kayu!. Sebutlah apapun, panggillah apapun,t ilik, pandang dan lihatlah apapun, asal jangan sampai tidak terpandang tuan yang empunya nama!. Jangan tertidur diatas panggilan nama!.
Cuba ambil iktibar dari nasihat saya dari seorang yang tidak berilmu dan yang tidak berguna ini. Setidak-tidaknya, pendapat dari orang bodoh seperti saya ini, sekurang-kurangnya bolehjuga dijadikan “sempadan”, jika tidak untuk dijadikan tauladan!.
Selagi diri tuan-tuan belum “MATI” atau belum dimatikan sebelum mati (belum berserah diri). Selagi itulah tuan-tuan tidak akan berjumpa Allah dan tidak akan sekali-kali boleh menyatakan Allah.Biarpun dunia ini berkali-kali kiamat, biarpun alam dunia ini diganti berkali-kali dengan alam dunia yang baru dan biarpun tuan-tuan telah 67 kali mati sekalipun, saya pasti dengan sepasti pastinya, tuan-tuan tidak akan bejumpa dengan Allah, apa lagi untuk menyatakan Allah.
Mari kita tuju dan berbalik semula kepada tajuk perbincangan kita, tujuannya adalah untuk menyatakan Allah. Bagaimana mungkin tuan-tuan tidak boleh untuk menyatakan Allah, tidak boleh untuk melihat Allah atau bagaimana mungkin tuan-tuan sehingga sampai tidak tertilik Allah?. Sedangkan Allah itu nyata dari sekalian yang nyata!.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, ingat pedan saya, Allah jadikan kita itu, adalah bertujuan bagi menyatakan diriNya itu Allah. Bagaimana mungkin seorang Raja memerintah negeri dengan tidak ada rakyat. Bilamana Raja tidak ada rakyat, siapa yangn hendak mengatakan yang dia itu Raja. Siapa nak kati dia Raja, jika tidak ada rakyat!. Untuk menyatakan yang ia itu Raja, maka dijdikan rakyat, barulah benar-benar Raja itu nyata. Begitu juga dengan Allah, untuk menyatakan yang Ia itu Allah, biarpun dengan ketiadaan rakyat dia tetap menjadi Raja dan biarpun ketiadaan makhkuk, Dia tetap menjadi Allah ,tetapi untuk menyatakan diriNya itu adalah Allah, biarpun Dia itu Allah, adalah dengan mencipta dan menjadikannya makhluk!.
Setelah terciptanya makhluk, maka nyatalah Allah. Adapun nyatanya Allah itu, adalah diatas sifat diri kita. Allah nyata senyata-nyatanya atas diri kita!. Kenapa masih nak mencari Allah diatas sifat-sifat yang lain selain diri kita?. Tilik diri rata-rata maka nampaklah Allah yang nyata!. Kita tidak perlu menunjuk atau tidak perlu menyatakan yang Allah itu nyata dengan berbuat sembahyang, dengan berbuat puasa, dengan berbuat zakat, haji atau bersyahadah.
Setelah kita tidak ada dan setelah kita mati, kita tidak boleh lagi hendak menyatakan yang Allah itu Allah!. Untuk menyatakan yang Allah itu Allah, biarlah Allah sendiri menyatakan yang dirinya Allah (hanya Allah boleh dan yang layak menyatakan Allah). Hanya Allah sahaja yang layak dan yang boleh menyatakan diri Nya sendiri!. Inilah tahap orang yang benar-benar mengenal diri, mengenal Allah dan orang yang benar-benar menyerah diri kepada Allah Taala!.
Sambung nanti sekejap lagi, setelah berhenti pada jam 10.30
Ada orang menyatakan Allah dengan dibuat-buat, dilakon-lakonkan atau dengan cara menipu diri sendiri!
Seumpama diketika angkat takbirratulihram semasa solat. Ada setengah dari setengahnya kita itu, cuba-cuba menyatakan Allah, dengan sengaja menketar-ketarkan tangannya. Ada yang bertakbir sampai 3 atau 4 kali untuk tanda zuk atau untuk tanda nyatanya Allah. Ada setengahnya menyatakan Allah dengan perbanyakkan solat, perbanyakkan puasa dan perbanyakkan beramal. Nyatakan Allah dengan bena rumah anak yatin, bena masjid dan kerap pergi menunaikan haji dan sebagainya. Sedangkan untuk menyatakan Allah itu, bukan dengan mengerjakan barang yang diluar diri!.
Menyatakan Allah dengan barang yang diluar diri itu, sampainya lambat atau nyatanya lambat!. Untuk sampai cepat dan untuk cepat menyatakan Allah itu, adalah melalu diri kita sendiri, iaitu dengan mematikan diri sebelim mati, menyerah diri kepada Allah atau yang lebih penting lagi, yang lebih dalam lagi atau yang lebih tinggi lagi, adalah “jangan sampai terlihat adanya diri ”, barulah Allah itu benar-benar nyata dan barulah Allah itu benar-benar boleh nyata senyata-nyatanya!.
Jika kita nyatakan Allah hanya diketika dalam bersolat sahaja, apakah semasa tidak menunaikan fardhu sembahyang itu, Allah tidak nyata, Allah tidak ada atau Allah hilang?. Apakah Allah itu nyata, hanya semasa sembahyang atau solat sahaja?. Jika sesudah solat atau sesudah sembahyang itu, apakah Allah rehat atau Allah pergi bercuti?………………
Untuk menyatakan Allah itu, tidak semestinya semasa mengerjakan pekerjaan solat, puasa, haji dan tidak semestinya hanya diketika bersyahadah sahaja!. Apakah diluar solat, diluar puasa atau diluar bersyahadah itu, Allah hilang, Allah lari atau Allah tidur!. Sesungguhnya Allah itu, tidak pernah hilang, tidak pernah lari dan tidak pernah tidur. Allah tetap sentiasa ada dimana-mana!.
Soal: Persoalannya disini, perkataan “Allah dimana-mana” itu, maksudnya dimana?. Dimana Allah?
Jawapan : Jawapannya Allah itu, ada terzahir pada diri masing dan ada terzahir diatas bahu masing-masing dan ada terzahir diseluruh pelusuk alam (meliputi seru sekalian alam). Kenapa masih tak nampak?. Terangnya cahaya matahari, teramat terang lagi Allah, dekatnya mata putih dengan mata hitam, teramat dekat lagi Allah, kenapa tak nampak?……………………
Untuk menyatakan Allah itu, tidak perlu dengan mengetar-getarkan tangan semasa anggkat takbir ratulihram didalam solat dan tidak perlu dizahirkan hanya dalam waktu bersolat sahaja. Kemana perginya Allah semasa diluar solat?.
Untuk ingat, untuk pandang, untuk lihat, untuk tilik dan untuk menyatakan Allah itu, adalah hanya melalui 5 patah perkataan iaitu, “jangan sampai terlihat adanya diri!. Cuba ucap dan bilang perkataan tersebut sekali lagi, betul atau tidak ianya hanya ada 5 patah perkataan (jangan sampai terlihat adanya diri).
Saya selalu mendapat tomohan, tuduhan dan kata-kata keji dari orang feqah!. Dengan menanyakan samaad saya berkelulusan mana, Universiti mana dan apakah saya ini berkelulusan universiti Al-Azhar?
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Saya memang tidak berpelajaran tinggi dalam universiti Al-Azhar, hanya setakat bidang pentadbiran undang-undang di Universiti dalam negeri sahaja. Namun jangan diingat saya jahil dalam bidang agama!. Memangn saya tidak pernah belajar ditanah Arab atau di universiti Al-Azhar mesir. Tetapi jangan ingat saya bdoh!. Jangan ingat saya yang tidak pernah menjijak kaki di tanah Jorden, Yaman, Afghanistan atau diMesir, itu tidak berilmu!!!!!!!!!!!!!!!!
Apakah orang yang ditanah Arab sahaja yang pandai ilmu, apakah orang yang dibumi Malaysia ini bodoh-bodoh belaka?. Sebab pandailah makanya orang Arab itu, tidak habis-habis berperang, berbunuh-bunuh sesama sendiri!. Sebab orang Arab pandailah sehingga bergaduh sesama sendiri!.Orang dibumi malaysia ini, biarpun bodoh seperti saya, orang malaysia tidak pernah berperang sesama sendiri, sampai bunuh menbunuh!. Oleh itu buat apa puja dan puji sangat orang ditanah Arab?. Apa kurangnkah ilmu orang dibumi malaysia?. Apakah orang Arab sahaja yang Islam?.
Orang sekarang ini, bilamana nak mengajar ilmu, selalu bertanyakan sijil dari mana?, samaada Mesir, Jorden, Iran, Irak dan sebagainya. Jika ditanah Arab sahaja yang ada orang berilmu, jadi apakah syurga itu hanya untuk orang Mesir, Jorden atau orang Arab sahaja?. Jika tidak mengaji atau tidak mendapat tauliah dari universiti al-Azhar, apakah semuanya akan masuk neraka atau semuanya jahil-jahil belaka?. Apakah ilmu Allah itu, hanya ada pada universiti Al-Azhar sahaja. Apakah orang yang tidak mengaji sampai ketanah Mesir itu, bodoh ilmu?.
Apakah ilmu Allah itu, memilih tempat, hanya diMesir sahaja?. Sedangkan penarik beca dan penoreh getah itu, ada yang lebih mulia dan lebih tinggi ilmunya berbanding mereka-mereka yang bergelar ulamah dari lepasan Universiti Al-Azhar ditanah Mesir!.Firman Allah, “Ilmu itu, hanya akan diberi kepada sesiapa yang dikehendaki”. Biarpun belajar sampai kebumi Mesir sekalipun, jika tidak dikehendaki Allah, kita tidak akan mendapat sedikitpun darinya. Dibumi Mesir atau diUniversiti Al-Azhar itu, bukan tempatnya belajar ilmu makrifat. DiUniversiri Al-Azhar itu, mereka tidak mengajar ilmu hakikat atau ilmu makrifat!. Mereka hanya menuntut dan belajar dalam bidang ilmu syariaat atau ilmu feqah sahaja.
Itu makanya dimana-mana negara dibumi Allah ini, tidak ada undang-undang hakikat dan tidak ada makhamah makrifat. Sebab apa tidak ada undang-undang hakikat atau mahkamah makrifat?, sebabnya mereka tidak pernah mendapat dididikan ilmu hakikat atau ilmu makrifat di universiti Al- Azhar!. Dikeranakan mereka pergi ketanah Mesir untuk belajar ilmu syariaat, maka dibwa balik ke malaysiapun adalah ilmu eqah dan ilmu syariaat!. Itulah makanya negara kita dan dimana-mana negara di muka bumi Allah ini, hanya ada mahkamah syariaat dan hanya ada undang-undang syariaat!. Tidak ada diperkenalkan undang-undang hakikat atau makhkamah makrifat itu, adalah kerana mereka tidak mendapat didikan ilmu itu!.
Jadi saya sebagai seorang yang tidak pernah menjejaki kaki keUniversiti Al-Azhar, sememangnya bodoh dan jahil. Jadi segala tulisan saya ini, bukan untuk tuan-tuan faham, hanya sekadar suruh tuan-tuan dengar sahaja.
Ilmu makrifat itu, adalah ilmu dengar, bukan ilmu buat. Perkara buat mesti berat dan tinggi. Adapun perkara dengar itu, adalah perkara ringan dan perkara yang paling asas!.
Perkara asas dalam menyatakan Allah itu, adalah “ jangan sampai terlihat adanya diri”. Itulah yang dimaksudkan dengan pengertian menyerah diri kepada Alah Taala…………….
Dijadikan Allah akan diri kita itu, adalah bertujuan untuk menyatakan Allah. Ingat itu!………….
Selagi masih ternyatanya diri, selagi itulah kita tidak akan dapat untuk menyatakan Allah!. Selagi masih adanya diri, selagi itulah Allah tidak ada untuk dinyatakan!. Bilamana terlihat huruf, maka terselindung dan tertutuplah kenyataan titik nokhtah. Bilamana terlihat adanya diri, selagi itulah terselindung, tertutup atau terhijabnya Allah!.
Bagi mereka-mereka yang pengajiannya putus, terlihat sahaja huruf atau terlihat sahaja perkataan, maka teramat-amat nyatalah terlihat titik nokhtah , terpandang titik nokhtah. Begitu juga dalam perkara menyatakan Allah. Selagi terlihat adanya diri, selagi itulah tidak akan terpandangnya Allah. Hendaknya kita itu, bilamana terlihat makhluk atau terpandang sahaja diri, sepatutnya kita semakin terang wajah Allah! Dan selayaknya kita itu teramat nyatalah wajah Allah!, sayangnya kenapa tidak?……………………………
Bilamana kita membacanya dengan perkataan huruf, maka hilanglah sifat nokhtah. Hilang sifat titik nokhtah itu, adalah hanya terselindung disebalik sebutan bahasa!. Untuk itu mari kita sama-sama binasakan diri, berserah diri kepada Allah, sehingga tidak lagi terlihat wujudnya diri, melainkan yang wujud, ujud dan maujud itu, hanya Allah…………………………………….
Berulang kali saya nyatakan didalam tulisan saya, agar tuan-tuan campakkan garam kedalam lautan, Dengan mencampakkan garam kedalam lautan, maka akan dengan sendirinya hilanglah garam, setelah hilang dan karamnya garam, disitu dengan sendirinya tuan-tuan akan ternyata dan terzahirlah masin dan akan terzahirnya Allah.

No comments:
Post a Comment