Thursday, 28 April 2016

makrifat



Hakikat Insan
MARI BELAJAR ILMU MAKRIFAT
Tujuan kita belajar Ilmu Makrifat ini, bukan bertujuan untuk membicara soal ilmu feqah, kerana persoalan ilmu feqah itu, sudah dibicara oleh sebarang kitab, semerata orang dan disemerata pelusuk dunia ! Tujuan kitab ini dinukilkan, adalah bertujuan untuk membawa tuan-tuan dan puan-puan sekalian belajar bagaimana cara-cara mengenal Allah dengan erti kata sebenar-benar mengenal!
Di samping itu, ilmu ini bertujuan membimbing tuan-tuan dan puan-puan sekalian cara-cara atau kaedah mengenal diri dengan sebenar-benar mengenal ! Bukan setakat beristilah, bukan setakat usul dan sekadar slogan menyedap kata, tetapi ianya adalah sebenar-benar ilmu makrifat yang sebenar!
Kami percaya banyak artikel-artikel, buku-buku dan pelbagai cara media cetak telah ada membicarakan tentang Ilmu Makrifat . Tetapi, percaya lah, di sini mungkin ada kelainan yang mungkin tidak ada dibicarakan di dalam sumber-sumber di atas. Maka dengan itu, sudilah kiranya saudara dan saudari semua, sama-sama mengembara dan menerokai keajaiban ilmu makrifat! dan bertanyalah sekiranya ada yang tidak jelas. Kami sedia menjawab segala pertanyaan dengan izin Allah Taala.
Ilmu makrifat adalah ilmu Rohani, ilmu jiwa dan ilmu rasa. Adalah mustahil ilmu-ilmu sebegini boleh dilihat dengan jangkauan akal manusia biasa. Ia merupakan sesuatu anugerah Allah s.w.t kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan tidak terdapat ilmu ini diperolehi melalui pelajaran di sekolah-sekolah dan tidakpun ada di dalam sukatan mata-pelajaran, melainkan ianya ada pada dada-dada para mukmin.
Ia merupakan sesuatu ilmu anugerah Allah yang menyentuh, merobek, menyiat dan meleburkan hati. Di mana ilmu ini dapat membawa dan membimbing kita ke jalan “mati sebelum mati“. Setelah menemui ilmu mati, barulah ilmu hidup yang sebenar-benar hidup itu dapat dimengerti! Ilmu ini, adalah ilmu rasa, hanya orang yang minum sahaja yang akan dapat tahu manis atau masinnya air.
Ilmu ini adalah ilmu mencari kaedah dan bukannya ilmu mencari faedah. Ilmu ini, adalah ilmu yang bukan mencari syurga, bukan mencari pahala atau bukan mencari ganjaran. Ilmu ini, adalah ilmu mencari ikhlas. Ilmu ini, adalah ilmu mencari “diri yang dicari!” , yang menilik itu, adalah yang ditilik !, yang memanggil itu, adalah diri yang dipanggil. Yang menyembah itu, adalah juga diri yang disembah !
Persoalannya, adakah anda tergolong di dalam orang-orang yang terpilih dan dianugerahi Allah dengan ilmu ini?
ADMIN HUSNA
ADMIN SYIFA

No comments:

Post a Comment