MARTABAT 7
Kedua : Martabat Wahdah.
Apakah erti Martabat Wahdah?
Apakah erti Martabat Wahdah?
Martabat wahdah itu, ertinya alam “ilmu Allah”.
Penerangan:
Martabat wahdah ini, adalah alam Allah. Alam Allah yang beserta dengan ilmuNya (alam Allah beserta dengan ilmuNya ). Allah semasa dialam itu, mula untuk menzahirkan ilmuNya, membina ilmunya atau mula ingin menjana ilmunya. Sebelum kita meneruskan untuk membicara bab martabat wahdah (bab yang kedua), apa kata kita imbas kembali alam di martabat ahadiyah (bab alam pertama) buat seketika.
Martabat wahdah ini, adalah alam Allah. Alam Allah yang beserta dengan ilmuNya (alam Allah beserta dengan ilmuNya ). Allah semasa dialam itu, mula untuk menzahirkan ilmuNya, membina ilmunya atau mula ingin menjana ilmunya. Sebelum kita meneruskan untuk membicara bab martabat wahdah (bab yang kedua), apa kata kita imbas kembali alam di martabat ahadiyah (bab alam pertama) buat seketika.
Mari kita imbas kembali alam ahadiyah (alam pertama Allah) buat seketika. Allah semasa dialam mula-mula, iaitu dimasa alam martabat ahadiyah, sememangnya Allah itu, sudah ada ilmu, sudah sedia berilmu (sudah berilmu), tetapi ilmu Allah dimasa itu, Allah belum guna, belum diguna pakai, belum diperzahirkan, belum diterjemah atau dalam bahasa mudah, Allah belum memikirkannya!. Allah dimasa itu, tunggal setunggal-tunggalnya!. Iaitu alam yang belum ada apa-apa martabat (martabat sebelum martabat).
Sesudah alam ahadiyah, baru Allah mula memikir atau mula menjelmakan ilmu dalam fikirannya. Setelah Allah mula memikirkan ilmu dalam fikirannya, itulah yang dikatakan martabat wahdah!.
MAHA SUCI ALLAH DARI KIASAN, PERUMPAMAAN ATAU TAMSIL!. Sekadar memberi faham!
Di sinilah bermulanya kerja Allah (dalam bahasa kita). Kerja Allah itu, adalah bermaksud bermulanya aktiviti Allah, bermulanya kerja Allah atau bermulanya Allah berfikir dalam fikiran ilmuNya!.
Allah semasa dialam ini, kerjaNya adalah memikir, iaitu memikirkan sesuatu ilmu atau mencadangkan sesuatu “ilmu dalam ilmuNya!”. Berfikir Allah itu dalam akal ilmunya, dalam fikiran ilmuNya atau lebih dikenali dengan bahasa “Allah didalam Allah, Ilmu didalam ilmu dan cahaya diatas cahaya!”
Soal: Apakah alam martabat wahdah itu, ada nama yang lain?
Jawab: Memang martabat wahdah itu, ada dipanggil dengan panggilan nama yang lain.
Soal: Apakah nama yang selain itu?
Jawab: Nama selain daripada panggilan martabat wahdah itu, ia juga digelar dengan panggilan nama alam “ ta’yin awal ” (kenyataan yang pertama atau nyata pertama).
Alam pada martabat wahdah itu, adalah alam Allah dengan ilmuNya iaitu lebih dikenali dengan panggilan nama alam “ilmu Allah”. Alam wahdah, alam ta’yin awal atau alam ilmu Allah itu, adalah alam dimana Allah dengan ilmuNya. Alam dimana Allah dengan ilmuNya yang belum perpisah, terpisah dan belum bercerai dari diri Allah. Dalam bahasa mudah, bolehlah kita bahasakan (masih kekal (qadim) ilmu Allah didalam akal Allah). Ilmu yang belum terzahir, terpisah atau bercerai dengan Allah. Allah dengan ilmuNya, seumpama belum berpisah, belum terkeluar, belum terzahir, belum berenggang, belum terbit atau belum direalisasikan!.
Alam pada martabat ini, adalah alam dimana Allah belum menzahirkan ilmuNya. Dengan erti kata lain, ilmu Allah belum keluar!. Iaitu dimasa Allah menzahirkan ilmu dalam dirinya sendiri (dimana semasa itu, ilmu Allah belum terbit!). Alam ilmu yang belum dapat dibeza-bezakan, belum diasing-asing atau belum dicerai-ceraikan lagi!. Jika diumpamakan roti, adalah roti yang belum dipotong-potong atau seumpama roti yang masih berketul.
Selain nama “ta’yin awal”, martabat wahdah ini juga, disebut dengan pangilan martabat “kunhi zat ” (yang ada hanya yang ada). Ada sesetengah menyebut dengan sebutan martabat “ syu’un zatiyah ” (pekerjaan yang tidak dapat diiktibar).
Zat ertinya sesuatu perkara yang tidak dapat diiktibar!. Ada juga yang memanggil martabat ini dengan pangilan martabat “ hakikat muhamadiyah” (Syuhudul wahdah fil wahdah). Iaitu daripada satu kepada yang satu. Iaitu penzahiran ilmu dalam diriNya!.
Dalam martabat atau dalam alam ini, segala-galanya sudah zahir dalam ilmu Allah (zahir dalam ilmu). Martabat “wahdah” ini, sudah ada sifat yang bernama sifat, sudah ada perbuatan yang bernama afaal, sudah ada nama yang bernama asma dan sudah ada zat yang bernama Nur Muhamad (roh). Iaitu adanya segala itu, dalam ilmu Allah. Segalanya sudah wujud (ada) secara ijmal atau wujud secara terhimpun dalam ilmu Allah yang yang satu.
Martabat wahdah itu, adalah alam ilmu Allah yang belum terpisah, terasing atau belum bercerai antara satu dengan yang lain. Itulah zat, itulah sifat, itulah nama dan itulah afaal. Seumpama yang terkandung didalam biji benih!.
Maksud tak terpisah disini, adalah seumpama tidak terpisahnya api dengan panasnya, ibarat madu dengan manisnya, ibarat bunga dengan harumnya, asap dengan apinya, garam dengan masinnya dan seumpama ibarat Allah dengan Muhamad (tak terpisah dan berpisah).
Alam mertabat wahdah ini, adalah alam dimana hakikat sebenar-benar Muhamad. Muhamad yang masih tersimpan dan masih tersembunyi dalam rahsia Allah, dalam ilmu Allah atau dalam sir Allah. Alam atau martabat ini juga, ada digambarkan sebagai “jauhar awal” (cahaya awal). Jauhar itu, ertinya cahaya manakala awal itu, ertinya pertama. Bilamana perkataan itu digabungkan, maka jadilah jauhar awal itu, ertinya cahaya awal. Jika kita usulkan lagi, yang awal dan akhir itu siapa, jika bukan Allah!
Hakikat Muhamad juga terkandung dalam ilmu martabat wahdah!
Hakikat Muhamad juga terkandung dalam ilmu martabat wahdah!
Admin Khairul Mukmin
No comments:
Post a Comment