Saturday, 30 April 2016

hakikat?


Apakah erti Taubat?
Kepada tuan-tuan, puan-puan, sahabat-sahabat, muslimin, muslimat dan teman-teman seperjuangan yang dirahmati Allah sekalian. Sudah tentu tuan-tuan merindui dan tertunggu-tunggu air kasih dari tangan saya bukan?.
Sebagai makhluk manusia biasa, terkadang saya tidak terlepas dari rasa kecewa. Dengan tidak mengira kesihatan atau kepentingan diri sendiri, siang dan malam saya bertungkus-lumus memerah otak, tenaga dan wang ringggit, menghabur dan menjaja ilmu kesana kemari, semata-mata untuk memberi faham kepada masyarakat. Setelah sedalam-dalam dan sejelas-jelas ilmu telah saya habur dan lontarkan, ada juga suara-suara sumbang dari segelintir orang yang tidak faham!. Sudahlah tidak faham, sangggup pula melontar fitnah!.
Setelah satu mingggu berhentinya hujan dari air tangan saya, saya dapati ramai yang pada mulanya tidak pernah timbul dari ruangan enternet, sekarang keluar berama-ramai meminta saya teruskan turunkan hujan ilmu!. Jika dulu saya tidak pernah terbaca nama-nama mereka dan nama-nama mereka tidak pernah terpapar dari ruangan blog, ternyata secara diam-diam, ramai dari kalangan mereka yang mengikuti blog saya.
Dari saranan, sokongan, nasihat, doa dan dokongan serta dari semangat yang telah tan-tuan beri, membuakan saya kembali bersemangat untuk terus berkarya!.
Terhentinya hujan itu, bukan kerana terkena tomohan dari segelintir orang feqah. Tomohan segelintir dari orang feqah itu, tidak menjadi kudis gatal bagi saya. Tidak sedikitpun meluntur atau melemahkan semangat
saya.Cuma sekadar makhluk biasa, saya juga ada perasaan kecewa. Kecewa hujan yang saya turunkan itu, tidak dihargai untuk ditadah. Apa-apapun setelah melihat ramai yang sebelum ini tidak pernah bersuara, kini bersuara melalui blog meminta saya teruskan berkarya, kini dengan semangat tuan-tuan sekalian dan dengan keizinan Allah, kini Hj. Shaari kembali (Hj. Shaari come back). Betul ke bahasa orang putih saya itu?. Maaklumlah saya ini bukan orang putih (hanya gigi sahaja yang putih)………………………………Pada pagi ini, apa kata sebelum saya tafsir bab hari raya fitrah, iaitu apakah itu maksud hari raya fitrah (balik kepada semula jadi), apa kata mari kita sama-sama belajar, apakah itu taubat!………………………………………..
1) Soal: Apaka tujuan kita bertaubat?
Jawab: Taubat pada pengertian kita orang awam itu, adalah memohun ampun dan maaf kepada Allah, atas kesalahan dan kesilapan kita yang telah lalu.
Bilamana kita melihat taubat dari sudut pandang ilmu makrifat, taubat dari sudut pandang ilmu makrifat itu, adalah bukan bertujuan untuk kita memohon ampun (pelepasan dosa), kepada segala dosa-dosa kita yang laupau, yang sekarang dan dosa-dosa kita yang akan datang!.
2) Soal: Apakah perbuatan baik atau buruk itu, suatu perkara baru?
Jawab: Tentang dosa atau pahala yang kita lakukan, baik yang sudah lepas, yang sekarang dan yang akan datang, pada pegertian ilmu makrifat itu, bukan suatu perkara baru (bukan perkara yang baru kita lakukan), adapun segala perbuatan baik atau buruk yang kita lakukan itu, adalah suatu perkara yang sudah lama, iaitu suatu perkara yang sudah lama Allah tetapkan (sedari azali). Berlakunya sesuatu perkara, samada ianya perkara baik mahupun perkara buruk itu, adalah mengikut ketetapan, mengikut garisan, mengikut catatan, mengikut tulisan dan mengikut kehendak yang sedia termaktub didalam ilmu Allah (luh hul mahfu).
Apa yang berlaku (apa perkara yang kita buat itu), adalah perkara yang telah tercatat oleh Allah. Allah Taala telah sedia menetapkan karanganNya sedari dulu dan mengikut apa yang dikehendaki Allah yanng sedia tercatat didalam kalam Alah di Louh Mahfuz sedari azali. Perkara baik, jahat, amar makruf, nahi mungkar, buruk atau ekok itu, adalah sesuatu perkara yang sudah lama diketahui Allah, selaku pencipta buruk dan baik hamba-hambaNya. Selaku makhluk manusia yang bersifat dengan sifat baharu itu, manalah kita ada kuasa untuk menahan, menolak, menegah atau mengubah apa yang telah tercatat oleh tangan Allah sendiri!.
3) Soal: Apakah ketetapan Allah itu, boleh diubah-ubah atau dipadam-padam catatannya?
Jawab: Tidak layak bagi kita untuk meminta Allah memadam atau mengubah kembali apa yang sudah sedia tetapkan. Sekiranya Allah selalu menukar-nukar atau selalu mengubah-ubah dengan apa yang telah ditetapkan, seolah-olah Allah itu buat kerja dua kali, seolah-olah Allah itu, tidak tahu apa yang dikehendaki oleh hambaNya dan tidak pandai untuk buat kerja sekali. Jika sekiranya Allah itu selalu meminda-minda apa catatan yang telah dibuat, Allah itu kena patuh, kena akur dan kena taat kepada keinginan, kemahuan atau mengikut apa sahaja hajat makhluk manusia. Sepatutnya kita selaku makhluk manusia yang sepatutnya patuh, taat dan akur kepada ketetapan Allah dan bukan sebaliknya Allah pula yang patuh dan yang mengikut kehendak kita!.
Kita memohon supaya Allah mengubah ketetapan baik buruk kita, seolah-olah Allah itu tidak konsisten (tetap) dalam menentukan atau mengagak perkara akan datang yang akan berlaku dikemudian hari, sehingga memaksa Allah bertindak untuk menukar, mengubah, meminda dan memadam kembali ketetapanNya yang sudah sedia ada dan yang sudah sedia tercatat, untuk diganti dengan ketetapan baru!. Seolah-olah Allah itu, tidak mengetahui perkara yang akan berlaku. Allah itu, seolah-olah kena tunggu makhluk minta, baru Allah tahu akan hajat makhluk. Sekiranya makhluk tidak minta, seolah-olah Allah tidak tahu hajat kita! (adakah setelah kita minta, baru Allah tahu). Apakah setelah lahirnya makhluk kedunia atau apakah setelah berlaku sesuatu kejahatan atau kebaikan, baru Allah tahu kehendak dan keinginann kita?, cuba jawab………………………………………….
Apakah tulisan terdahulu Allah itu, tidak lagi relevan (tidak boleh diguna pakai) lagi untuk masa-masa yang akan datang, sehingga memaksa Allah mengubah ketetapan lama kepada ketetapan baru. Apakah Allah itu, tidak Maha Mengetahui?. Apakah Allah itu seolah-olah tiada komitmen (ketidak tanggunjawaban) diatas ketetapan yang telah ditetapkanNya sendiri. Sila jawab pertanyaan ini……………………….
Soal: Apakah maksud, makna dan erti taubat?
Jawab: Taubat mengikut suluhan kacamata ilmu makrifat itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti “kembali” (penyerahan). Sekali lagi saya catatkan bahawa erti taubat itu, adalah “kembali”!.
Perkataan taubat itu, adalah bahasa Arab. Manakala dalam bahasa Melayu, taubat itu adalah bermakna, bermaksud atau bererti “kembali”. Bahasa Arab menyebut taubat manakala bahasa Melayu menyebut “kembali”. Tafsiran maksud atau tafsiran makna tersebut, bukan saya yang buat-buat ikut pandai saya. Maksud, makna dan erti perkataan itu, adalah dari terjemahan bahasa Arab yang betul. Tuan-tuan boleh rujuk kepada pakar bahasa Arab dan tuan-tuan boleh rujuk sendiri kepada bahagian penyelidikan bahasa di JAKIM Putera Jaya!.
Mengikut suluhan dari sudut pandang ilmu makrifat, erti taubat, maksud tabat atau makna taubat itu, bukanya bererti meminta dosa diampun Allah!. Ingat itu……………………………………………………………
Tuan-tuan tidak akan yakin dan tidak akan percaya kepada kata-kata saya, kerana saya bukan orang yanng berbangsa Arab. Tetapi percaya dan yakinlah bahawa, tulisan karangan saya ini, adalah mengikut terjemahan bahasa Arab yang sebenar!. Berkebetulan pada tanggal 27hn July 2013, saya pergi ke Ipoh Perah. Pada jam lebih kurang 5.oo petang, saya berhenti pada sebuah restaurant (berhadapan dengan Mahkamah Syariah Ipoh). Saya duduk-duduk direstaurat tersebut sambil menungu seseorang. Sambil itu, saya terlihat ada surat khabar Sinar!. Sementara menungu, adalah lebih baik saya baca surat khabar.
Alangkah terperanjatnya saya, apabila apa yang diperkhabarkan oleh ayahnda Mohd Yusof Cik Wook dan guru-guru terdahulu (Tok Kenali) itu adalah benar!. Sinar dalam ruangan agama, saya terbaca ruangan agama. Disitu saya terjumpa terjemahan taubat oleh seorang penyelidiik dan pensyarah yang berbangsa Arab, yang telah memberi mentafsirkan bahawa taubat itu, adalah bererti kembali!. Tuan-tuan boleh layari enternet dan cari Surat Khabar Sinar bertarikh tersebut!.
Soal: Apakah yang hendak dikembalikan?.
Jawab: Adapun maksud penyerahan diri (penyerahan buruk dan baik) kepada Allah Taala. Itulah makanya, didalam mempelajari ilmu makrifat ( ilmu rohani), kita hendaklah terlebih dahulu benar-benar memahami erti, makna dan maksud sebenar taubat. Pengertian taubat yang sebenar-benar mengikut penterjemahan Jakim dan sebenar-benar terjemahan maksud bahasa arab itu, adalah ertinya ‘kembali’, adalah ertinya ‘kembali’ dan adalah maknanya ‘kembali’. Ingat pesan saya! Sila rujuk maksud taubat yang sebenar-benar dalam bahasa Arab adalah membawa erti ‘penyerahan’. Sila rujuk kepada Jakim dan sila rujuk kepada pakar bahasa Arab. Barulah kita boleh menyelami erti sebenar maksud taubat!
Saya ingin berpesan kepada sekalian pembaca yang budiman. Tuan-tuan dan puan-puan, Muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Jangan sekali-kali lagi menerima bulat-bulat tafsiran, erti , makna dan maksud yang dibuat dari ilmu feqah. Kebanyakan ilmuwan feqah ini, mentafsir perkara taubat itu, sebagai memohon Allah mengubah ketetapan yang telah Allah buat ( taubat). Solah-olah memohon Allah memadam, menukar, membatal (cancel) tulisan yang sedia azali kepada tulisan baru ( buruk (mungkar) kepada baik ( makruf). Sedangkan ketahuilah wahai pembaca yang budiman sekalian, maksud sebenar taubat itu, adalah penyerahan (inilah maksud bahasa arab yang sebenar), Sila rujuk kepada JAKIM.
Begitu juga dengan maksud Iqra. Mengkut tafsiran feqah, iqra itu bererti baca. Adapun mengikut terjemahan bahasa Arab, erti, makna, maksud perkataan iqra itu, adalah ‘pengakuan’. Sila rujuk kepada JAKIM.
Begitu juga dengan maksud langit ( isra’ mikraj baginda Rasulullah). Maksud tafsiran feqah, Rasulullah berjumpa Allah di langit. Dilangit yang diatas kepala,di langit yang diatas awan, dilangit yang diatas matahari, dilangit yang diatas angkasa. Adapun maksud terjemahan bahasa Arab yang sebenar itu, adalah bererti ‘ketinggian’. Barulah tanggapan kita selama ini yang Baginda Rasullulah pergi berjumpa Allah diatas langit itu, bukanlah langit yang diatas angkasa, tetapi ‘langit ketinggian’ ( ketinggian ilmu). Dengan itu, tidaklah lagi kita beriktiqad Allah itu berada dilangit. Tidak lagi beriktiqad Allah itu bertempat. Bilamana kita mengetahui maksud bahasa arab yang sebenar, terhindarlah kita daripada beriktiqad bahawa Allah itu berada di atas langit ( atasa awan biru atau diatas kepala kita). Sesiapa yang beriktiqad bahawa Allah itu bertempat, maka hukumnya kafir. Dengan mengetahui terjemahan bahasa arab yang sebenar, barulah kita terhindar daipada kafir, sebagaimana tafsiran yang dibuat oleh hukum feqah (mengatakan Allah itu diatas langit, langit yang diatas kepala).
Begitu juga dengan perkataan Buraq. Buraq dalam terjemahan feqah, dimengertikan sebagai kuda putih yang bersayap. Mengikut terjemahan bahasa arab yang sebenar, buraq itu ertinya kilat. Manakala pengertian mengikut ilmu makrifat, buraq itu erinya kilat.Manakala kilat pula ertinya pantas,laju,cepat (buraq itu adalah ertinya kepantasan). Adapun yang dimaksud dengan kepantasan itu, bukanlah kuda putih yang bersayap. Kepantasan yang mengikut ilmu makrifat itu, adalah kepantasan ilmunya. Kecepatan ilmunya. Kelajuan ilmunya Baginda Rasullulah, bukannya kelajuan kuda!
Begitulah pengertian taubat mengikut suluhan ilmu makrifat. Taubat dalam suluhan ilmu makrifat itu, bukan bermaksud taubat yang tidak mengulangi kesalahan-kesalahan
lama.Bukan bererti taubat yang menyesal kesalahan-kesalahan lepas, dosa-dosa lalu. Tidak bermaksud taubat untuk tidak mengulangi kejahan-kejahatan lampau. Taubat yang tidak bermaksud berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan-kesalahan terdahulu. Adapun taubat yang sebenar-benar taubat mengikut suluhan kacamata ilmu makrifat dari makna bahasa arab yang sebenar itu, adalah kembali, iaitu kembali kepada Allah Taala.
Persoalannnya disini, apa yang hendak dikembalikan (taubat)?
Hj. Shaari
LikeShow More Reactions

No comments:

Post a Comment