Kemana Hilangnya Makrifat
sedutan dari karangan penulis blog wira satria. inilah sebab hilangnya ilmu makrifat
Orang makrifat tidak perlu kepada segala sesuatu kerana dia telah MATI ! Manakala penguasa berkehendak kepada kuasa dan tidak ingin mati! Pertembungan dua sifat yang bertentangan !
Masakan orang yang mengejar dan berkehendakkan kuasa ingin MATI ? Kalau ingin MATI, tak perlu bersusah payah mengejar dan mencari kuasa! Bagaimana ingin menguruskan “manusia hidup” kalau diri sendiri telah MATI ? Orang MATI tak perlu apa-apa lagi yang perlu diuruskan termasuk dirinya sendiri.Justeru itu, tidak perlulah kita mengharapkan mana-mana kerajaan memperkenalkan ilmu makrifat ini kepada umum. Sememangnya mereka tidak akan memperkenalkannya kerana mereka memang tidak mahu !! Jika mereka mahu, itu tandanya, mereka telah tidak lagi jadi penguasa! Mereka telah letak jawatan atau mungkin juga mereka telah MATI ! Selagi mereka berkehendakkan kuasa, selagi itulah kita tidak boleh mengharapkan mereka menyampaikan ilmu ini kepada umum.
Sebaiknya, kitalah yang patut melantik diri kita menjadi anggota kerajaan, di dalam “kerajaan diri” kita sendiri. Sememangnya kita sebahagian dari kerajaan. Jika tuan, puan, abang, kakak, saudara, saudari, datuk, nenek semuanya bersatu dalam kesatuan diri kita, maka kitalah kerajaan itu. Kitalah Kerajaan Orang Mati.
Kitalah yang perlu mengembangkan ilmu makrifat ini kepada masyarakat umum yang ingin sama-sama mengecapi nikmat MATI melalui ilmu makrifat. Berikan kepada sesiapa yang mahu MATI, yang tidak mahu, jangan dipaksa ; ﻟَﺎ ﺇِﻛْﺮَﺍﻩَ ﻓِﻲ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ : Tidak ada paksaan dalam agama ( Albaqarah : 256). Mahu atau tidak bukan kita yang menentukannya. Faham atau tidak bukan kita juga yang menentukannya. Tuhan itulah yang memberi faham kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tugas kita, zahirkan saja.
Tidak perlu lagi mengharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak penguasa sekalipun. Para pemimpin dan para penguasa di semua peringkat pimpinan, baik di kampung, di daerah, di jabatan, di kementerian, di negeri, di negara, di dalam persatuan, di dalam sekolah, di dalam organisasi, di dalam penjara, malah di dalam masjid sekalipun tidak terlepas dari tipu daya dan dakyah puak-puak NWO ini. Diri kita yang kerdil ini telah diracun dengan pelbagai penyakit samada penyakit fizikal, penyakit minda ataupun penyakit spiritual oleh puak-puak NWO ini.
Dari sudut yang lain, bagaimana mungkin para penguasa dapat memperkenalkan ilmu makrifat ini kepada umum jika mereka SAKIT ? Para penguasa itu sama seperti kita, manusia kerdil yang telah diracun pemikirannya, diracun jasadnya, diracun jiwanya, diracun makanannya, diracun agamanya. Mungkin ada di antara para penguasa ini terdiri dari keluarga kita, adik-adik kita, anak-anak kita, saudara mara kita, malah mungkin diri kita yang sedang membaca inipun adalah seorang penguasa

No comments:
Post a Comment