Thursday, 28 April 2016

tazkirah

Tazkirah Hari Ini (29.04.2016)

Rasulullah SAW ialah insan yang paling banyak bersyukur.Sebagai umatnya,kita juga wajib meneladani Baginda.Kehebatan sifat syukur Rasulullah ini digambarkan oleh isterinya; Sayidatina Aisyah r.a.:

Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat pada waktu malam sehingga bengkak kedua-dua belah kakinya.Maka saya pun berkata kepadanya :
Mengapa dikau beribadat sehingga jadi begini,wahai Rasulullah? Sedangkan Allah SWT telah mengampunkan dosa-dosamu  yang terdahulu dan dosa-dosamu yang terkemudian  (seandainya beliau Baginda,padahal sebenarnya Baginda maksum dari pada berbuat dosa.”

Lalu Nabi SAW menjawab : “Maka,adakah aku tidak perlu menjadi hamba yang banyak bersyukur?” (Riwayat al-Bukhari)

(Ust Pahrol Mohamad Juoi - Semuanya Soal Hati)

🔖Syurga lelaki pada  perempuan iaitu ibu.
🔖Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.
🏷Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.                                        🏷Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.
🔖Masa hidup anak perlukan doa ibubapa.                                                        🔖Masa mati ibubapa perlukan doa anak.
🏷Masa di dunia kita rasa hilang apa yang kita beri.
🏷Masa akhirat kita dapat apa yang kita beri masa dunia
🔖Di dunia nasab itu pada lelaki,
🔖 Di akhirat nasab itu pada perempuan.
🏷Begitulah hukum Allah, Ia menjadikan manusia tidak lebih dari yang lain.                                      🔖Adilnya hukum ini.
🏷Alhamdulillah syukur pada Ilahi

#muezza²

Datanglah kepada Allah dengan rukuk dan sujud... bertawajuh hati kepada Kaabah Hakiki dengan membuang kufur dan kafir di Kaabah Sirri mu yakni Hati Bathin mu... dengan bertahlul dari pakaian nafsu keakuan mu... hingga telanjang bathinmu dari pakaian kemakhlukan dan menjadi bayi maknawiah sebagai Tifhul Maani.


📚 TEGURAN RAHSIA SEORANG GURU ~

Harun ibn ‘Abdillah, seorang ulama Ahli Hadith yang juga pedagang kain di Kota Baghdad bercerita:
Suatu hari, Saat malam beranjak larut, pintu rumahku di ketuk. “Siapa..?”, tanyaku.
“Ahmad”, jawab orang di luar perlahan.
“Ahmad yang mana..?” tanyaku makin penasaran.
“Ibn Hanbal”, jawabnya perlahan.
SubhanaLLAH, itu guruku..!, kataku dalam hati.
Maka kubuka pintu. Kupersilakan beliau masuk, dan kulihat beliau berjalan terjingkit-jingkit, seolah tidak ingin terdengar langkahnya.

Saat kupersilakan untuk duduk, beliau menjaga agar kerusinya tidak berderit mengeluarkan suara.
“Wahai guru, ada urusan yang penting apakah sehingga dirimu mendatangiku selarut ini..?”
“Maafkan aku ya Harun.  Aku tahu biasanya engkau masih terjaga meneliti Hadith selarut ini, maka aku pun memberanikan diri mendatangimu.
Ada hal yang mengusik hatiku sedari siang tadi.”
Aku terkejut. Sejak siang..? “Apakah itu wahai guru?”
“Mmmm begini…” suara Ahmad ibn Hanbal sangat pelan, nyaris berbisik.
“Siang tadi aku lalu di samping Majlismu, saat engkau sedang mengajar murid-muridmu.
Aku saksikan murid-muridmu terkena terik sinar mentari saat mencatat Hadith-hadith, sementara dirimu bernaung di bawah bayangan pepohonan.
Lain kali, janganlah seperti itu wahai Harun.
Duduklah dalam keadaan yang sama sebagaimana murid-muridmu duduk..!”

Aku tercengang , tak mampu berkata…
Maka beliau berbisik lagi, lalu minta izin balik dan melangkah kaki terjingkit2 dan menutup pintu dgn hati-hati.

Masha'ALLAH ..
Inilah guruku Ahmad ibn Hanbal, begitu mulianya akhlak beliau dalam menyampaikan nasihat.
Beliau boleh saja membetulkan kesalahanku saat melintasi Majlisku.
Tapi itu tidak dilakukannya demi menjaga wibawaku di hadapan murid-muridku.
Beliau juga rela menunggu hingga larut malam agar tidak ada orang lain yang mengetahui kesalahanku.
Bahkan beliau berbicara dengan suara yang sangat pelan dan berjingkat saat berjalan, agar tidak ada anggota keluargaku yang terjaga.
Lagi-lagi demi menjaga wibawaku sebagai imam dan teladan bagi keluargaku.

Teringat perkataan Imam Asy Syafi’e :
“Nasihati aku saat sendiri, jangan di saat ramai dan banyak saksi. Sebab nasihat di tengah khalayak, terasa hinaan yang membuat hatiku pedih dan koyak; Maka maafkan jika hatiku berontak.”

💟 Mudah2an bermanfaat ~

No comments:

Post a Comment