*BERKENAAN DR.ZAKIR NAIK YANG DIKAGUMI*
_Siapakah beliau sebenarnya disebalik popularitinya?_
Bismillah - Wahai ikhwan,
Terlebih dahulu Al faqir memohon kemaafan kerana tulisan ini boleh menyebabkan kamu semua merasa tidak senang,dan mungkin ada marah atau tidak setuju dengan Al faqir.
Demi Allah Al faqir menyayangi ikhwan semua, beberapa kali Al faqir memikirkan utk menulisnya tapi untuk menyatakan apa yang ada pada isi hati ini.
Imam Al Ghazali ada menyatakan dalam kitabnya *Ayyuhai Walad* .. "Sekiranya kamu melihat kebenaran itu dengan disukat dengan ramainya pengikut, bermakna kamu telah salah faham". (Tidak boleh menyukat Kebenaran seseorang atas kerana dia ramai pengikut ataupun peminat)
Fahamilah betul2 ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, rujuklah kpd org yg alim lagi jujur dalam ilmu,nescaya kamu akan dapati ianya perjalanan yg benar lagi lurus yg mengikuti ulama2 terdahulu yg berantaian sehingga sampai kepada Baginda Sollallahu alaihi wassallam.
Imam2 besar seperti Imam As Syafie dan seumpamanya ( semoga Allah merahmati mereka ) yg tidak ragu lagi keilmuannya, adalah antara imam2 Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah tidak wajar sama ada ulama atau ahli2 ilmu di zaman kita hari ini *memandang rendah* Imam As Syafie ( _*Seperti yang dilakukan oleh Zakir Naik*_ ) atau imam2 yg lain dengan mengatakan ( _ayat Zakir Naik_ ) _*"cukuplah dgn Al Quran dan Hadis tidak perlu kpd mazhab2 yg lain."*_
Benarlah seperti yang dikatakan oleh Imam Al Ghazali yg menyatakan hijab ilmu antara hijab yg besar untuk sampai ke Allah. ( _tentang sikap Zakir Naik yang_ ) Menolak tasawuf, menolak mazhab2, menolak imam2 besar ASWJ, ia merupakan suatu masalah yg besar dan ini mengelirukan orang awam.
Walaupun *mereka tokoh hebat* dalam ilmu atau dakwah, seorang tokoh dakwah hebat dalam pidatonya berjaya menarik orang kepada agama Islam, _*tapi malangnya ia menolak tasawuf dan merendahkan kedudukan imam2 besar Ahli Sunnah Wal Jamaah.*_ (amat menyedihkan)
Ketokohan mereka kita tetap kita hormati namun *mempertikaikan tasawuf dan imam2 besar adalah sesuatu yg mengelirukan masyarakat umum.*
Wahai ikhwan, kesianlah masyarakat kalau macam tu,marilah kita buka hati kita, berlapang dada untuk menerima kebenaran, caranya solat sunat taubah kemudian banyakkan berselawat dan mohonlah kepada Allah agar ditunjukkan kebenaran dan dihilangkan kekeliruan ini, nescaya Allah akan hilangkan kekeliruan ini.
Cukuplah jangan maki memaki, hina menghina pada orang yg tidak bersependapat dgn kita janganlah hilangkan adab ajaran agama kita yg mulia ini,Al faqir tidak bersetuju dgn tokoh dakwah ini tetapi Al faqir tidak mahu mencelanya kerana jasanya ada pada agama kita tapi jasa imam2 besar Ahli Sunnah Wal Jamaah lagi besar dari jasanya, adapun Al faqir tiada apa2 hanya insan faqir.
Wassalam,maafkan Al faqir atas tulisan ini jika tidak bersetuju terpulanglah.
🌹*Al-Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal Bin Hamzah*
(Penel Tanyalah Ustaz TV9)
No comments:
Post a Comment