Allah Tidak Pernah Buat Perjanjiian Surat Serah Kuasa Kepada Makhluk!
Soal: Apakah Allah pernah berjanji untuk memberi kita kuasa Nya?
Jawab : Allah tidak pernah berjanji untuk menyerahkan kuasaNya kepada kita. Tidak pernah ada surat perlantikan dan tidak pernah ada watikah perlantikan untuk kita memegang kuasaNya!.
Seumpama dalam perkara solat. Siapakah yang sebenar-benar bersolat?. Kita selalu mengaku yang bahawasanya kitalah yang mengerjakan solat, kitalah taat, kitalah patuh, kitalah rajin dan kitalah alim. Sebenarnya siapakah yang bersifat dengan sifat rajin, siapa yang taat, siapa yang patuh, siapa yang alim dan siapa yang bersolat?.
Siapakah yang bersolat?. Siapakah yang mendirikan kaki kita diketika kita sedang bersolat?. Siapakah yang mengangkat tangan kita, diketika kita sedang bertakbir?.
Tidaklah yang mendirikan kaki kita semasa kita mengerjakan bersolat, melainkan yang berdiri dan yang mendirikan kaki kita itu, adalah daripada daya, upaya, kudrat dan iradat Allah s.w.t.
Allah tidak pernah berjanji, untuk meminjamkan kepada kita kuasa, kudrat dan iradatNya!. Allah tidak pernah berjanji untuk serah kuasaNya kepada kita!. Tidak ada perjanjian serah kuasa dimasa silam, sehingga sekarang dan selama-lamanya. Oleh itu, kenapa kita mengaku yang kita berdiri dan kita yang mendirikan solat?.
Setelah segala-galanya kuasa bersolat itu, adalah dari Allah, mana yang dikatakan dari kuasa kita dan mana yang dikatakan kudrat dan iradat kita?. Mana, mana dan mana kita?…………………………………..
Kita tidak boleh sama sekali mengambil hak kuasa pemerintahan kerajaan Allah. Hak Allah, tetap ianya menjadi milik Allah secara mutlak! (dari dulu sehingga selamanya). Kita tidak berhak berkongsi kuasa dengan Allah. Allah tidak pernah menyerah kuasanya kepada makhluk.
Kebanyakkan kita, selalu mengatakan yang Allah memberi penglihatan, pendengaran, pertuturan kepada kita dan ada sesetengahnya pula mendakwa bahawa Allah memberi pinjam dan sebagainya. Sebenarnya itu, adalah pendapat yang benar-benar tidak tepat dan salah. Pakaian Allah, tidak sekali-kali layak untuk makhluk!.
Bagi orang makrifatullah (mengenal Allah), mana mungkin kita boleh pakai pakaian Allah, tidakkah diri kita sudah tidak ada! (sudah mati). Mana mungkin orang yang sudah mati (sudah tidak ada) boleh memakai pakaian, apa lagi pakaian Allah!.
Jika masih lagi adanya diri, itulah makanya kita selalu tersasul (tanpa disedari) memakai pakaian Allah.
Jika diri kita masih ada, itu tandanya tuan-tuan belum mengenal diri. Jika masih adanya diri, itu tanda makhluk manusia yang dungu ilmu!. Itulah tanda tuan-tuan masih tidak mengenal diri.
Bilamana tidak mengenal diri, itulah penyebab yang membuatkan kita mengaku dan mendakwa segala amal, segala ibadah, segala taat, patuh, rajin, alim dan segala yang perbuatan amal itu, adalah kita!. Sebenarnya pekerjaan amal itu, bukan datangnya dari daya upaya kita tetapi adalah datangnya dari gerak Allah, kuasa Allah, upaya Allah dan daya kerja kudrat iradat Allah secara mutlak!.
Sayangnya kebanyakkan dari kita, tidak faham dengan apa yang saya perkatakan!. Disebabkan ketidak fahaman itu, makanya timbul dakwaan bahawa ilmu makrifat itu, sesat atau salah!. Namun, saya ingin mengajak tuan-tuan, supaya sedar diri!. Sedarlah wahai sahabat-sahabat dan para pembaca yang budiman sekalian, bahawa sebenar diri kita itu, tidak ada. Tidak ada daya upaya, tidak ada kuasa, tidak ada hak dan tidak ada suatu perjanjian atau pengiktirafan dari Allah untuk diberi pinjam segala sifat Nya kepada kita!.
Apakah ada apa-apa perjanjian atau kebenaran antara kita dengan Allah s.w.t, yang mengatakan bahawa kita hendak meminjam pakai pakaianNya?.
Seumpama sifat melihat, tidakkah sifat melihat itu, adalah pakaian Allah s.w.t. Bilamana ianya sebagai sifat Allah, adakah kita ada buat perjanjian dengan Allah, untuk meminjam pakai penglihatanNya?.
Apakah Dia benarkan kita memakai penglihatanNya?. Bila masakah kita ada buat perjanjian untuk menerima pemberianNya dan bila masanya Dia berjanji untuk memberi pinjam kepada kita?.
Adakah perjanjian antara kita dengan Allah s.w.t untuk memberi pinjam dan adakah kita pula ada berjanji untuk menerima pinjaman Allah? (bila kita sain kontrek dengan Allah)?. Jika tidak ada kebenaran atau persetujuan Allah, boleh atau layakkah kita mengguna pakai, pakaian, peralatan atau perbendaharaan Allah s.w.t?.
Ada orang yang mendakwa bahawa diri dan kuasa kita ini, adalah diberi pinjam oleh Allah s.w.t kepada kita!. Jika kita mendakwa yang diri dan kuasa kita ini diberi pinjam oleh Allah, disini ingin saya bertanya, bilakah masanya Allah mengizinkan kita pakai sifatNya?. Cuba jawab………………
Apakah patut Allah beri pinjam kuasa dan hakNya kepada kita?. Apakah hak Allah s.w.t itu, boleh dipinjam-pinjam?. Bilakah masanya Allah memberi dan bila pula masanya kita menerima?.
Cuba anda perhatikan sifat garam atau sifat gula. Adakah masin telah meminjamkan sifat masinnya kepada garam dan adakah garam telah menerima pinjaman sifat garam daripada masin?.
Tujuan saya mengarang perkara ini, adalah semata-mata bertujuan supaya tuan-tuan sebenar-benar tahu erti sempadan hak!. Mana yang dikatakan hak Allah dan mana yang dikatakan hak kita!.
Hak Allah Taala itu, adalah melihat dan hak kita pula, adalah buta (tidak ada). Hak Allah Taala itu, adalah berkuasa, manakala hak kita pula, adalah lemah (tidak ada). Hak Allah Taala itu, adalah mendengar, manakala hak kita pula, adalah pekak (tidak ada).
Sampai bila-bila dan sampai selamanya, Allah tetap bersifat Allah dan kita sebagai makhluk, tetap bersifat tidak ada. Bilamana kita sedar yang kita bersifat dengan sifat tidak ada, mana mungkin boleh menerima pinjam sifat Allah, sedangkan diri kita tidak ada. Istilah pinjam itu, bilamana ada yang memberi dan ada yang menerima!. Sedangkan kita bersifat dengan sifat tidak ada (tidak wujud). Wujud (ada) itu, hanya sifat bagi Allah, sifat bagi makhluk itu, tidak ada dan tidak wujud. Jika Allah bersifat ada dan kita juga bersifat ada, bererti sudah ada dua sifat wujud.
Jika kita beriktikad ada dua wujud, maka syiriklah kita selamanya. Sesungguhnya dosa syirik itu, adalah dosa yang tidak boleh diampun Allah. Sedarlah, sedarlah dan sedarlah…………………………
Percaya dan yakinlah, bahawa sifat kita itu tidak ada, bilamana kita bersifat dengan sifat tidak ada, mana mungkin boleh menerima pinjam hak Allah dan mana mungkinn Allah boleh memberi pinjam hak Nya kepada kita!. Oleh itu, yakinlah bahawasanya tidak ada yang menerima pinjam dan tidak ada yang memberi pinjam!.
Bilamana kita tahu menfanakan diri (membinasakan diri), yang lain selain Allah itu, ertinya tidak ada!. Bilamana diri dan sekalian makhluk tidak ada, tentunya hanya Allah sahaja yang ada dan hanya Allah sahaja yang wujud, yang ujud dan yang maujud!. Itulah baru dikatakan Allah itu Esa dan inilah yang dikatakan bahawa kita itu berilmu dengan ilmu tauhid (mengesakan Allah).
Bilamana kita tahu memandang yang satu dari yang satu, itulah ertiAhad ((Esa). Esa itu, setelah tidak lagi memandang garam, melainkan memandang kita itu, hanya pada sifat masin………………………………
Yakin dan percayalah bahawa kita ini, tidak pernah meminjam pakai hak Allah.

Hj. Shaari, makrifat tok kenali
No comments:
Post a Comment