Saturday, 30 April 2016

hakikat rmh

Dimanakah Yang Dikatakan Rumah Allah?
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Tujuan besar kita menunaikan fardhu haji, adalah bertujuan untuk sampai kerumah Allah (Baitullah).
Tujuan besar kita menghadapkan hati kita kepada Kiblat, adalah bertujuan supaya tertuju kepada rumah Allah (Baitullah).
Barang siapa yang berjaya sampai kerumah Allah, akan bersih dosanya, suci putih hatinya dan terampun dosanya menjadi seperti bayi yang baru lahir.
Sayangnya tahukah kita dimana Rumah Allah?. Apakah rumah Allah itu diperbuat dari batu?. Apakah rumah Allah pernah terbakar?.. Apakah batu Hajaratul Aswat dirumah Allah itu pernah dicuri berpuloh tahun oleh tentera Rom?. Apakah rumah Allah pernah dilanda banjir. Apakah rumah Allah itu pernah runtuh. Apakah rumah Allah itu, harus ada kelambu. Orang buat rumah, mereka mendiami rumahnya, apakah Allah membuat rumah tidak didiamiNya?.
Ya Allah ya Tuhan ku, apakah ertinya semua ini?. Tidak pandaikah Engkau menjaga rumah Mu sendiri, ya Allah?. Sehingga mengharap makhluk manusia yang menjaganya?. Manusia buat rumah tetapi pandai menjaganya sendiri, apakah Engkau yang Maha Berkuasa, tidak tahu dan tidak ppandai menjaga rumah Mu ya Allah?.
Perkara-perkara ini atau elemen-elemen ini semua, adalah menjadi satu bahan bukti kepada ita yang mahu berfikir, dimanakah sebenarnya rumah Mu ya Allah?.
Ada pula terdapat dalam ayat suci Al-Quraan yang mengatakan bahawa ” Qalbu Mukmin Baitullah”. Qalbu mukminlah sebenar-benar rumah Mu. Yang mana satukah rumah mu yang sebenar ya Allah?
Jika iapun qalbu mukmin itu sebenar-benar rumah Mu, dimanakah qalbu?. Setahu kita, qalbu itu bukan berada didalam dada dan tidak juga berada diluar dada?. Dimanakah qalbu dan dimanakah rumah Allah?
Mari kita sama-sama mencarinya.

No comments:

Post a Comment