Saturday, 30 April 2016

hakikat makrifat

Belajar Makrifat Itu, Bukan Bertujaun Untuk Jadi Allah!
Assallamualaikum Tuan Haji, seorang sahabat ada mengatakan:-
Kalau api itu bukan panas… Cuba letak tangan atas api nak tengok benar tak tahkik ketinggian makrifat anda bahawa api itu tidak panas dan membakar.. Macam bila nabi Ibrahim a.s berada dalam api Namrud… Kiranya tajam itu bukan mendatangkan luka.. Maka ambil pisau dan kerat tangan tu… Tengok luka atau tidak…. Kalau letak tangan atas api tangan melecur dan kalau kerat tangan dengan pisau masih luka… Makanya kata-kata tadi sekadar bual bicara tidak menjadi tahkik dalam makrifah seseorang… Jauh lagi perjalanan tu…
Apabila kita menggunakan kata-kata tahkik maka tahkik jugalah dalam amal dan perbuatan dan suasananya… Inilah sebenarnya yang dikatakan ahli haqiqat… Bukan omong kosong dalam istilah semata-mata…. Sebagai contoh seorang sahabat ana pernah ditembak berkali-kali oleh guru dia dari bahagian belakang sewaktu sedang berzikir dalam jarak dekat… Dan dia tidak merasa apa-apa dan tidak tahu pun dia ditembak dari belakang… Sehinggalah apabila dia menukar bajunya kelihatan beberapa lubang tembakan dibajunya… Bukan pula dia menuntut ilmu kebal yang merupakan perkara syirik dalam amalan…. Kata-kata haqiqat biasa menjadi istilah-istilah yang digemari oleh mereka yang mencari tuhan…. Namun isi haqiqat itu ramai yang tidak merasai dan menjiwainya makanya para wali itu tahkik mereka dengan segala istilah ketuhanan dan mereka berada dalam maqam KUN FAYAKUN.
Apa pendapat dan ulasan yang boleh Tuan Haji berikan tentang kenyataan sahabat saya itu?
Sekian salam dan maaf.
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum saya mengutarakan pendapat melalui, terlebih dahulu saya ingin mengajak tuan-tuan semua supaya memberi pendapat tuan-tuan tentang persoalan diatas!. Apa kefahaman, pendapat serta apa komen tuan-tuan tentang kenyataan dari sahabat kita itu?. Ini adalah satu hujah yang baik dan komen yang membena, yang harus kita ambil perhatian oleh semua kita. Dalam makrifat kepada Allah, dalam percaya dan dalam yakin kita kepada Allah itu, kita tidak boleh hanya sekadar bercakap, sekadar bahasa atau sekadar beristilah sahaja. Kita kena ambil kata putus atau jalan yang muktamat. Jangan hanya pandai bermain cakap dibibir sahaja.
Jika sekadar nak bercakap, nak menulis dan jika sekadar nak mengarang dalam bahasa dibibir atau dalam bahasa istilah, semua orang boleh cakap (budak sekolah menengahpun boleh). Cakap orang makrifat itu, bukan sekadar cakap dari segi bahasa mulut atau sekadar bahasa istilah. Cakap orang makrifat itu, adalah cakap yang berlandaskan diatas dasar kebenaran yang benar dan pengalaman sendiri yang tidak boleh dijual beli. Bercakap orang makrifat yang sebenar itu, adalah percakapan yang putus, tamat dan muktamat (penamat)
Sebelum saya menjawab dengan panjang lebar, apa kata kita dengar dulu komen tuan-tuan (sahabat-sahabat blog kita dulu), sila kemukan segera, saya nak tahu dan saya nak ukur setakat mana kefahaman, pegangan atau keyakinan tuan-tuan dalam ilmu makrifat selama ini.
Kepada saudara Noor Azam, saya minta tuan pergi berjumpa semula dengan orang yang melontarkan komen itu, minta dia tunjukkan kepada tuan, bagaimanakah cara atau kaedah kefahaman sebenar makrifat beliau, yang dikatakan makrifat yang sebenar itu, bagaimana, sehingga boleh sampai kepada tahap tembak tak lut dan bakar tak hangus (minta dia tunjukkan kepada tuan makrifat yang sebenar)!. Saya khuatir, saya bimbang dan saya ragu, kiranya beliau juga adalah ahli makrifat yang hanya sekadar bermain istilah atau sekadar bermain makrifat dalam bahasa bibir juga!.
Jika beliau makrifat yang benar dan tidak sekadar hanya bermain bahasa atau istilah sahaja, suruh beliau tunjukkan kehebatan kebalnya dihadapan tuan. Suruh dia tetak tangannya dihadapan tuan dan suruh dia bakar tangannya dihadapan tuan (bakar biarlah lama bukan main gerak-gerakkan mancis api ditangan sahaja). Ataupun minta tuan sendiri yang bakar atau tetak tangan beliau!.
Sebelum saya menjawab pertanyaan blog Noor Azam, saya Hj Shaari bin Hj. Mohd Yussof bin Cik Wook bin Hussin bin Syaid Husssin, minta orang yang mengemukakan komen kepada Noor Azam itu, tampil untuk mengemukakan usul beliau, bagaimanakah cara makrifat beliau kepada Allah Taala, yang sebenar-benar makrifat, iaitu makrifat yang bukan sahaja bahasa cakap dan yang bukan sahaja bahasa istilah. Suruh beliau terangkan dan nyatakan bagaimana makrifat sebenar!. Makrifat sebenar itu, bukan supaya menjadi seperti Nabi Ibrahim, sehingga tidak hangus bila dibakar.
Adapun kefahaman Agama Islam dan ilmu makrifat yang sebenar itu, hendaklah kita befriktikod, bahawa kita tidak boleh mempercayai yang api itu boleh membakar (panas), yang membakar atau panas itu,adalah Allah. Nasi tidak boleh mengeyangkan kita, yang mengeyangkan kita itu, adalah Allah. Penadol (ubat), tidak boleh meyembuhkan, yang menyembuhkan itu, hanya Allah. Pistol, parang atau pisau, tidak boleh melukakan kita, yang melukakan kita itu, adalah Allah. Ini pegangan Agama Islam (bukan ilmu yang kita buat sendiri, ini adalah dalil dari Al-Quraan).
Bilamana kita masuk kealam nyata iaitu alam kehidupan kita seharian sekarang ini, ternyata ayat-ayat (firman) Allah itu, meleset dan lari jauh dari benarnya!. Ternyata api boleh membakar , pisau boleh melukakan kulit kita, peluru boleh memati, ubat boleh meyembuhkan penyakit atau keris boleh menembus jasad kita. Sedangkan Al-Quraan menyarankan supaya kita beriktikod (percaya dengan sebenar-benar yakin) bahawa yang mengeyangkan itu Allah bukan nasi, yang membakarkan kita itu Allah bukan api. Tetapi kenyataannya pada kehidupannya sekarang ini, api itu tetap boleh membakar kita dan penadol tetap boleh meryembuhkan penyakit pening kepala kita.
Dengan kenyataan itulah makanya ramai dikalangan kita sekarang ini, ingin menjadi kebal, tak lut tembak, tak makan api bila dibakar dan sebagainya. Seolah-olah sudah nak jadi Allah dan nak jadi Tuhan!.
Jika tuan-tuan diluar sana nak tahu makrifat sebenar Tok Kenali, yang bukan bahasa dan yang bukan istilah, tunggu komen saya. Tetapi dengan syarat!, syaratnya adalah, saya mahu tuan-tuan diluar sana, menghantarkan komen tuan-tuan terlebih dahulu. Setelah tuan-tuan kirim komen tuan-tuan, baru saya jawab komen tuan-tuan dan baru saya meyampaikan ilmu makrifat sebenar yang tidak sekadar bahasa dan ilmu makrifat yang tidak sekadar ilmu istilah!.
Kepada sahabat kita yang memberi komen kepada Noor Azam itu, saya minta sila tuan beri kenyataan makrifat tuan, yang dikatakan makrifat sebenar!. Terima kasih Noor Azam kerana mengeluarkan persoalan yang bernas itu. Apa-apapun saya minta Noor Azam, pergi berjumpa dengan orang yanng mengeluarkan komen itu, minta beliau jelaskan atau minta beliau keluarkan kenyataan beliau, bagaimana makrifat beliau yang dikatakan sebanar (yang tembak tak lut dan yang bakar tak hangus). Jika perlu suruh dia tetak tangannya sendiri dan suruh dia bakar tanngannya sendiri dihadapan tuan. Saya nak tahu hangus atau tidak! Dan maklumkan kepada saya perkembangan itu, samaada hangus atau tidak dan harap maklum kepada saya. Jangan-jangan, beliau sendiripun setakat main bahasa cakap atau hanya sekadar mempermainkan bahasa istilah cakap sahaja?. Kerana ramai orang yang megambil kesempatan atas nama ilmu makrifat untuk mencari kelebihan.
Tetapi sekiranya benar berlaku sdemikian itu, adalah suatu perkara yang tidak mustahil. Allah boleh berhendak berlaku atau berkehendak tidak berlaku.
Bagi orang yang benar-benar makrifat itu, adalah orang-orang yang tidak takut kepada peluru pistol, tak takut dibakar api dan tidak takut jika dibunuh. Jika tuan-tuan tak percaya, sila tuan-tuan cuba betul-betul tembak!. Silakan tembak, silakan tetak dan silakan bakar dia dihadapan tuan-tuan. Orang makrifat sebenar tidak gentar dan sedikitpun tidak takut kepada makhluk, jika tuan-tuan tak percaya silakan buat betul-betul apa yang saya perkatakan!. Saya cabar tuan-tuan sekarang (yang belajar ilmu makrifat), sila ambil api bakar diri tuan-tuan, tikam orang makrifat dan tetak orang makrifat dengan pedang atau keris tajam, (nak tahu lut, terbakar dan mati atau tidak). Jangan main cakap sahaja!. Saya mahu dan saya minta Tuan Noor Azam bawa orang yang bercakap itu suruh dia pula bakar dan tetak dengan parang tajam kepada orang makrifat yang bercakap makrifat itu dihadapan tuan……………………………..
Ramai yang kita dengar, orang makrifat itu, selalu mengakuk kebal, saya juga orang makrifat, tetapi terbakar bila terkena api, luka tangan bila terkena pisau dan terkoyak lutut bila terjatuh motorsikal. Orang makrifat itu, ada yang miskin, sakit dan menderita kerana dipulau, sebagaimana baginda Nabi.
Dengar cakap saya ini, wahai anak didik saya Noor Azam. Dalam kita bermakrifat itu, kita tidak sedikitpun mencari faedah, pengajian makrifat itu, kita tidak mencari faedah tetapi
kita mencari kaedah. Kita belajar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk jadi kebal, bukan bertujuan untuk jadi bakar tak hanguus dan bukan bertujuan untuk jadi tembak tak meletup. Belajar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk teranggkat badan semasa berzikir dan belajar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk jadi Allah (kun fayakun).
Sedang seorangn Nabi Besar Junjungan kita Muhamad Rasulullah sendiri, lagikan patah gigi dalam peperangan dan Baginda juga sakit deman dan miskin serta papa kedana macam kita juga. Baginda itu Nabi dan Rasul, apa kurangnya jika nak kepada ilmu kebal, apa kurangnya jika nak kaya dan apa kurangnya jika Baginda nak kepada ilmu kebal supaya tak lut bila dibunuh (dibunuh tak mati). Tetapi apakah itu yang menjadi tujuan Baginda Rasul? dan apakah itu tujuan tuan-tuan belajar ilmu makrifat!. Sila jawab?……………………………..
Mentang-mentang belajar ilmu makrifat, berebut-rebut nak jadi Allah dan nak jadi Tuhan!, supaya jadi KUN FAYAKUN !. Orang yang mengakuk boleh Kun Fayakun itu, adalah orang yang nak jadi dirinya itu sebagai Tuhan (Allah). Firaunpun tak berani mengaku, tapi apakah kita belajar makrifat itu, nak jadi lebih dari firaun atau nak jadi Allah dan nak mengaku Allah?.
Kita belajar makrifat itu, bukan bertujuan untuk bakar tak hangus, tembak tak lut atau zikir boleh teranggkat!. Kita belajar makrifat itu, adalah semata-mata bertujuan untuk menyatakan Allah. Menyatakan Allah itu, bilamana diri kita tidak lagi nyata. Setelah diri kita nyata, barulah Allah itu nyata!. Setelah nyatanya Allah, apakah tuan-tuan perlu lagi kepada kebal, tembak tak lut, tetak tak luka atau bakar tak hangus?. Cuba jawab……………………………………
Jika tuan-tuan masih lagi berkehendak dan masih lagi berhajat kepada kebal, tembak tak lut, tetak tak luka dan bakar tak hangus, bererti dan bermakna tuan-tuan belum lagi mengenal diri. Apa lagi untuk mengenal Allah, mengenal diripun masih lagi teramat jauh!.
Kepada sesiapa yang berhajat kepada Allah, singkir, buang dan kuburkanlah hajat untuk jadi bakar tak hangus dan tembak tak lut. Guru yang makrifat yang sebenar-benar makrifat itu, tidak akan sekali-kali menembak anak muridnya. Jika masih nak tembak muridnya, ertinya guru itu masih tidak percaya kepada Allah!. Masih nak uji, masih nak buat uji kaji dan masih nak berdalil-dalil dengan pistol, nak berdalil dengan api dan masih nak berdalil dengan keris lembing!.
Bagi pendapat saya yang bodoh ini, urusan nak luka, nak terbakar, nak jadi tak lut bilamana ditetak dengan parang tajam, itu adalah urusan Allah. Nak mati, nak hidup, nak luka, nak terbakar, nak tembak taklut, nak terbang atau nak………………………………itu semua urusan Allah, buat apa nak jadi kebal dan buat apa nak bakar tak hangus, seolah-olah kita nak jadi Allah!. Apakah tuan-tuan berhajat dan bercita-cita untuk jadi Allah?. Sifat Allah, biarlah Allah sahaja yang pegang, biarlah kita pegang sifat mati, sifat binasa, sifat hangus, sifat luka, sifat patah gigi, sifat miskin dan yang penting sekali sifat tidak ada.
Biar sampai kepada tahap diri kita tidak ada. Bilamana diri kita tidak ada, siapakah lagi yang bersifat ada, jika tidak ada itu, adalah sifat bagi Allah Taala!. Bilamana Allah Taala bersifa ada, kita selaku makhluk itu, adalah bersifat dengan sifat tidak ada!. Bilamana kita sudah bersifat tidak ada, apakah lagi tuan-tuan mahui kebal, tembak tak lut dan bakar tak hangus?, cuba jawab pertanyaan saya.
Bagi sesiapa yang berhajat nak mengaku Allah dan mengaku dirinya Tuhan yang tembak tak lut, bakar tak hangus, rendam tak basas, gantung tak tinggi, tanam tak dalam, lontar tak jauh dan tetak tak luka itu, bawa berjumpa saya ,biar tangan saya yang bakar dan biar tangan saya yang tetak, nak tahu putus atau tidak dan nak tahu terbakar atau tidak?.
Ada orang yang bilamana belajar ilmu makrifat (mengenal Allah), mengaku dirinya KODIM.
Bakar tak hangus dan tetak tak lut, jika benar-benar KODIM, kenapa kita masih lagi lihat mereka makan nasi dan kenapa kita lihat mereka juga masih berbini sampai 4 orang bini. Apakah Kodim itu kawin atau apakah kodim itu lapar? Cuba jawab pertanyaan saya………………………………………………………….
Mengaku Kodim, tetapi kenapa masih, kawin, masih makan nasi dan masih minum kopi di kedai mamak!. Orang yang menjadi kodim itu, sepatutnya tak perlu berbini (ini bini sampai 4, jika boleh nak sampai 9 orang bini), kenapa masih beranak (sehingga anak seperti anak tangga, ramainya) dan kenapa masih nak cari wang, tidakkahh kodim itu, kaya?. Cuba jawab pertanyyaan saya………………………………..
Oleh itu, nasihat saya kepada para pencari ilmu makrifat diluar sana dan kepada orang yang sudah mengaku makrifat itu, cukup-cukuplah dan henti-hentilah mengaku Allah (mengaku kodim) dan sudah-sudahlah mengaku tembak tak lut dan tetak tak luka. Kita belajat ilmu makrifat itu , bukan untuk nak jadi Allahh, bukan untuk nak cari faedah .
Belajar ilmu makrifat itu, adalah bertujuan untuk belajar supaya sampai kepada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya kita. Dalam bahasa lain, belajar makrifat itu, adalah bertujuan biar sampai kepada tahap “jangan sampai terlihat adanya diri ”.
Bilamana sudah tidak ada diri, apakah tuan-tuan masih lagi berhajat kepada kebal, tembak tak lut atau bakar tak hangus?. Cuba jawab pertanyaan saya…………………………………..
Bilamana diri kita tidak ada, benarlah bahawasanya yang ada itu hanya Allah, Allah, Allah…………………………………………………………………
Menjawab pertanyaan Noor Azam, saya tidak tuju kepada seseorang, tetapi saya tuju kepada semua orang makrifat. Orang makrifat yang selalu megambil kesempatan dan yang selalu mencari faedah dari nama ilmu makrifat, hentikan dari mencari faedah melalui ilmu makrifat!. makrifat (ilmu mengenal Allah), tidak mencari faedah atau kelebihan atau keramat!.
Jangan sekali-kali mendakwa belajar ilmu makrifat itu, bertujuan boleh kebal!. Ingat itu……………
Makrifat tok kenali
LikeShow More Reactions
Com

No comments:

Post a Comment