Belajarlah Makrifat Sehingga Sampai Kpd Tidak Terlihat Keberadaan Diri
Belajar ilmu makrifat itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak terlihat keberadaan diri. Bila diri kita telah binasa (diri telah tidak ada) disitulah baru kita tahu dengan penuh yakin bahawa yanng ada itu, adalah hanya Allah!.
Bila sampai kepada tahap makrifat, istilah fana, istilah baqa, istilah mati sebelum mati dan istilah menafikan sekalian yang wujud itupun sudah tidak ada dan sudah tidak lagi terpakai. Bahasa mati sebelum mati, bahasa binasa diri, bahasa serah diri dan bahasa menafikan sekalian yang wujud itu semua, adalah istilah bahasa. Bilamana sudah sampai kepada tahap makam makrifat, bahasa istilah itu, dengan sendirinya terbatal. Bahasa-bahasa yang kita gunakan selama ini , adalah hanya semata-mata istilah dan semata-mata bagi mempermudahkan faham.
Tidak salah bahasa yu- ka-yu reput, tidak salah pendapat al-Kelangi dan tidak benar bahasa mati sebelum mati yang selama ini saya perkatakan. kedua-duanya tidak betul. Yang betulnya adalah sudah tidak ada mati sebelum mati dan tidak ada serah menyerah atau tidak ada untuk kita menafikan sekalian yang wujud. Jika kita benar-benar sampai kepada tahap makam makrifat, mana ada lagi istilah mati sebelum mati dan mana ada lagi istilah nafi menafi. Mati sebelum mati atau nafi sekalian yang hidup itu, adalah pelajaran orang yang belum makrifat!. Sesudah makrifat, semua itu tidak ada (terbatal).!.
Selama ini sengaja saya sembunyikan perkara ini. Demi mendirik dan mengajar cara-cara makrifat. Setelah sampai makrifat, bahasa istilah itu hendaklah kita tinggalkan!. Setelah kita tidak ada, apa lagi yang hendak kita serah dan setelah kita tidak ada, apa lagi yang hendak dimakrifatkan. Setelah kita tidak ada, nak makrifatpun sudah tidak boleh lagi. Jika kita masih nak bermakrifat, bererti kita masih ada dan masih wujud. Orang yang benar-benar makrifat itu, adalah orang yang sudah tidak bermakrifat……………
Ingat pesan saya. segala kata saya yang terdahulu itu, dengan sendirinya terbatal, bila kita sudah makrifat………………

Hj. Shaari, makrifat tok kenali
No comments:
Post a Comment