Wednesday 8 September 2021

Pandangan punya 2 sudut.

 Pandangan punya 2 sudut.

Pandang dengan mata kasar dan pandang dengan mata hati. Kebanyakan kita hanya pandang dengan mata kasar, kerana itulah yang terbentang di depan mata. Tetapi amatlah sedikit mereka yang memandang dengan mata hati.
Pandangan mata hati ini suatu yang kita tidak nampak secara jelas, tapi ianya diterbitkan dengan rasa. Dari rasa, akan terbitlah perasaan. Ia melibatkan jiwa dan emosi. Lain pula cerita bagi mereka yang kasyaf semenjak lahir atau kasyaf yang terbuka dan yang di buka kan.
Sebagai contoh, kita ditimpa sesuatu ujian. Kita nampak ujian itu sebagai sesuatu yang berat untuk kita hadapi. Kita berdoa pada Tuhan agar diringankan beban ujian itu, tetapi makin ditambah lagi ujian tersebut. Kita mengeluh dan sampai ke tahap berputus asa. Ini kerana kita memandang ujian itu dengan mata kasar.
Sekiranya kita memandang ujian itu dengan mata hati, pasti kita nampak akan hikmah disebalik semua ujian itu. Boleh jadi ujian itu hadir kerana ingin 'mencungkil' kekuatan kita yang selama ini 'tersimpan' kerana kita sendiri tidak percaya atas kemampuan diri sendiri.
Begitu juga dalam kehidupan kita seharian, setiap perkara yang berlaku semuanya bersebab. Tiada yang berlaku secara sia-sia. Boleh jadi apa yang kita suka, sebenarnya tidak baik untuk kita, dan juga boleh jadi apa yang kita tidak suka itu sebenarnya yang
terbaik
untuk kita.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; illah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” -kitab/(Al Baqarah: 216)-

No comments:

Post a Comment