Wednesday 8 September 2021

BICARA KLASIK : "SRI MERSING" KATA-KATA DAMAQ YANG MERUNTUN JIWA

 BICARA KLASIK : "SRI MERSING" KATA-KATA DAMAQ YANG MERUNTUN JIWA

Filem Sri Mersing menggandingkan Nordin Ahmad bersama Rosnani Jamil, arahan Salleh Ghani yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1961.
Mengisahkan tentang pemuda bernama Damaq, merupakan seorang pendatang yang telah memulakan kehidupan baru dikampung lain. Dia merupakan seorang yang jujur dan ikhlas.
Damaq telah menyelamatkan Sri, gadis cantik dikampung itu. Dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung. Setelah kalah, Awang telah menfitnah damaq supaya penduduk membenci dan menhalaunya keluar dari kampung.
Pelbagai tohmahan, kejian dan penghinaan yang diterimanya angkara fitnah itu. Namun akhirnya, bapak kepada Sri iaitu Pak Malau telah mendapat tahu bahawa Awanglah sebenarnya punca disebalik kehilangan Sri.
Pak Malau sedaya upaya memujuk Damaq supaya tidak meninggalkan kampung. Namun Damaq telah bertekad untuk meninggalkan kampung yang telah tercalit sejarah hitam dalam kehidupannya.
Kisah dalam filem ini memberi pengajaran kepada kita supaya jangan mudah terpedaya dengan fitnah. Akibatnya, kita akan melukakan hati seorang manusia yang akan kekal dijiwanya. Jangan sesekali terus menghukum tanpa selidik sebaik-baiknya sesuatu perkara.
Sentiasa menjaga lisan agar tidak mengeluarkan kata nista. Jika kata nista itu terkena kepada insan yang tidak bersalah, maka penganiayaan dan kezaliman pula yang akan wujud. Inilah yang terjadi kepada Damaq, kerana fitnah terhadap dirinya.
Penyesalan Pak Malau mungkin akan dibawa ke alam bazakh akibat perbuatannya. Luka dibadan menjadi parut, luka dihati dibawa mati.Jangan sesekali menyakitkan hati orang kerana binasa dan penyesalannya akan menimpa diri sendiri.
Pantun dari Nordin Ahmad dalam filem ini berbunyi :
Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,
Kajang Saya Mengkuang Layu,
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat,
Dagang saya Musafir Lalu.
Pantun Brader pula berbunyi :
Keris tajam menikam perut,
Lidah berbisa menikam hati,
Luka dibadan menjadi parut,
Luka dihati dibawa mati.

No comments:

Post a Comment