Tuesday 14 September 2021

BAGAIMANA STRATEGI FREEMASON MELETAKKAN ULAMA MEREKA KE DALAM UNIVERSITI AL-AZHAR?

 BAGAIMANA STRATEGI FREEMASON MELETAKKAN ULAMA MEREKA KE DALAM UNIVERSITI AL-AZHAR?

Menyingkap kembali sejarah bagaimana Freemason meletakkan orang-orang kepercayaan mereka menyelinap masuk ke dalam Universiti Al-Azhar (Mesir) dan motifnya harus dilihat dahulu dari segi sejarah bagaimana organisasi elit Yahudi itu boleh bertapak di Mesir.
Tetapi kenapa nak kaji tentang Mesir sedangkan organisasi berkenaan ada di kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia?
Kerana Mesir adalah strategi halus Yahudi menguasai Umat Islam. Menguasai Mesir bermaksud menguasai hampir separuh pemikiran umat Islam di dunia ini. Kira-kira 300 tahun dahulu, Mesir bukanlah sebuah negara yang menjadi rujukan para ulama' di seluruh dunia, tetapi kini fatwa Al-Azhar dirujuk oleh hampir satu billion umat Islam dan menjadi pegangan pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular. Elit Yahudi yang mengetahui akan hal ini sentiasa berusaha untuk merealisasikan matlamat untuk menguasai seluruh umat Islam melalui kawalan minda (minda control).
SEJARAH FREEMASON DI MESIR
Mengikut laman sesawang Freemason di British, Freemason mula bertapak di Mesir sekitar 1798. Organisasi ini dipercayai dibawa masuk oleh orang-orang Perancis pada zaman penjajahan Napoleon.
Kemudian pada 1800-an, beberapa kuil Freemason dibuka lagi di Iskandariah oleh orang Itali. Selepas itu, beberapa kuil dilihat mula ditubuhkan secara 'underground' di Port Said, Kaherah, Ismailia dan Suez.
Pada 1881, Tawfik Pasha anak kepada Ismail Pasha telah dilantik sebagai Grand Master bagi kuil Freemason Mesir. Ketika perlantikannya, kuil-kuil Freemason telah bercambah kepada 500 kuil di seluruh Mesir. Freemason terus menjadi organisasi popular di kalangan orang kenamaan Mesir khususnya penjawat-penjawat awam.
Samir Raafat dalam artikelnya bertajuk Freemasonry in Egypt (1999) dalam Insight Magazine menjelaskan bahawa terdapat dua kategori Freemason di Mesir, yang pertamanya kuil yang dibina oleh penjajah dan terikat sepenuhnya dengan corak budaya asal Inggeris.
Yang keduanya adalah kuil yang dibina oleh golongan penggerak revolusi dan pembaharuan Mesir. Kuil ini berteraskan budaya Freemason Perancis yang mana dipimpin oleh Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Kedua-dua mereka menggelarkan ahli-ahli Freemason sebagai ''ikhwanul al-saffa wa khullam al-wafa''.
Pada 1950-an, selepas kejatuhan King Farouk dari pemerintahan, organisasi Freemason di Mesir telah mengalami tentangan dari kelompok revolusi sehingga memaksa ianya ditutup. Freemason kembali dihidupkan di Mesir selepas perlantikan Hosni Mubarak pada 1981 tetapi ia menggunakan nama samaran lain iaitu Rotary Club, Leo Club dan sebagainya.
Itu catatan ringkas berkenaan sejarah Freemason di Mesir. Belum masuk ‘gear’ lagi cerita tentang Al-Azhar kerana cerita universiti ini mempunyai kaitan dengan faktor ekonomi. Mari kita lihat dulu strategi bagaimana elit Yahudi menguasai Mesir melalui ekonomi.
KEJATUHAN MESIR KE DALAM GENGGAMAN ROTHSCHILD
Untuk menyingkap bagaimana ikon ekonomi Yahudi, Rothschild menguasai Mesir melalui strategi ekonomi boleh dilihat pada permulaan kejatuhan Mesir.
Era 1860-an merupakan tahun kritikal kejatuhan Mesir ketika di bawah pemerintahan Ismail Pasha. Memandangkan Ismail Pasha (yang mendapat pendidikan di Eropah) mempunyai keinginan yang kuat untuk melihat negaranya maju seperti negara-negara di Eropah, maka kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rothschild melalui agen-agennya yang berada di Mesir untuk melaksanakan perancangan sulit mereka.
Projek pembinaan Terusan Suez di bawah pemerintahan dinasti Ali Pasha telah dikendalikan oleh jurutera dari Perancis, iaitu Ferdinand De Lesseps. Kos projek ini juga telah meningkat sehingga berjuta-juta pound pada setiap tahun akibat dari peperangan. Berikut adalah beberapa senarai pinjaman kewangan yang telah dilakukan oleh kerajaan Mesir:
1. Tahun 1862 : Ejen Rothschild di Mesir, Herman Oppenheim telah membantu Said Pasha untuk mendapatkan pinjaman kewangan daripada Bank Eropah bagi meneruskan projek pembinaan Terusan Suez.
2. Tahun 1864 : Herman Oppenheim sekali lagi telah menguruskan pinjaman kewangan untuk kerajaan Mesir sebanyak 5,700,000 pound. Jumlah yang diberikan kepada kerajaan Mesir hanya berjumlah 4,660,000 pound sahaja kerana 'bunga' (interest) telah ditolak oleh pihak bank sedari awal lagi. Sebagai cagaran kepada pinjaman besar tersebut, Ismail Pasha telah bersetuju untuk menyerahkan hasil maksum dari tiga kawasan dagangan di Mesir.
3. Tahun 1865 : Ismail Pasha membuat 'Pinjaman Peribadi' (Personal Loan) di Anglo-Egyptian Bank yang berjumlah sebanyak 3,387,000 pound. Tetapi jumlah tunai yang diterimanya setelah di tolak 'bunga' oleh pihak bank hanya sebanyak 2,750,000 pound. Hasil dari pinjaman tersebut telah digunakan olehnya untuk membeli hartanah dan kilang memproses gula.
3. Tahun 1866 : Kerajaan Mesir membuat beberapa pinjaman kewangan dengan jumlah yang besar dari Messr Fruhling & Goschen bagi menampung kos perbelanjaan projek mega oleh kerajaan Mesir iaitu pembinaan landasan keretapi. Seperti juga dengan pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dilakukan sebelum ini, kerajaan Mesir hanya menerima sebanyak 2,640,000 pound daripada perjanjian asal pinjaman tersebut yang berjumlah sebanyak 3,000,000 pound.
4. Tahun 1867 : Ismail Pasha membuat pinjaman peribadi daripada Imperial Ottoman Bank milik Perancis dengan jumlah sebanyak 2,080,000 pound untuk membeli lebih banyak kawasan tanaman tebu bagi perniagaan kilang gulanya. Dan seperti sebelumnya juga. Ismail Pasha hanya mendapat 1,700,000 pound setelah di tolak 'bunga' oleh pihak bank.
5. Tahun 1870 : Ismail Pasha membuat pinjaman peribadi yang berjumlah 7,143,000 pound.
6. Tahun 1868 : Kerajaan Mesir dengan bantuan khidmat Herman Oppenheim membuat pinjaman sebanyak 11,890,000 pound dengan kadar 'bunga' yang amat tinggi. Jumlah tunai yang diterima setelah di tolak 'bunga' oleh pihak bank hanya sebanyak 7,195,000 pound.
7. 11 JUN 1873 : Kerajaan Mesir membuat pinjaman sebanyak 32 juta pound dengan kadar 'bunga' tahunan yang paling tidak munasabah iaitu 20 peratus setahun. Pinjaman ini juga merupakan jumlah pinjaman terbesar yang dilakukan oleh kerajaan Mesir di sepanjang pemerintahannya.
Berkenaan dengan pinjaman kewangan yang dilakukan dengan jumlah yang begitu banyak ini, Ismail Pasha yang turut menggunakan pinjaman kewangan tersebut untuk menampung kos kehidupan mewahnya, tidak lagi melihat hasil maksum tahunan negaranya. Beliau menjadi leka dan hanyut di dalam keseronokan menghabiskan wang dengan usaha permodenan yang boleh memberikan publisiti kepada pemerintahannya.
Pinjaman kewangan yang dilakukan secara terus-menerus saban tahun oleh pemerintah kerajaan Mesir telah mengakibatkan hutang negara meningkat dengan begitu mendadak sekali sedangkan pendapatan negara tidaklah seberapa. Pemerintah Mesir ketika itu juga tidak mahir mengenai ilmu perbankan kewangan dan tidak memahami cara perniagaan serta muslihat tersirat Yahudi - Freemason di dalam bidang perbankan, di mana formula ekonomi Yahudi Rothschild ialah dengan meningkatkan hutang kerajaan Mesir terhadap bank. Dengan itu, akan lebih besarlah peluang mereka untuk meningkatkan kadar 'penguasaan hartanah' ke atas negara Mesir.
Persoalannya, mengapa pinjaman hutang-hutang tersebut dilakukan hampir setiap tahun? Apakah kerajaan Mesir tidak menyedari bahawa pendapatan mereka tidak mampu untuk melangsaikan segala pinjaman hutang-hutang tersebut di dalam waktu yang singkat? Dan mengapa pula bank-bank kepunyaan Rothschild terus-menerus meluluskan pinjaman hutang-hutang tersebut sedangkan mereka mengetahui bahawa kerajaan Mesir tidak mempunyai punca pendapatan yang banyak dan kukuh untuk membayar kembali pinjaman hutang-hutang tersebut?
PELUANG ROTHSCHILD MENGAMBIL KESEMPATAN
Oleh kerana setiap proses pinjaman kewangan tersebut harus disertakan dengan cagaran hartanah atau organisasi perniagaan, Rothschild dan ejen-ejennya telah menggunakan kesempatan dan peluang tersebut untuk menguasai kerajaan Mesir dengan terus-menerus memberikan jutaan pound pinjaman kewangan kepada kerajaan Mesir pada setiap tahun. Kerajaan Mesir tidak menyedari bahawa banyak tanah-tanah utama di kawasan industri mereka telah dicagarkan kepada bank-bank milik Rothschild.
Sebenarnya, Rothschild dan ejen-ejennya tidak mengharapkan bayaran semula pinjaman hutang-hutang tersebut, sebaliknya mereka mahu menguasai hartanah dan ekonomi kerajaan Mesir pada ratusan tahun akan datang. Sekiranya mereka mendapati harga tanah di negara Mesir mempunyai nilai yang tinggi, Rothschild dan ejen-ejennya akan menyusutkan nilai hartanah-hartanah tersebut dengan cara mencetuskan peperangan. Dengan ini, tidak akan ada pelabur yang akan membuka perniagaan di kawasan yang sering berlaku peperangan. Apabila mereka dapat membeli hak milik tanah-tanah tersebut daripada pemerintah Mesir, Rothschild dengan pantas akan mengarahkan ejen-ejennya untuk menghentikan peperangan tersebut dengan serta-merta (mereka berkemampuan untuk menghentikannya dengan serta-merta kerana mereka sendiri yang telah mencetuskannya).
TERUSAN SUEZ MENJADI MILIK ROTHSCHILD
Pendapatan cukai melalui sistem pinjaman Muqabala dan Ruznameh masih lagi tidak mencukupi bagi kerajaan Mesir untuk membayar semula kesemua pinjaman hutang-hutang kewangan yang dilakukan pada bank-bank milik Rothschild. Hal ini telah menyebabkan Ismail Pasha membuat keputusan untuk menjual segala saham-saham di dalam projek Terusan Suez kerajaan Mesir. Berita mengenai penjualan saham-saham tersebut telah di hebah dan diumumkan kepada pelabur-pelabur British dan Perancis.
Selepas hebahan penjualan saham-saham tersebut dilakukan, Rothschild London mengarahkan ejennya yang bernama Benjamin Disraeli, iaitu seorang Perdana Menteri Britain ketika itu untuk membuat pembelian saham-saham tersebut. Pembelian saham-saham tersebut dilakukan agar British mempunyai kepentingan di dalam terusan tersebut. Namun pada masa yang sama, kerajaan British tidak mempunyai modal yang cukup bagi urusan pembelian saham-saham tersebut. Oleh itu, Benjamin Disraeli secara rahsia telah mengarahkan kementerian kewangan Britain untuk membuat pinjaman kepada bank milik Rothschild dengan jumlah sebanyak 4 juta pound tanpa melalui proses persetujuan dan kelulusan dari parlimen.
Rothschild berjaya memiliki Terusan Suez dengan memperkudakan kerajaan Britain melalui agen-agennya di dalam kabinet Britain. Apabila Terusan Suez berjaya dikuasai maka para pedagang yang menggunakan laluan tersebut sebagai jalan pintas untuk ke asia, akan memberikan hasil pendapatan yang lumayan kepada pemegang-pemegang saham Terusan Suez tersebut.
KERAJAAN MESIR DIISYTIHAR BANKRAP PADA TAHUN 1875
Detik-detik kebankrapan kerajaan Mesir adalah pada ketika kerajaan British berjaya menguasai saham harta terbesar Mesir iaitu Terusan Suez. Hal ini telah menyebabkan Ismail Pasha sebagai seorang pemerintah kerajaan Mesir menjadi amat tertekan dan membiarkan sahaja suruhanjaya memanipulasi perbendaharaan negara. Tetapi, Ismail Sadik, seorang Menteri Kewangan Mesir telah menentang akan hal ini. Malangnya, Ismail Sadik telah ditemui mati secara misteri di Sungai Nil dan dipercayai merupakan angkara orang-orang suruhanjaya dan Rothschild.
Apa yang lebih menggemparkan dunia tentang perancangan Rothschild ini ialah pada tahun yang sama juga, kerajaan Empayar Khalifah Turki Utmaniyah telah diisytiharkan bankrap di atas sebab yang sama iaitu ketidakmampuan mereka untuk membayar kembali pinjaman hutang-hutang kewangan yang dilakukan pada bank Rothschild, dan menjadikan kerajaan Turki Uthmaniyah sebagai Empayar Kegemilangan Umat Islam Terakhir yang tumbang kerana terjerumus ke dalam sistem perbankan Rothschild yang penuh muslihat dan tipu daya.
PENDERITAAN RAKYAT MESIR MENANGGUNG SEGALA HUTANG KERAJAAN
Tindakan Ismail Pasha yang bersetuju untuk menyerahkan hak milik hartanah negara Mesir kepada Rothschild telah memberikan kejayaan yang besar kepada bank-bank Yahudi-Freemason. Pada 28 Ogos 1878, secara rasminya suruhanjaya telah mengisytiharkan sebuah kabinet di dalam kerajaan Mesir baru yang di anggotai oleh agen-agen Rothschild. Di antaranya adalah Charles River Wilson (Freemason) yang di lantik sebagai presiden bagi suruhanjaya khas menguruskan kewangan negara Mesir.
Tahun 1870an sehingga tahun 1898 merupakan tempoh kerajaan Mesir hidup di dalam pentadbiran yang defisit, iaitu hutang negara yang melebihi dari pendapatan negara. Kerajaan Mesir telah menanggung hutang yang amat tinggi dengan bank-bank Yahudi-Freemason di Kaherah. Bank-bank tersebut amat bijak dan licik di dalam hal mengumpan kelemahan pemimpin kerajaan Mesir (yang kebanyakannya adalah dari kalangan ahli anggota Freemason) yang tidak bijak di dalam merancang perbelanjaan wang rakyat.
Pada tahun 1877, kerajaan Mesir telah melakukan beberapa langkah drastik yang kejam iaitu dengan menghentikan pembayaran gaji pekerja dari sektor awam dan meningkatkan hasil cukai-cukai tanah perladangan, bagi membayar semula pinjaman hutang-hutang negara yang semakin menggunung kerana 'Interest' dari pinjaman kerajaan negara Mesir pada bank-bank milik Rothschild meningkat setiap tahun. Rakyat Mesir terpaksa membayar cukai yang tinggi melebihi dari kemampuan pendapatan mereka. Kerajaan Mesir juga telah meningkatkan cukai tanah sebanyak 6 kali ganda kepada semua pemilik tanah di seluruh Mesir. Sistem cukai tanah yang luar biasa ini digelar sebagai 'Muqabala' dan 'Ruznameh'.
PENUBUHAN BANK NEGARA PALSU
Istilah 'Bank Negara' (yang turut diguna pakai di seluruh negara di dunia ini, termasuk Malaysia) bukan bermaksud ianya adalah hak milik penuh sesebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah institusi perbankan milik persendirian yang dikuasai oleh Rothschild dan ejen-ejennya untuk menutup mata dan memanipulasi pemikiran masyarakat dunia. Istilah 'Bank Negara' inilah yang telah dilaksanakan oleh Rothschild dan proksinya untuk menguasai Mesir seterusnya negara-negara lain yang ada di dunia ini.
Pada tahun 1898, sebuah bank yang dinamakan sebagai Bank Negara Mesir (National Bank Of Egypt) telah ditubuhkan oleh Rothschild dan proksinya. Rothschild juga telah mengarahkan Cassel untuk menubuhkan NBE agar mereka dapat menukar sistem kewangan Mesir daripada penggunaan syiling emas kepada wang kertas. Tujuan penggunaan sistem wang kertas ini adalah untuk memudahkan Rothschild dan proksinya mengawal inflasi, ekonomi dan dagangan saham di seluruh dunia. Dengan penggunaan sistem wang kertas ini juga, Rothschild dan proksinya berkemampuan untuk mengawal nilai mata wang sesebuah negara mengikut kemahuannya.
Pada 3 April 1899, Bank Negara Mesir telah mengumumkan penggunaan sistem wang kertas kepada seluruh rakyat Mesir. Sejak daripada itu, wang syiling emas tidak lagi digunakan dan ianya hanya disimpan di dalam bank atau digadaikan untuk mengambil nilainya. Inilah tarikh malang kerajaan Mesir yang telah jatuh terjerumus ke dalam kemiskinan.
ROTHSCHILD MENYEBARKAN IDEOLOGI SISTEM PINJAMAN BANK
Setelah sistem penggunaan wang kertas diguna pakai oleh seluruh rakyat Mesir, bank-bank di bawah penguasaan Rothschild ini mula menjalankan perancangan licik mereka dengan menawarkan pinjaman berfaedah kepada orang-orang awam, persatuan-persatuan, peniaga-peniaga kecil, badan-badan kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan wujudnya lambakan situasi tersebut, telah timbul isu baru di dalam dunia perundangan Islam Mesir yang berkaitan dengan riba perbankan dan sebagainya. Maka berlakulah banyak perdebatan dan pandangan di kalangan para ulama'.
Bagi memastikan umat Islam di negara Mesir mengambil dan mengguna pakai sistem pinjaman riba ini, agen-agen Rothschild di dalam pentadbiran kerajaan Mesir mula memilih ulama'-ulama' sekular yang cenderung ke arah pemikiran barat untuk dipergunakan bagi kepentingan pihak bank. Persoalannya, ulama' manakah atau ulama' yang bagaimanakah yang akan bersetuju dengan sistem perbankan pinjaman riba ini kerana ianya nyata dan jelas haram?
Bagi memastikan segala perancangan mereka berjalan dengan rapi, Rothschild melalui agen-agennya di Mesir telah mempersiapkan 'Stok-stok' ulama' yang khusus di dalam perkara ini. Rothschild telah memilih ulama'-ulama' yang terkenal dari Al-Azhar yang merupakan ahli anggota organisasi Freemason iaitu Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida.
FATWA ULAMA' FREEMASON DENGAN MENGHALALKAN RIBA'
Fatwa mengenai riba dengan menghalalkan riba perbankan di atas sebab dan keadaan-keadaan yang tertentu telah dikeluarkan pada tahun 1904 oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Rida. Kesan daripada fatwa tersebut, ramai dari kalangan ulama'-ulama' kontemporari di seluruh dunia Islam telah terpengaruh, tambahan pula pada waktu itu dunia Islam di landa pengaruh Kaum Muda yang mempunyai ciri-ciri fahaman Wahabi di seluruh dunia.
Inilah saat yang menggemparkan ulama'-ulama' Islam di seluruh dunia. Ianya seolah-olah suatu pertembungan pendapat di antara golongan para ulama' muda yang ekstrem menagih pembangunan sosial dengan para ulama' pondok yang berpengalaman mengenai taktik dan agenda Freemason.
Ulama' di seluruh dunia mengetahui bahawa fatwa tersebut adalah suatu hal yang 'berat' dan terselindung di sebaliknya pelbagai helah kerana Sheikh Muhammad Abduh dan gurunya, Sheikh Jamaluddin Al-Afghani (berkelahiran Iran) adalah dari kalangan ahli anggota Freemason di Kaherah. Malah Sultan Abdul Hamid yang merupakan Khalifah Uthmaniyah pada ketika itu, menggelarkan Sheikh Jamaluddin Al-Afghani sebagai 'pelawak' di dalam buku lognya. Gelaran 'penghinaan' tersebut diberikan kerana Sultan Abdul Hamid mengetahui bahawa Jamaluddin Al-Afghani adalah salah seorang daripada perisik British dan sedang berkomplot untuk menjatuhkannya dengan cara menaikkan pemimpin boneka Rothschild di Kota Makkah iaitu Sharif Hussein.
Perlantikan Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir sebenarnya adalah hasil dari pengaruh Lord Cromer. Ketika Rothschild menubuhkan Bank Negara Mesir pada tahun 1898, pada masa yang sama juga Majlis Ulama' Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa dengan mengumumkan bahawa sistem perbankan yang diamalkan oleh bank-bank di Mesir mempunyai unsur-unsur riba dan ianya adalah haram. Rothschild yang melihat kenyataan rasmi mengenai fatwa tersebut amat bertentangan dengan kaedah di dalam perniagaannya dan merasakan ianya akan menganggu perjalanan perancangannya, telah mengarahkan Lord Cromer untuk melantik salah seorang dari sahabatnya iaitu Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir bagi mengaburi umat Islam dan mencari pembenaran untuk menidakkan fatwa tersebut. Setelah dilantik menjadi Mufti Mesir pada tahun 1899, Muhammad Abduh secara rasminya telah mengumumkan bahawa sistem perbankan riba adalah halal.
Di dalam majalah Al-Manar keluaran gerakan Wahabi Salafi Mesir, Muhammad Abduh menyatakan bahawa:
"Riba sememangnya tidak halal di dalam semua hal, manakala pihak bank melabur wang yang di ambil daripada orang ramai melalui deposit, sedangkan wang itu tidak di kira sebagai pinjaman kepada pihak bank. Ia boleh menjadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat-syarat bagi suatu perkongsian di dalam qirad." (Majalah Al-Manar, Vol. VI, Bab 18, Ms 717)
Riba perbankan yang difatwakan sebagai halal tersebut diteruskan lagi penggunaannya oleh Mufti Mesir yang seterusnya iaitu Shiekh Muhammad Rasyid Rida, seorang Wahabi Salafi warga Syria dan anak didik Muhammad Abduh. Perlantikan Shiekh Muhammad Rasyid Rida sebagai Mufti Mesir juga telah di atur oleh pihak-pihak tertentu dengan membawa fahaman fatwa yang sama. Tambahan pula, Sheikh Muhammad Rashid Rida bersama Muhammad Abduh dan Jamaluddin Al-Afghani juga merupakan ahli anggota Freemason yang berpengaruh di Kaherah. Ketiga-tiga ulama' ini juga bergiat aktif di dalam melancarkan fahaman menentang ulama'-ulama' tasawuf dan amalan-amalan tareqat yang diamalkan oleh ulama'-ulama' berkenaan.
SEJARAH MELINDUNGI RAHSIA INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU
Sejarah telah mencatatkan bahawa Shiekh Muhammad Abduh melalui gerakan Islamnya mengajak umat Islam Mesir untuk menentang penjajahan British. Apa yang menjadi persoalan ialah di dalam masa yang sama, beliau juga merupakan ahli anggota Freemason di Kaherah dan mengeluarkan fatwa dengan menghalalkan riba perbankan dan beliau sendiri mengetahui bahawa ketika itu bank-bank yang dikuasai oleh Rothschild telah mula membuka cawangan-cawangannya di Mesir. Dan sehingga kini Mesir mempunyai lebih daripada 400 cawangan bank milik Rothschild. Adakah Shiekh Muhammad Abduh melalui gerakan Islamnya benar-benar menentang penjajahan British ini atau 'di arah' untuk berlakon menentang British? Adakah sejarah telah menipu kita atau ahli sejarah sendiri tidak mengetahui fakta yang sebenarnya?
(Di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 2, nama Jamaluddin Al-Afghani dan Shiekh Muhammad Abduh telah dicatat sebagai pemimpin pembaharuan rakyat Mesir, sedangkan pada hakikatnya kedua-dua ulama' tersebut adalah tali barut British Freemason)
MUFTI AL-AZHAR DIPERMAINKAN OLEH ROTHSCHILD
Rothschild yang suatu ketika dahulu memilih untuk membeli seluruh saham-saham Terusan Suez adalah bertujuan untuk menguasai negara Mesir. Apabila pimpinan kerajaan Mesir dapat dikuasai, maka perlantikan mufti, jawatankuasa ulama' dan proses menggubal perlembagaan negara juga turut dapat dikuasai. Dan hanya satu perkataan sahaja yang diperlukan oleh Rothschild dari Mufti Al-Azhar iaitu 'HALAL'. Inilah di antara rahsia perancangan mereka untuk menjadikan seluruh jiwa dan raga umat Islam di seluruh dunia ini berada di bawah cengkaman mereka. Rothschild telah memperkudakan Mufti Al-Azhar kerana ia mengetahui bahawa seluruh umat Islam di dunia ini lebih tertumpu kepada pandangan para ulama' Al-Azhar dan menguasai Mufti Al-Azhar bermaksud menguasai fatwa umat Islam di seluruh dunia.
MAJLIS FATWA ROTHSCHILD
Majlis Fatwa Mesir sendiri iaitu Darul Iftaa adalah sebuah majlis propaganda yang dibina sendiri oleh Rothschild untuk menentang fatwa para ulama' Al-Azhar lain yang bersifat bebas. Majlis Fatwa ini diwujudkan bagi memporak-perandakan pegangan, pandangan dan pendapat umat Islam. Rothschild juga telah mewujudkan 3 lagi majlis fatwa di Mesir. Menurut Abdel Rahman, kewujudan ketiga-tiga majlis fatwa ini telah mengelirukan umat Islam di Mesir.
'ULAMA'-ULAMA' SYAITAN' BERFATWA MENGENAI FAEDAH BANK
Jika golongan ulama' sebegini berani memutar-belitkan ayat-ayat Al-Qur'an dan melabelkan yang haram kepada harus maka masyarakat awam juga wajar melabelkan ulama sebegini sebagai 'Ulama' Syaitan'.
Seorang Ulama' tersohor iaitu Imam Habib Abdullah Haddad telah menyebutkan di dalam kitabnya, An-Nashaih Ad-Diniyyah Wal Washaaya Al-Imaniyah:
"Mereka (orang alim) gemar membuka pintu ta'wil dan menunjukkan kepada orang-orang awam mengenai cara-cara mudah untuk menentukan sesuatu hukum agama, sehingga terbukalah jalan untuk memutar-belitkannya atau menipu..."
"Orang-orang alim yang bersikap sedemikian adalah ibarat seperti syaitan yang durjana, pengingkar dan penentang Allah Swt dan Rasul-Nya. Ia sebenarnya telah dilantik oleh syaitan untuk menjadi wakilnya di dunia ini, agar ia bisa menabur fitnah dajjal dan menunjuk ke arah kesesatan dan kekeliruan..."
Riba perbankan khususnya di atas 'pinjaman' adalah satu kaedah perancangan tipu muslihat Rothschild bagi menguasai dan memufliskan sesebuah negara. Negara-negara yang dahagakan permodenan kemudahan asas terpaksa membayar kepada syarikat-syarikat kejuruteraan luar yang memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Maka syarikat-syarikat kejuruteraan tersebut akan mencadangkan kepada negara-negara tersebut agar memohon pinjaman kewangan dari bank-bank kroni mereka. Maka terjerumuslah sesebuah negara itu ke dalam perangkap perhutangan yang tiada kesudahannya.
Dan apa yang lebih malang lagi, ulama' kontemporari pada zaman kini menganggap bahawa wang kertas adalah suatu aspek berlainan di dalam menentukan hukum riba perbankan. Golongan ulama' seperti ini sebenarnya berada dalam kekeliruan dan terpesona dengan 'Zauq' istilah 'Prinsip Darurat' yang berlegar-legar di dalam 'Riba Al-Nasiah'. Mereka juga mengelak untuk membincangkan isu penggunaan wang kertas.
Sumber:
Ibnuyaacob, penulis buku ‘Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal’ terbitan Moon Media (2012).
Nota:
Ini adalah catatan dari beberapa penyelidik luar. Dikumpul dan dikupas oleh pengkaji tempatan, Ibnuyaacob.
Jangan kita anggap semua Al-Azhar adalah Freemason. Sedangkan dalam catatan hanya segelintir sahaja yang menyertai organisasi berkenaan, tidak menggambarkan keseluruhan Al-Azhar.

No comments:

Post a Comment