Tuesday 21 September 2021

fb

 Penuh sejarah, Jambatan Bijih Jubakar Pantai yang dibina pihak British sejak zaman sebelum perang di kawasan berhampiran pantai di Kampung Jubakar dalam Jajahan Tumpat di Kelantan ini mempunyai peranan tersendiri sebagai penghubung eksport perdagangan bijih besi dari Kelantan ke negara Matahari Terbit.

Tujuan utama pembinaannya ketika itu adalah bagi memudahkan kerja-kerja pemunggahan bijih besi yang diusahakan sebuah syarikat Jepun iaitu Oriental Mining Co. dari darat ke kapal pengangkut.
Kini yang tinggal hanyalah sisa binaan jambatan yang dimamah usia, namun tiang-tiangnya masih utuh sebagai saksi bisu sumbangan Kelantan terhadap revolusi industri dunia yang tersimpan dalam lipatan sejarah.
132
17 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

No comments:

Post a Comment