Tuesday 28 September 2021

Ini adalah telur sotong kurita.

 Ini adalah telur sotong kurita.

Tahukah anda bahawa sotong kurita betina hanya bertelur sekali sahaja sepanjang hayat hidup mereka?.
Dalam sekali persenyawaan, sotong kurita betina akan mengeluarkan telur sebanyak 20,000 hingga 100,000 biji.
Selepas persenyawaan, sotong kurita jantan akan mati beberapa bulan kemudian, manakala sotong kurita betina akan menjaga telurnya sendirian di bawah batu.
Sotong kurita betina tidak akan meninggalkan telurnya sekalipun untuk keluar mencari makanan dalam jangka masa 10 hingga 52 bulan (4 tahun +) Ia akan berdiam diri untuk menyimpan tenaganya demi melindungi telur-telurnya daripada diganggu pemangsa sehinggalah mereka selamat menetas keluar dari telur mereka.
Sebaik sahaja semua telurnya menetas, tugas sotong kurita betina sebagai ibu telah selesai dan kemudian ia akan mati.
Betapa besarnya pengorbanan ibu sotong ini yg menjaga telurnya hingga akhirnya menetas walaupun ia tidak akan dapat melihat mereka dewasa.
Jadi jika anda menjumpai telur sotong kurita seperti telur di gambar ini, pastikan anda tidak menganggu mereka.
Mungkin imej kawasan luar
41
12 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

No comments:

Post a Comment