Sunday 12 September 2021

fb

 AUSTRONESIA

Aīna Gasy
Aina sangat kerap sebut perkataan itu, Austronesia. Namun Aina teragak² nak perkenalkan semula istilah linguistik ini disebabkan orang sudah bingung sakit kepala dengan hubungan Madagascar-Ma'anyan. Aina takut, satu, orang bertambah bingung, dan dua, orang akan reka semacam-macam teori yang merapuh untuk menjelaskan hubungan antara kaum-kaum di peta ini.
Tetapi Aina cuba terangkan secara singkatlah. Austronesia itu merupakan keluarga bahasa yang merangkumi bahasa-bahasa di Asia Tenggara, Pasifik dan pulau Madagascar. Contoh negara-negara penutur Austronesia : Indonesia, Malaysia, Philippines, Tahiti, Hawaii, New-Zealand, Samoa, Tonga, Vanuatu, Kosrae, Madagascar, Brunei, Tuvalu, Rapa Nui dll
Nah, Aina selalu teragak-agak mengingatkan tentang penutur bahasa Austronesia itu, terutama apabila ada ramai followers kerana selalu muncul orang yang akan fokuskan semua kepada kaumnya. Contoh "Semua Austronesia itu Melayu", atau yang klaim semua berasal dari Jawa, Malagasy juga ada sebut Austronesia bahkan kaum mongoloid semua berasal lah dari sini, dan baru-baru ini ada juga orang Ma'anyan kata semuanya berasal dari Ma'anyan. Masalah kita semua penutur Austronesia adalah, kita tak reti fikir "common ancestor" atau nenek moyang yang sama, selalu nak fikir "kita yang moyang semua".
Kecuali Philippines, mereka special sedikit, mereka antara persimpangan terbesar migrasi Austronesia tapi mereka tak pernah klaim semua berasal dari mereka, mereka pulak ingin mencari asal mereka dalam kaum lain.
Mungkin imej peta dan teks
339
173 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

No comments:

Post a Comment