Sehingga hari ni prank video orang mengerang masih berleluasa. Entah jembalang mana la yang mulakan teringin sangat Admin nak tonyoh muka dia dengan sprocket basikal. Ada sorang kawan Admin terkena masa baru balik solat Jumaat beliau singgah kedai makan berhampiran masjid. Baru je nak duduk ada satu video masuk dekat group wassap. Beliau pun bukak video tersebut, mula-mula kelihatan dua pembaca berita melaporkan kejadian gempa di Sabah, volume video tersebut sangat perlahan jadi kawan tu pun kuatkan volume taliponnya. Tak lama lepas tuu keluar suara pompuan mengerang sekuat-kuat alam! Semua mata dalam kedai makan tertumpu pada kawan Admin tadi dengan muka merah menahan malu. Banyak lagi kejadian Macam Ni berlaku tak kira tempat, dalam opis tengah meeting, dekat rumah depan anak² malah dalam masjid pun Ada! Admin harap sama-samalah kita hentikan prank yang memalukan kawan2 ni. Jangan sebar video macam tuu lagi!
No comments:
Post a Comment