Sunday, 17 November 2019



TANAH MELAYU - MALAYSIA
TIMUR YANG DISEBUT DI HADIS?
JALAN PARA WALI ALLAH
Hadis-Hadis tentang kebangkitan Islam di Timur sungguh masyhur.
Ulama-ulama di Timur Tengah dan Maghribi yang pernah ditemui, mengatakan, “Islam akan bangkit dari tempat kamu (Timur).”
Antara yang mengucapkan kata-kata ini ialah Allahyarham Syeikh Abdullah As Siddiq, ahli Hadis terkenal di Maghribi yang juga dikenali sebagai wali Allah.
Demikian juga pendapat peramal-peramal antarabangsa, dahulu dan kemudian, termasuk orang-orang Yahudi. Sebab itu orang-orang Yahudi amat peka dengan kebangkitan ini. Maka tidak hairanlah mereka bersiap sedia cara mereka untuk menghadapi kebangkitan ini. Kepekaan mereka bahawa inilah masa yang dijanjikan untuk Islam telah terbukti melalui pengalaman kita bersama.
Ada seorang wartawan ekonomi Mesir, Asraf Numeiri, menceritakan pengalamannya bertemu dengan serombongan wartawan Yahudi Israel yang sedang melawat Mesir. Katanya, dalam satu pertemuan, tanpa disangka-sangka terjadilah satu perdebatan mengenai agama antara mereka. Akhimya wartawan Yahudi telah mencabar wartawan Mesir dengan katanya: “Kamu orang Arab tidak akan boleh cabar kami. Kamu tidak boleh tewaskan dan halang kami.”
Maka wartawan-wartawan Mesir dengan marah berhujah mengatakan mereka boleh mengalahkan Yahudi Israel itu. Seorang daripadanya berkata, “Orang-orang Arab sanggup mati untuk berjuang. Kamu tengok di Afghanistan, berapa ramai orang Arab yang syahid di sana? Kamu lihat di Bosnia, berapa ramai pejuang Arab yang terkorban di situ?”
Wartawan Yahudi tersenyum sinis sambil berkata, “Kami tidak takut. Walaupun orang kamu sanggup mati, kami tidak takut dengan kamu.Sebab apa yang kami faham, yang menyusahkan kami, bukannya kamu. Kami sudah kenal pasti siapakah orang yang akan menghalang kami. Mereka itu adalah satu golongan, satu bangsa dari Timur. Kami sudah kenaI pasti siapa mereka. Kami kenaI pemimpinnya, metod perjuangannya (Tasawwuf Mahabbatullah), jemaahnya (Ahli Tarekat Tasawwuf Sufiyah), negara asalnya. Mereka inilah yang akan menyusahkan kami, bukannya kamu!”
Dalam satu peristiwa lain, ada satu rombongan jemaah Tabligh dari Singapura yang telah melawat Baitul Maqdis.
Setibanya mereka di sana, seorang pendeta Yahudi telah bertemu mereka. Katanya,
“Siapa di antara kamu yang datang dari Timur?”
Salah seorang anggota Tabligh itu mengaku dia datang dari Timur iaitu Singapura.
Lantas pendeta itu berkata,
“Saya maksudkan Malaysia.”
Anggota Tabligh itu hairan sambil bertanya pada pendeta tersebut,
“Mengapa Malaysia saja yang dikatakan Timur, tidak Singapura?”
Pendeta itu menjawab,
“Kerana di sanalah bakal munculnya orang yang akan menyerahkan panji-panji hitam kepada Imam Mahdi.”
Lihatlah betapa pekanya mereka tentang kebangkitan Islam. Mereka tahu ini giliran Timur. Sepatutnya kita umat Islam lebih peka daripada mereka.
Jadi siapa yang ingin mendaifkan Hadis-Hadis tentang kebangkitan Islam di Timur, berhati-hati dan sabarlah dahulu. Ia ialah merupakan berita gembira (busyro) dan menguntungkan, bukan merugikan.
Sungguh dirasakan bahawa Malaysialah yang dimaksudkan Timur dan Malaysialah yang akan menjadi negara Islam yang bertuah itu.
Keyakinan ini sengaja disebutkan , sebelum ianya benar-benar terjadi, untuk menarik perhatian umat Islam supaya sudi berfikir tentang peristiwa yang sangat besar ini. Kalau tidak jadi, kita tidak rugi. Tetapi kalau jadi, kita untung. Kerana kita sudah bersedia. Seperti kondomonium yang runtuh itu, bukankah elok kalau sebelum ia berlaku, ada seorang memberitahu perihal ia akan runtuh. Kerana bila ia betul-betul runtuh, kita tidak terkejut dan kita sudah ada persiapan.
By : Penjaga Maqam Sufi©️2019

No comments:

Post a Comment