Sunday, 24 November 2019

lepat

Ya kekasih Allah ❤️🙏🏽
Dia kini tiba-tiba hebat di Viral kan lagi, tuduhan demi tuduhan terbang bagaikan Tombak tombak karat bergerigih tajam yang laju melayang lalu menjunam Tepat melekat ke seluruh ujud jasadnya.
"Antara Segunung jujur Cinta dan segenap pengorbanan yang jelas nyata, sekujur Zahir Tubuh ini TIDAK akan lagi mahu untuk bertanya akan siapakah yang mampu untuk mengerti 'akan bertapanya aku ini sungguh menyintai'.
Kerana sesungguhnya rasa kasih ku ini tidak berhijab lagi dan jua langsung tidak berbelah bahagi.." - Dia sendiri dan itulah kata-kata Hatinya.
'Di persinggahan pada jelapang ilmu itu, Dia berdiri sendirian untuk seketika, memerhati kedalam Hatinya sendiri, setelah beberapa saat matanya dipejamkan, lalu dia tersenyum sendirian, jiwanya keriangan, perasaannya tenang..,
'Teringat dia akan sebaris dialog Tan Sri P. Ramlee, "Kenapa berlaku gila sebelum ditakdirkan?, walau ke langit hijau sekali pun Engkau pergi, si penghina akan tetap menghina!".
Dia tersenyum sendiri dan sedari bahawa si pembenci akan terus saja membenci, sebegitu lah jua dengan sang Pencinta akan terus sahaja menyinta, sang pengasih akan tetap terus berkasih.
Segala nasihat Al Quran yang terang dan sederhana terus membuahkan makna, Maksud dan Mau'dhu pada akal dan mata batinnya.
Selantas itu jua Surah 10 Yunus, Ayat ke 62 melintasi akal fikirnya. Sukmanya bertambah ceria gembira.. 'Dia adalah Dia', dan mereka adalah mereka'. 'Tiada kekuatiran akan sesuatu yang tidak baik', dan telah tidak ada lagi istilah untuk berduka cita.
"Ahh.. 'life is just a life', Aku akan tetap terus senyum dan bersahaja kan jiwa ku.. Allah ada dimana-mana dan Allah jua bagi sesiapa Sahaja.."- Hatinya perlahan berkata-Kata.
Kemudian dengan kalimat Kasih sayang Allah Ta'ala, seteguk air suam tenang melintasi rongga kerongkongnya. Dan dia tetap bersetuju untuk terus pamirkan senyuman.. sambil merenung pada segala kata tuduhan yang dilemparkan ke wajahnya, Didalam berlapang dada hatinya pun berkata kepada Dunia ; 'sesungguhnya dijiwa ini segala kesakitan telah pun lama jauh pergi, dan tida lagi meninggalkan apa apa lagi erti..,
'Alhamdulillah hirrobbil Alamiiiiiin'. .
. .❤️
https://youtu.be/TaBnAu9Qyx4
. .🌷🌷LEPAT🌷🌷
.

No comments:

Post a Comment