Saturday, 30 November 2019

hi

Aku sudah lama meninggalkan gelanggang perdebatan di antara agama, apatah lagi medan bertikam lidah sesama saudara seagama. Bagiku tidak ada faedahnya untuk menegakkan benang yang basah.
Kata guruku pula, tidak ada gunanya engkau itu mengalungkan berlian di leher babi hutan. Lebih buruk lagi apabila engkau cuba melepaskan anjing yang tersepit, kelak silap hari bulan engkau itu pula yang digigitnya.
Setiap manusia di muka bumi ini ada pandangan peribadi masing-masing yang perlu dihormati. Dan pada akhirnya, benar atau pun salah itu pula, hanyalah sekadar berbeza daripada sudut pandangan sahaja.
Beruntunglah buat mereka-mereka yang menerima apa sahaja dengan seadanya. Itulah erti bahagia yang sebenarnya dan juga erti syurga yang sesungguhnya.

No comments:

Post a Comment