Assalamualaikum buat para Penyokong Pasukan Bolasepak Malaysia.❤️🙏🏽✌🏽
“Mengenang sewaktu disana, apa sekalipun keterlanjuran mereka pada kita, simbahan hancinnya air kencing, Hanyir ludahan dan lemparan kata-kata kesat, semua yang menyakikan hati perasaan, Malah apa sekalipun ungkapan yang tak mampu di rungkapkan, Namun sudahan kenyataan yang terbaik adalah, ‘marilah kita segera ampuni dan segera lupakan segala sejarah kepahitan yang telah berlaku dan berlalu. Marilah kita payung ke dalam jiwa kita satu nasihat dari Tuhan,- “Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah! jangan dihiraukan orang-orang yang BODOH! yang degil dengan kebodohannya..”. - Surah Al A’Raaf, Ayat 199
Percayalah jika mereka yang melontar air kencing ke kepala kalian sewaktu kalian terkurung didalam Stadium milik bumi Indonesia itu. Yakinilah mereka yang melakukan itu, adalah mereka yang tidak memiliki waras didalam akal mereka. Mereka itu Bodoh! malah buta dengan janji Allah Ta’ala,, Oleh dengan itu, jika kita merasakan kita memiliki kewarasan didalam akal fikiran kita, lantas yang pertama yang wajar kita lakukan adalah ‘Memaafi dan melupakan’ segala peristiwa yang maha menyakitkan hati dan perasaan kita, Kita tunjuk kepada mereka yang melakukan perkara yang amat bodoh itu. bahawa kita adalah manusia waras, bijak dan bermaruah dan berperasaan. "Surah At Tiin ayat ke 4, ‘Sesungguhnya ku ciptakan Manusia dengan sebaik-baik kejadian’.
Maka yang terbaik kita semaikan saja benih cinta, layani kedatangan mereka rakyat Indonesia ke dalam Stadium hak milik Bumi Malaysia dengan senyum dan seberkas rasa yang besertakan kemesraan. ‘Please Malaysia!’, Aku selalu yakin kalian adalah istimewa, berilmu dan berjiwa selesa, bukan si pendendam..’, Semalam adalah semalam, apatah lagi selaksa kenangan yang telah hanyut jauh kebelakang terbabak didada Kalender yang telah bulan-bulan membelakangi hari, Lalu please ‘Maafkanlah mereka-mereka yang pernah berlaku Bodoh dan kejam.'
Malam ini adalah malam ini, Kita bersatu hati mendoa kehadrat Jati diri sejati Para permain Malaysia, supaya akan terus kental di bentang belakang dan gagah memintas di bahagian tengah serta menjadi dengan hantaran-hantaran yang tepat, serta dibahagian serangan pula akan sentiasa saja berjaya meledakkan rembatan kencang bagi mencecahkan sangkar jaring yang membelakangi penjaga gol lawan. itulah rentak keserasian yang kita ingin saksikan pada malam ini.
Pasakkan semangat kursani keras melebihi waja, tembusi jutaan sangka, tembusi apa saja yang di minda, hindarkan bayangan kecundang!,
Jerit sokongan tidak harus dihentikan walaupun apa pun jua wajahnya keadaan!, sokong terus sokong!, tidak wajar lagi untuk berbelah-bahagi!.
Jerit sokongan tidak harus dihentikan walaupun apa pun jua wajahnya keadaan!, sokong terus sokong!, tidak wajar lagi untuk berbelah-bahagi!.
Satu Negara satu jiwa dan rasa!, Wajib bermegah suarakan rentak laung padu berdentum, Gegar! kita akan terus tetap bersatu bermatian menggegarkan!.
Apa nak jadi Malam ini, jadilah pada malam ini!, Kita bergembira berserta rasa ria dijiwa, jangan ada satu pun agenda benci dan sakit hati di minda atau di dalam rongga dada kita . InsyaAllah! kita pasti akan berjaya!”
sementara buat Pasukan Malaysia, “The best way out is always through. So please don’t give up!”🙏🏽❤️
“Ok akhir sekali, Salam sejahtera dari ku teristimewa kepada para Penyokong Malaysia dan ‘selamat Datang’ untuk segenap penyokong Indonesia ke Stadium Bukit Jalil Malaysia, kalah menang adalah asam garam sebuah perlawanan, apa nak jadi malam ini, pasti terjadi!, yang penting kita saling Happy!..”✌🏽
❤️"PEACE AND LOVE"❤️
. 🌷🌷LEPAT🌷🌷
✌🏽
. 🌷🌷LEPAT🌷🌷
✌🏽
No comments:
Post a Comment