Tuesday, 5 November 2019

lepat

"Allah akhbar! bertakung airmata aku saat menatap gambar ni, hati teringat sangat dengan Sahabat lama sekampung Aku ketika aku umur belasan tahun, Wajah Syeh ni MasyaAllah! Memang ada erap erap macam Sahabat lama ku, Rosli Sulaiman dari Kg Bagan lebai Tahir.
Terkenang beberapa babak Ketika Rosli Sulaiman yang lebih umurnya 5 atau 6 Tahun dari usia ku, selalu datang berdebat dengan Ayah ku, menentang habis habisan ilmu mengenal Allah yang di ajar oleh Ayah ku, dengan berpenzahirkan Ahli Tabliq, Datanglah Rosli Sulaiman bersama beberapa kawan nya menentang Ayah ku yang hanya sering membalas dengan Senyuman.
"Man arofa nafsahu Faqad arafa rabbahu" adalah di tentang sama sekali oleh Rosli Sulaiman di ketika itu, jiwa ku menjadi sebak pilu setiap kali Rosli menentang Ayah ku, kesilapan Rosli adalah dengan memandang ilmu Makrifah melalui kaedah Ilmu Fekah.,
maka Ayah hanya mampu senyum dan pernah Ayah berkata saat Rosli Sulaiman melangkah keluar dari rumah, Ayah berkata kepada ku;
"InsyaAllah suatu masa nanti Li akan sedar bahawa ilmu ni benar, tetapi buat masa ni, biarlah di menghina Ayah dan ilmu yang Ayah pegang ni, nak buat macam mana? dia tak nampak.. mata batinnya masih tertutup.."- Ayah berkata sambil mengesat airmata kasihnya
Selepas itu bertahun lamanya Rosli Sulaiman menghilang diri, khabar dari Sebahagian Ahli keluarganya, Rosli ke England.
"Dan belasan tahun yang lepas itu, aku di takdirkan Allah Ta'ala untuk bertemu dengan seorang yang seiras wajah seperti Sahabat aku Rosli Sulaiman didalam Restoran Kassim Mustapa dilebur Chulia. dan ketika itu Lelaki itu di kelilingi oleh ramai Lelaki eropah.. aku dengan seberkas perasaan yang begitu ceria dan gembira terus ke meja di mana lelaki itu berada,
"Assalamualaikum Li!!, masanya Allah lama la tak nampaaaaak!!"
"Do you know him!!?" - seorang lelaki Eropah bertanya kepada ku dengan memek wajah kepelikkan,
"Yes indeed ey!!, his nama is Rosli Sulaiman from village, My Old friend! He used to play guitar with me!!"
"Nooo! Hahaha! There's no way!"
"What do mean no way!? His sisters name Rapitah Sulaiman, Rohaya Sulaiman, Rohana Sulaiman, Brothers name Roslan Sulaiman dan Rosman Sulaiman.. Mak Cum is his mama.. i know all of them ey.."
Tiba tiba lelaki yang seiras wajah Sahabat Lama ku Rosli Sulaiman, pun berkata kepada lelaki Eropah itu dengan tanpa memerhati ke wajah ku.
"He got a wrong person"..
Aku merasa tersipu malu, dan perlahan beredar.. dan pulang kerumah.. keesokan paginya, Ayah telah sendiri diruang tamu,
"Ayah semalam Cheq jumpa lelaki sebijik rupa wajah macam Li anak Pakleman!
yang dulu dok mai protes Ayah dulu ni, dok hukum kita sesat, tapi.. dia kata saya silap orang.. dan nama dia pun sebijik macam nama orang Arab.. maka saya termalu dan belah macam tu saja la..."
Ayah memejamkan matanya sejenak dan kemudian melepaskan senyuman paling manis.
Aku tidak memahami keadaan ayah, lantas memutus untuk terus ke bilik mandi.
Dan Hari ini bertemu poster ini, segala kenangan kembali berbunga di kelopak minda. MasyaAllah.
Al Fatehah buat Ayah tercinta, dan selamat sejahteralah buat Sahabat ku Rosli Sulaiman yang entah dimananya sedang berada kini..
. .❤️
https://youtu.be/7heJd2c-h4M
. .🌷🌷LEPAT🌷🌷

No comments:

Post a Comment