Monday, 4 November 2019

 sejarah NABI. Engkau lihat individu yang lahir dari keluarga Jahiliyyah yang memeluk Islam. Diseksa, direjam, dimalukan kerana memeluk Islam oleh Masyakat Jahiliyyah pada masa itu. KAU TENGOK APA HARGA YANG MEREKA BAYAR UNTUK MENJADI ISLAM?. Sedangkan engkau dapat secara PERCUMA sahaja. Kau belum diuji lagi, jadi berhenti berlagak LEBIH MULIA DARI ORANG LAIN!.
Kalau engkau lahir dari keluarga Cina,India atau orang putih..Kau mungkin jadi Buddha,Hindu..Kristian atau Atheis. Takde hati pun nak peluk Islam. Tapi nasib baik mak bapak kau Islam, Kau dapat Islam secara percuma saja. Apa harga yang kau bayar?.
Engkau tanyalah ustaz ustaz engkau, Rukun Syahadat pun masih berpusing pusing nak huraikan. ENGKAU TANYALAH!. Jadi macam mana kau mengucap?. Mengucap main cakap?. Walau amal seberat bumi tetapi tidak sah Kalimah Tahid Engkau ,nak buat apa?. Islam apa engkau ni?...
Itulah engkau belum bayar lagi harga untuk menjadi Islam. Islam bukan diwarisi dari mak bapak!. Janganlah engkau sangka engkau lebih MULIA dari orang lain sebab kau belum bayar lagi harga untuk jadi Islam. Solat dan puasa berapa ramai orang yang sanggup. Berzikir juga berapa ramai orang yang sanggup... Tetapi....
Jika ALLAH itu wujud, APA DIA?. Dimana hendak disampaikan solat..puasa dan zikir. Cuma amalan diratah Jin dan Syaitan, si Iblis tumpang gembira. Makin tua makin banyak penyakit. Di negara Timur Tengah pula dibom dan ditawan musuh..Disayang ALLAH ataupun dikutuk ALLAH?.
"Segala puji bagi ALLAH....." Tapi kita 'segala puji' tapi tak 'bagi pada ALLAH'. Bagaimana nak 'bagi', ALLAH pun kau tak kenal.
Jangan lupa, Agama ini perkara logic. Kewujudan ALLAH itu logik.. Atheis dan Saintis tahu...... tapi terlepas pandang. Ibarat si buta yang dahagakan air..sedangkan air sudah betul betul depan mata si buta. Manakala yang si Islam yang tak mengenal ALLAH, masih terus menerus mendabik, kononnya dialah yang paling mulia..
Anjing pun kenal siapa tuannya. Kita?. Takkan kita lebih teruk dari anjing. Siapa nak mengaku?.

No comments:

Post a Comment