Besi Tujuh Pa'
Ramai yang bertanya tentang Keris 7 Pa'. Bendahara Warisan Kemelayuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Auni yang telah berkongsi rahsia ilmu seni perbuatan keris yang amat bermanfaat di dalam kuliahnya.
7 Pa' adalah ramuan perbuatan bilah besi keris. Bagi orang Melayu dahulu keris bukanlah sekadar senjata ia merupakan simbol pengenalan diri bagi seseorang itu. Jadi keris adalah senjata yang popular dan di miliki oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kaum lelaki.
Sebenarnya banyak lagi ramuan seni perbuatan keris selain 7 Pa. Dan ia terdapat di dalam kitab-kitab atau manuskrip keris lama (kuno & purba) seperti Keris Tulang Mawas, Keris Tahi Bintang, Keris Pari dan banyak lagi.
Contoh yang mudah di fahami. Apabila nasi menjadi makanan ruji orang Melayu. Maka akan ramai la tukang-tukang masak. Tukang-tukang masak ini ada di seluruh daerah, negeri atau negara. Daripada nasi putih sebagai bahan asas. Maka hujudnya resepi-resepi seperti nasi goreng, nasi minyak, nasi tomato, nasi daging dan macam-macam lagi.
Begitu juga la keris, apabila senjata keris itu pupolar maka akan ramai la tukang-tukang keris yang datang dari pelbagai daerah, negeri atau negara. Dan menjadikan ramuan atau resepi perbuatan keris itu pelbagai. Cuma masyarakat tidak mengetahuinya kerana ramuan tersebut berada di dalam kitab atau manuskrip keris yang usianya ribuan, ratusan tahun.
Rahsia ramuan keris ini juga dapat di ketahui daripada tukang-tukang keris yang mewarisi dari generasi keturunannya lalu ilmu atau ramuan itu di perturunkan.
Keris Besi 7 Pa' adalah keris yang hebat dan keris ini di miliki, di pegang oleh seorang Panglima Perang di dalam kerajaan Melayu terdahulu.
7 pa-parang,pasak,pahat,pagar,paku,pahar dan palung(kerambit)..kesmua brg kena la patah dn kena cari di tujuh daerah belainan..1daerah 1 barang..mujarab..7jugak bmaksud 7 lekor keris tu..
Warisan Kemelayuan.
No comments:
Post a Comment