Monday 22 April 2019

TUHAN AKU YANG MAHA PENGASIH

TUHAN AKU YANG MAHA PENGASIH
________________________________________
Tanpa disedari, ramai orang bahkan tidak terkecuali yang bertaraf tuan guru dan juga alim ulamak, yang meyakini bahawa Tuhan mereka itu sebagai suatu entiti yang buruk hati-Nya. Mengapakah dikatakan demikian?
________________________________________
Kerana Tuhan mereka itu kadang kala diyakini sebagai suatu sosok yang membenarkan tindakan mencuci tikar sejadah yang telah diduduki oleh seekor anjing jalanan, mahu pun yang telah diduduki oleh orang yang dianggap sebagai kafir dan calon penghuni neraka. Kan, menggambarkan betapa busuk sekali hatinya.
________________________________________
Tahukah kalian, apakah yang lebih malang dan celaka lagi? Jika perlakuan keji dan jijik mereka itu, disandarkan pula kepada Tuhan mereka. Itu arahan Tuhan, ini suruhan Tuhan. Jika ianya benar, maka buanglah saja akal sihatmu dan juga fikiran warasmu itu ke dalam longkang.

No comments:

Post a Comment