Thursday 25 April 2019

Sekadar buah mikir bagi yang masih BIOL...

Sekadar buah mikir bagi yang masih BIOL...
Saya tidak menggunakan kata jahil, atau pun bodoh sombong, atau pun syok sendiri, atau apa saja panggilanmu kepada golongan syariat.. kerana itu semua terlalu keras buat sahabat2 yang masih belum memahami.. cuma kata "BIOL" itu ibarat wayar putus buat seketika saja, nanti sudah OK wayarnya, maka pastilah mereka akan dapat memahaminya..
Abu Hurairah pernah berkata, bahawa beliau telah mendapat dua jenis ilmu daripada Nabi.. Jenis yang pertama jika disebarkan, maka pasti dijunjung dan dipuja orang. Manakala jenis kedua pula jika disebarkan, maka pasti dihukum sesat dan dipancung orang.
Pernahkah kalian berfikir dan merenung sejenak.. Mungkinkah masih ada bahagian ilmu yang kalian tidak pernah mendengarnya walau sepatah pun semenjak dari saat kalian lahir sampailah ke saat sekarang?

No comments:

Post a Comment